MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Sep 2009

Isu kuil selesai melalui dialog - YB Rodziah

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Exco semalam memutuskan dua perkara akan dilaksanakan berhubung isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

:Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, dua perkara itu ialah mengadakan dialog bersama penduduk dan menghantar surat kepada pihak menteri yang dilihat mempunyai minat untuk bercakap mengenai isu berkenaan.

“Kedua-dua perkara ini akan kita laksanakan, yang mana pertama kita akan mengadakan dialog secara berkumpulan dan berperingkat.

“Dialog pertama akan diadakan di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dan kita akan berjumpa dengan penduduk di kawasan Seksyen 23 sahaja,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

:Rodziah berkata, dialog kedua akan diadakan selepas itu yang mana akan melibatkan pemimpin masyarakat iaitu Ahli Majlis, Ahli Dewan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen, ketua-ketua penduduk sekitar Shah Alam serta Orang-orang Besar Daerah.

“Kita juga akan mengadakan dialog bersama pihak NGO dan media. Jika ada permintaan, kita akan tambah dengan dialog-dialog lain,” katanya.

Menurutnya, tujuan dialog berkenaan ialah untuk memberi maklumat yang jelas kepada semua pihak serta menunjukkan bahawa tiada apa yang ingin disorokkan oleh Kerajaan Negeri.

“Mungkin masalah yang timbul akhir-akhir ini tidak jelas, ada pihak tertentu atau masyarakat tidak tahu situasi sebenar apa yang berlaku serta proses yang berlaku semasa pemindahan dibuat.

“Kita ingin menunjukkan bahawa kita adalah telus dalam membuat keputusan, tidak ada apa yang kita hendak selindungkan,” katanya.

Sementara itu, Rodziah berkata, langkah kedua yang dibincangkan ialah untuk menghantar surat kepada menteri

”Kita akan hantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar dan juga kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berhubung isu berkenaan.

“Kita juga akan memberi surat penjelasan mengenai apa yang berlaku dan situasi ketika ini.

“Kedua-dua perkara ini akan dilakukan dalam bulan ini,” katanya.

sumber - sinar


Tiada ulasan: