MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Sep 2009

Email panas : Penglibatan Anwar dengan CIA..

Bekas Presiden Filipina Fidel V Ramos bersama Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada Disember 1994 dalam program anjuran IKD. IKD merupakan badan pemikir Anwar, bukan setakat menkaji pemikiran Ismail Al Faruqi dan Iqbal, tetapi juga mengkaji pemikiran tokoh Kristian, Jose Rizal (tengah-tengah foto itu adalah patung Jose Rizal)

Oleh The Unspinners

Ini kisah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Cerita ini dikhabarkan akhir 1998 oleh dua orang rakyat Republik Filipina yang bergama Islam, Abdullah S. Camlian, bekas Timb Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Orang Islam, Kerajaan Filipina dan Alvaro Alvarez, bekas Duta Besar Filipina ke Tunisia.

Kedua-dua lelaki ini adalah bekas Pejuang Pembebasan Rakyat Moro (MILF) dibawah pimpinan Nur Misuari. Kedua-kedua lelaki ini berpendidikan Barat. Mereka berkhidmat dengan Kerajaan Filipina semasa Gen Fidel Ramos menjadi Presiden Republik Filipina.

Menurut mereka, mereka mula berkenalan dengan Anwar Ibrahim semasa mereka sebahagian dari gerakan belia Moro dalam memperjuangkan hak mereka. Semasa itu, Anwar baru dibebaskan dari tahanan ISA dan adalah Presiden ABIM.

MILF amat tertarik dengan kebolehan kebolehan Presiden ABIM ini berpidato lantas ia diundang Anwar ke Mindanao. Dari situ, mula terjalin persahabatan antara ABIM dan MILF. Hubungan mereka makin akrab dan mereka menjadi konduit bantuan rahsia dari kerajaan Malaysia ke MILF.

Apabila Anwar diberi peluang PM ketika itu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, bertanding dalam Pilihanraya Umum di bawah tiket UMNO dan kemudian dilantik Setiausaha Parlimen, rakan-rakan di Mindanao amat gembira. 'Ayam Tambatan' mereka sudah mula naik dalam kerajaan.

Anwar masih mengekalkan hubungan baik dengan MILF walaupun tugasnya makin banyak dan peluang untuk bertemu makin berkurangan. Semakin dia naik dan diberi tugas lebih mencabar, Anwar masih cuba mengekalkan hubungan dengan mereka.

Makin lama, hubungan Anwar dan MILF seolah-olah tidak ujud lagi.

Bermula awal tahun 90an, keadaan politik di Filipina berubah. Presiden Fidel Ramos membuat keputusan dasar berbaik-baik dengan orang Islam Selatan Filipina. Gencatan senajata dapat dipersetujui dan perunding damai secara langsung dapat diadakan.

Menunjukkan keikhlasan Ramos terhadap orang Islam Selatan Filipina, sebuah Kementerian khas telah diwujudkan untuk menjaga hal ehwal mereka. Abdullah Camlian diangkat naik menjadi Timbalan Setiausaha bertaraf Timbalan Menteri di sini.

Ramos turut mengambil ramai pemimpin-pemimpin Islam Filipina yang kelayakan untuk dijadikan Duta-Duta Filipina ke negara-negara OIC, terutama Asia Barat dan Afrika Utara. Keadaan sudah banyak berubah.

Sementara itu di Malaysia, Daim Zainuddin bersara dari jawatan menteri Kewangan pada tahun 1991. Anwar dilantik Dr Mahathir menggantikan Daim sebagai Menteri Kewangan. Ini merupakan satu jawatan yang amat berkuasa.

Kemudian dalam 1993, Anwar menentang Ghaffar Baba dan berjaya menumpaskannya untuk kerusi Timbalan Presiden UMNO. Ghaffar meletakkan jawatan sebegai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar menggantikannya.

Yang anihnya, lagi Anwar naik dalam politik, hubungan beliau dengan MILF semakin longgar. tipis. Setelah Anwar menjadi Menteri Kewangan, hubungan Anwar dengan MILF makin bertambah jarak. Namun begitu, tiada konflik yang wujud antara Anwar dengan MILF.

Walaubagaimanapun, Anwar sering membuat lawatan ke Manila. Adakalanya beliau sempat bertanyakan khabar sahabat-sahabat lamanya dalam MILF yang kini sudah menjawat kedudukan tinggi dalam pentadbiran Ramos. Tetapi hanya setakat menanyakan khabar. DIa tidak cuba menghubungi mereka.

Dalam diam-diam, Anwar ada membuat beberapa siri lawatan secara peribadi. Dia datang tidak mengikut protokal dan tidak perlu menghubungi clearance Wisma Putera atau pihak kerajaan Filipina untuk hubungi sahabat-sahabatnya tetapi dia masih tidak menghubung rakan-rakan lamanya.

Makin lama, hubungan Anwar dan MILF seolah-olah tidak wujud lagi.

Ekstrada (Bekas Presiden Filipina), Anwar, Cory Aquino (bekas Presiden Filipina) dan Wan Azizah semasa sesi lawatan tidak rasmi Anwar di Manila


Abdullah Camlian sedar Anwar sering berkunjung ke Manila. Dia juga menyedari Anwar sering melawat Filipina atas kapasiti peribadi.

Oleh kerana Anwar sudah lama tidak lagi menghubungi mereka, terutama selepas menjawat jawatan Timbalan Perdana menteri, Camlian mengarahkan agen-agen MILF mengekori Anwar setiap kali dia tiba di Manila.

Agen-agen MILF amat terlatih dan berpengalaman setelah hampir 20 tahun konflik bersenjata dengan Kerajaan Filipina. Mereka memang cukup mahir dalam risikan dalam negeri.

Mereka mendapati Anwar sering didampingi oleh seorang General Hernandez dalam lawatan peribadinya setiap kali dia berada di Filipina.. Hernandez adalah seorang General bersara dari pentadbiran General Ramos. Dia merupakan operatif terpenting CIA di Asia Tenggara semasa itu.

Dalam satu lawatan peribadi ke Manila, Anwar telah diekori agen-agen MILF dan telah di bawa Hernandez ke sebuah khemah latihan kommando di Wilayah Tarlac. Wilayah Tarlac ialah kampung asal Ninoy Aquino, iaitu bekas pembangkang zaman Ferdinand Marcos dan suami bekas President Corazon Aquino.

Dalam lawatan ke khemah tersebut, mereka mendapati jurulatih-jurulatih tentera Israel sedang melatih 40 orang pejuang pembebasan Kadazan. Jurulatih-jurulatih ini adalah kumpulan yang sama melatih tentera Singapura di hutan Brunei.

Pejuang-pejuang pembebasan ini adalah di bawah arahan dan perancangan Dato' Dr Jeffrey Kitingan, adik Ketua Menteri Sabah ketika itu, Dato' Joseph Pairin Kitingan. Jeffrey sedang membuat persediaan untuk Sabah membebaskan diri dari Persekutuan Malaysia secara ketenteraan.

Ini memeranjatkan agen-agen MILF. Tidak cukup hubungan baik dengan Hernandez, Anwar juga terlibat dalam pergerakan 'cessation' dari Malaysia.

Berita ini dikhabarkan kepada Attache Pertahanan di Kedutaan Malaysia di Manila. Majlis Keselamatan Negara dan Cawangan Khas Bukit Aman melakukan risikan berasingan mereka. Akibatnya Jeffrey Kitingan ditahan dibawah ISA.

Itulah bagaimana Anwar bersekongkol dengan operatif utama CIA untuk menikam negara kita yang dicintai.


Nota The Unspinners: Kisah ini diterima dalam e-mel dari seorang pembaca. Nama dan identiti penghantar dirahsiakan.

sumber - the unspinners

Artikel lain berkaitan :

. Agenda Anwar di Filipina dan masa depan umat Islam Moro

. Anwar hadiri perhimpunan ikon-ikon demokrasi di Filipina

1 ulasan:

Unknown berkata...

hebat bang.bahaya kalau macam ni.tetapi saya tidak terperanjat kerana operatif yang baik adalah dari kalangan yang paling org tidak syaki.tetiba aje kena snipp...teruskan bang.moga ALLAH melindungi kita semua.saya tahu banyak cerita yang tidak boleh diceritakan kepada semua dan menyebabkan semua oarng yang tidak paham dan tahu mencaci dan mengutuk.