MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Sep 2009

Kenapa Anwar terhegeh-hegeh beraya dengan si Yahudi Al Gore ?



Oleh Analisisringan, AIDCclub

Kumbang telah menulis pada bulan mei lalu mengenai Anwar Ibrahim bertindak menfailkan saman kepada Anifah Aman untuk mengembalikan kepercayaan Amerika kepada beliau berikutan kenyataan Anifah Aman yang mengatakan Anwar menawarkan jawatan timbalan Perdana Menteri kepada Anifah Aman sendiri atas tujuan untuk merealisasikan cita-cita 16 september dan beberapa kenyataan lain berkaitan Anwar yang berlawanan dengan amalan demokrasi akan menyebabkan Amerika tidak lagi mempercayai Anwar.

Malangnya saman ini tidak mencukupi untuk Anwar mengembalikan kepercayaan Amerika kepada beliau. Mungkin Amerika boleh memikirkan sendiri kebenaran kata-kata Anifah Aman apabila beliau dengan berani,tanpa takut dan ragu-ragu menyatakan mengenai cita-cita 16 September Anwar yang ternyata cita-cita 16 september ini dengan jelas boleh mencabul kejituan demokrasi yang diperjuangkan oleh pentadbiran Amerika sekarang di bawah pimpinan Barrack Obama dan Parti Demokrat.

Disebabkan itu menurut rakan di dalam PKR, mahu atau tidak mahu Anwar perlu berjumpa Al Gore untuk membodek dan melobi Amerika supaya mempercayai beliau serta membenci Kerajaan Malaysia.

Tambah memeningkan lagi kepala Anwar Ibrahim apabila rakan baik kepada Najib, Jamaluddin Jarjis(JJ) dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika dan ternyata pelantikkan ini sesuatu yang bertepatan kerana Jamaluddin Jarjis dikatakan berjaya dalam tugasnya setakat ini mempertahankan pentadbiran Najib dan menjelaskan perkara sebenar kepada Amerika tentang apa yang sebenarnya dilakukan oleh Anwar Ibrahim di Malaysia.

Tentu keadaan ini benar-benar menakutkan Anwar, kerana apa sahaja penipuan yang dilakukan Anwar di Malaysia akan dinafikan sendiri oleh Jamaluddin Jarjis kepada kerajaan Amerika di sana.

Ini membuatkan Anwar terpaksa melupakan sambutan Aidilfitri setahun sekali dan tidak meraikan penyokong beliau dengan rumah terbuka kerana ingin menyembah Al-Gore untuk mengembalikan kepercayaan Amerika kepada beliau. Beliau bijak dengan menulis tentang kesibukkannya menghadiri banyak majlis di Amerika di blog beliau sedangkan ramai yang pelik kenapa beliau mahu meraikan orang di negara luar, sedangkan penyokong beliau sendiri tidak diendahkan menjelang hari raya.

Apakah desakan beliau untuk beraya dan memenuhi jadual padat di Amerika?

Menurut beberapa sumber, Obama sendiri dan pentadbiran beliau dikatakan tidak berkeyakinan dengan Anwar Ibrahim sekarang, hal ini disebabkan Amerika sendiri dikatakan telah melihat dan merasakan Anwar ingin mencemari amalan serta prinsip demokrasi semata-mata ingin bergelar Perdana Menteri.

Mungkin inilah desakkan untuk beliau beraya di Amerika dan menunjukkan beliau seorang pemimpin dan orang yang baik di sana.

Dalam pada itu menurut rakan dalam PKR, kunjungan Anwar berjumpa Al Gore baru-baru ini adalah bertujuan dan berkemungkinan meminta bantuan peruntukkan untuk membiayai pentadbiran negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang yang kini dikatakan tiada wang dan rugi teruk kerana kurang kecekapan pentadbiran.

Kunjungan ini juga dikatakan ada kaitan dengan pilihanraya kecil yang bakal berlangsung selepas ini. Anwar dikatakan menyedari banyak pilihanraya kecil akan diadakan selepas ini berikutan masalah dalam Pakatan Pembangkang sendiri.Mahu tidak mahu bantuan penuh pilihanraya seperti dana,strategi, risikan dan sebagainya amat diperlukan Anwar.

Apa yang menariknya, ada beberapa sumber juga turut memberitahu Kumbang. Perjumpaan ini juga ada kena mengena dengan kes liwat yang bakal berlangsung. Mungkin Anwar Ibrahim ingin meminta nasihat bagaimana untuk lepas daripada pengadilan di Malaysia dan menyelamatkan diri.

Khulasahnya 3 faktor Anwar ke Amerika berjumpa Al Gore baru-baru ini;
1) Membersihkan imejnya yang tercemar.
2) Bajet dan kelengkapan Pilihanraya Kecil.
3) Mendapatkan nasihat mengenai kes Liwat yang bakal berlangsung.

Adakah Amerika Syarikat selaku kononnya pejuang Demokrasi dan keadilan akan selamanya tertipu dengan Anwar?

Kita-kita sama tunggu dan lihat.

Mungkin Anwar boleh menceritakan bagaimana padatnya jadual beliau di Amerika dan mengaburi mata ramai orang,tetapi ini semua dapat Kumbang dan rakan-rakan hidu.

Jika ada yang masih ragu-ragu tentang kenyataan Kumbang ini, ketuk rumah Azmin Ali tanya beliau sendiri.

Ternyata Amerika kini sedang hilang kepercayaan terhadap Anwar, beliau semakin kepanasan..

Yang pasti Anwar akan hilang tempat berpaut, Sungai Buloh Yang beliau akan sangkut.



Untuk maklumat lanjut.Klik sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini.

sumber - analisisringan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM AIDC..MOHON IZIN NAK LINK HEHEH

AIDC berkata...

silakan..