MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Sep 2009

Kes liwat Anwar: Keputusan lucutkan kelayakan pendakwaan ditangguh esok

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Keputusan bagi permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan berhubung perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan sehingga petang esok.


Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan keputuan tersebut di dalam kamar semasa prosiding hari ini.

Peguam yang mewakili Anwar, R. Sivarasa berkata hakim menangguhkan keputusan tersebut bagi membolehkan beliau meneliti hujahan-hujahan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pihak pembelaan.

"Beliau memerlukan lebih sedikit masa untuk menimbang hujahan-hujahan yang telah dibuat oleh semua pihak dan sebab itu beliau tangguhkan keputusan sehingga esok... itu apa yang kami diberitahu.

"Malah hakim juga berkata isu yang dibangkitkan bukan isu biasa... ini adalah isu yang unik sedikit, beliau mahu lebih masa untuk memikirkan apa yang telah dihujahkan di hadapan beliau sebelum ini," katanya kepada media di sini hari ini.

Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai "sama seperti mempersenda keadilan".

Beliau menamakan Peguam Cara 1 Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan "main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya."

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

sumber - mstar

Permohonan Anwar gugurkan pendakwaan kes liwat diputuskan hari ini


Oleh AIDCNews

Petang ini, jam 2.00 petang, Mahkamah R4, Jalan Duta akan memutuskan sama ada permohonan Anwar Ibrahim memohon menggugurkan semua barisan pendakwaan kes liwat patut diteruskan atau tidak.

Sebelum ini Peguam Kanan Persekutuan, See Mee Chun berkata, mahkamah sepatutnya menolak permohonan itu berasaskan yang Anwar memohon untuk melarang pasukan pendakwaan melaksanakan tugas berkanun mereka.

‘‘Permohonan ini tidak berasas. Hujah kami adalah permohonan ini digugurkan atau ditolak dengan kos,’’ kata Mee Chun.

Beliau berkata, pendakwaan berhubung kes liwat itu tidak boleh dikaji semula oleh Mahkamah Rayuan.

“Usaha itu adalah ‘‘benar-benar’’ serangan ke atas kuasa Peguam Negara mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai ‘‘sama seperti mempersenda keadilan’’.

Beliau menamakan Peguam Cara I, Datuk Idrus Harun; Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.


sumber - aidcnews

1 ulasan:

AnTi AljUbuRi berkata...

Hari ini dia minta barisan pendakwa digugurkan, esok lusa dia akan minta hakim pula digugurkan.
Minta hakim digugurkan adalah hak tertuduh kalau dia boleh membuktikan bahawa hakim disyaki akan bertindak 'bias' tapi menguggurkan pendakwaraya memang kes unik, tak pernah dengar sebelum ini.

Ada baiknya anu war al juburi minta sek 377 (A) (B) dan (C) digugurkan sahaja dari buku undang undang kerana ianya menghalang hak kebebasan manusia untuk melakukan aktiviti sex mengikut nalurinya ... alahai al juburi...