MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Sep 2009

Dr Hassan Ali pertahan tindakan, Pas Selangor sokong

Oleh NOR SEDEK ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 27 Sept. - Pas Selangor memutuskan enam ketetapan termasuk menyokong cadangan Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Hassan Ali supaya dilaksanakan penambahbaikan terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira tiga jam bagi membincangkan isu tersebut.

Bercakap kepada pemberita, Hassan berkata, sehubungan itu kerajaan negeri diminta segera mengkaji cadangan menambah baik perjalanan, pelaksanaan dan tatacara Selcat dalam menjamin kewibawaannya dan dihormati oleh rakyat.

Katanya, mesyuarat tersebut juga menerima dan bersetuju bahawa institusi seperti Selcat penting bagi menjaga prinsip keamanan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam menguruskan kewangan negeri

''Institusi seperti ini boleh berjalan baik dan teratur seandainya cadangan yang dikemukakan Pas diambil kira,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman.

Menurut Hassan, mesyuarat bersetuju untuk terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas negeri dan Exco kerajaan negeri.

''Ini kerana jawatan itu dilantik oleh Presiden parti dan jawatan Exco kerajaan negeri pula oleh ketua eksekutif maka ia tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak,'' katanya.

Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri turut menegaskan bahawa Pas Selangor akan terus bersama kerajaan pakatan pembangkang.

Katanya, kerajaan negeri mesti menjaga hubungan dengan para pegawainya bagi menjamin kelancaran pembangunan dan pentadbiran negeri serta mempertahankan semangat setiakawan.

Hassan menjelaskan, beliau tidak mempersoalkan polisi Selcat tetapi mengemukakan cadangan untuk memperbaikinya supaya jawatan kuasa itu dipandang sebagai satu organisasi kerajaan yang dihormati rakyat.

Ditanya mengapa cadangan penambahbaikan itu tidak diajukan pada mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, beliau berkata: ''Kita ada hak untuk bercakap kepada umum.

''Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim juga membuat sidang akhbar, satu dunia tahu apabila disiarkan dalam Internet dan akhbar.''

Katanya, cara soal siasat oleh Selcat menyebabkan para pegawai daerah dan ahli keluarga mereka malu dan enggan bertemu orang ramai.

''Saya difahamkan isteri salah seorang pegawai daerah juga sudah tawar hati untuk bertemu masyarakat kerana imejnya tercalar gara-gara tindakan Selcat," katanya.

Sebab itulah katanya, beliau meminta agar satu prosedur yang lebih berperikemanusiaan dan menghormati satu sama lain perlu diwujudkan dalam Selcat.

Pendengaran awam Selcat itu diadakan bagi menjalankan siasatan berhubung wang peruntukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Januari hingga Mac bagi 2008 dan 2009.

Bagaimanapun Hassan mendakwa siasatan yang dijalankan itu menimbulkan aib kepada pegawai daerah yang dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi.

Ekoran itu beberapa pemimpin pakatan pembangkang melahirkan kekesalan terhadap Hassan malah ada yang meminta beliau melepaskan jawatan dalam Exco kerajaan negeri dan keluar daripada pakatan tersebut.

sumber - utusan

Tiada tindakan disiplin ke atas Hasan, kata Timbalan Presiden PAS

Oleh G. MANIMARAN

NILAI: PAS pusat yang akan mengadakan mesyuarat Selasa ini tidak bercadang untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhubung isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).


Sebaliknya, pucuk kepimpinan parti itu hanya bercadang mendapatkan penjelasan lanjut daripada Hasan, Exco kanan Kerajaan Negeri Selangor, yang terus dengan pendiriannya mempertikaikan tatacara Selcat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Ia dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika ditemui di sini sebentar tadi.

"Saya telah pun mendapatkan maklumat dan penjelasan daripada beberapa pihak termasuk Datuk Hasan sendiri," katanya.

PAS akan mengadakan mesyuarat Dewan Harian pusatnya bagi membincangkan isu itu dan pemilihan bakalnya untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Mesyuarat akan diadakan di Seremban.

sumber - mstar

Mesyuarat khas PAS petang ini lulus mandat sokong Hasan Ali


Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mempengerusikan mesyuarat kedua dalam tempoh 24 jam - petang ini di Shah Alam - dipercayai strategi yang bakal memperkukuhkan kedudukan beliau dalam isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Malam tadi PAS Selangor telah mengadakan mesyuarat Dewan Harian selama tiga jam yang berakhir kira-kira 12 tengah malam.

Petang ini pula kira-kira 50 hingga 60 pemimpin negeri itu akan menghadiri mesyuarat khas Badan Perhubungan Negeri, khusus untuk membincangkan isu Selcat.

Ia disahkan oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir ketika dihubungi mStar Online.

"Mesyuarat petang ini hanya akan memutuskan satu isu iaitu isu Selcat. Pertemuan ini akan meluluskan mandat untuk menyokong pendirian Datuk Hasan dalam isu Selcat ini," katanya.

Mesyuarat Badan Perhubungan Negeri itu akan dihadiri oleh Yang Dipertua dan Setiausaha daripada 22 kawasan.

Sebahagian besar pemimpin berkenaan dikatakan menyokong pendirian Hasan dalam isu Selcat termasuk isu-isu lain berkaitan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat, yang tercetus sejak 18 bulan lalu.

Pertemuan hari ini diadakan sehari sebelum Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijadual mempengerusikan mesyuarat tiga penjuru membabitkan anggota Selcat, Exco dan pegawai kanan kerajaan, esok.

Roslan menambah, dengan keputusan yang bakal dicapai petang ini, maka tidak timbul soal bahawa Hasan yang juga Exco kanan Kerajaan Negeri Selangor, akan dikenakan tindakan disiplin oleh PAS pusat sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

"Kita menjangkakan majoriti anggota Badan Perhubungan Negeri akan memberikan mandat menyokong Datuk Hasan.

"Oleh itu, isu kemungkinan akan berhadapan dengan tindakan disiplin tidak berbangkit," katanya lagi.

Roslan menjelaskan, pada mesyuarat petang ini Hasan akan membentangkan kronologi isu Selcat dan laporan-laporan yang diterima daripada PAS kawasan.

sumber - mstar

Pas Selangor adakan mesyuarat tergempar

Oleh V Shankar Ganesh
shanky@nst.com.my


KLANG: Badan Perhubungan Pas Selangor yang disertai 62 anggotanya, akan mengadakan mesyuarat tergemparnya hari ini bagi menentukan hala tuju parti itu di negeri berkenaan.

Mesyuarat itu diramal ‘panas’ kerana anggotanya dijangka membidas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hasan Ali dan Setiausaha Pas negeri, Mohd Khairuddin Othman, berhubung kritikan terbuka mereka terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Perkembangan itu berlaku ketika Pas, selepas setahun setengah menjadi sebahagian Kerajaan Selangor, kini berada di persimpangan menentukan kedudukan dan peranannya di negeri itu.

Di satu pihak, ada mengutarakan Pas negeri itu melaksanakan pendirian Islam yang tidak bertolak ansur manakala di pihak lain memilih pendekatan sederhana dalam kerjasama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad, berkata parti itu mengamalkan pendekatan bertolak ansur di Selangor.

“Hanya mungkin dalam isu alkohol (kita tegas) tetapi itu hanya membabitkan umat Islam dan skopnya amat terhad,” katanya.

Iskandar menegaskan, Pas selama ini komited terhadap PR walaupun segelintir pemimpin pakatan itu tidak menghormati pemimpin Pas Selangor.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pula mendakwa ada kekeliruan mengenai dasar yang digariskan dalam Islam.

“Mungkin ia hanya membabitkan alkohol dan hudud. Tetapi sebenarnya, bukan perkara itu saja dalam Islam,” katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berkata, Hasan harus berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan Pas hanya mengambil berat mengenai isu mengharamkan alkohol dan judi.

sumber - berita harian



Tiada ulasan: