Oleh Kumbang, AIDCclub
Selepas Khalid Jaafar menimbulkan kontroversi merendah-rendahkan pentadbiran negara Islam Madinah oleh Nabi Muhammad dan menyamatarafkan baginda dengan DO Bukit Beruntung pada tahun 2004 di dalam satu dialog yang beliau sertai iaitu "Masa depan politik teologi di Malaysia" sehingga mendapat tentangan seluruh rakyat Malaysia dan parti PAS.
Kini timbul pula satu kontroversi yang hampir sama dizahirkan oleh 'Kapten Beliau', Anwar Ibrahim di Forum anjuran NED (badan demokrasi Amerika tajaan Yahudi) yang menyatakan pluralisme sering dikaitkan dengan Islam dan menjadi tradisi Nabi Muhammad S.A.W seperti yang diucapkan dalam video di atas.
Perkara ini menimbulkan kekeliruan kerana apa yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim ini tiada kaitan langsung dengan Islam, melainkan jika Anwar Ibrahim menyebut pluralitas sering dikaitkan dengan Islam.Kumbang setuju jika beliau menyatakan sedemikian.
Kumbang tunjukkan pada anda perbezaan di antara pluralitas agama dan pluralisme agama.
Pluralitas agama (kepelbagaian agama) adalah keadaan dimana pelbagai agama wujud dalam suatu masyarakat atau negara, dan masyarakat mempunyai anutan yang berbeza. Sedangkan pluralisme agama adalah suatu fahaman yang menjadi tema penting dalam disiplin sosiologi, teologi dan falsafah agama yang berkembang di Barat dan juga agenda penting globalisasi. Dalam konsep pluralisme ini semua agama adalah sama dan saling mempunyai kebenaran.
Agama Islam menyatakan pluralitas agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identiti agama masing-masing.
Tapi fahaman pluralisme agama diorientasikan untuk menghilangkan permasalahan dan sekaligus menghilangkan perbezaan dan identiti agama yang ada. Jadi menganggap pluralisme agama sebagai tradisi Nabi Muhammad S.A.W dan ada kaitan dengan Islam seperti yang diucapkan Anwar Ibrahim di dalam video di atas adalah kenyataan yang berlebihan dan mengarut serta seperti menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.
Kumbang mohon kekeliruan ini diperbetulkan oleh Anwar Ibrahim sendiri supaya ia tidak mengelirukan lebih ramai orang.
Persoalannya, adakah Anwar Ibrahim sengaja untuk membuat kenyataan ini atau sememangnya beliau tidak memahami perbezaan di antara pluralitas agama dan pluralisme agama?
Kenyataan beliau ini ditakuti akan menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam dan seperti menghalalkan Islam Liberal iaitu Islam yang lebih moden dan terbuka gaya Amerika.
Ramai telah mengetahui Islam Liberal sememangnya ada kaitan dengan Anwar Ibrahim yang dianugerahkan 'Muslim Moderate of The Year' pada tahun 2005 oleh CSID ( badan berlabel Islam dan bertema Islam dan Demokrasi di Amerika) yang mana Anwar terlibat di dalamnya dan lebih teruk lagi penaja utama CSID juga adalah seorang Yahudi iaitu Carl Gershman, Pengerusi NED (National Endowment for Democracy) iaitu di mana di dalam forum NED inilah Anwar berucap seperti dalam video di atas dan mengaitkan Islam dengan pluralisme serta menyatakan ia adalah tradisi Nabi Muhammad S.A.W.
Persoalan di atas semua ini ;
Pertama, Islam jenis apakah yang cuba dikembangkan oleh CSID ke seluruh dunia Islam itu kerana di belakangnya terdapat suntikan Yahudi ?
Kedua, adakah Anwar begitu terdesak untuk mengaitkan Islam dengan pluralisme dan menyatakan ia adalah tradisi Nabi Muhammad S.A.W kerana menghormati penaja beliau iaitu seorang yahudi dan adakah kerana ingin menunjukkan kepada penaja beliau bahawasanya beliau adalah seorang muslim yang terbuka dan moderate?
Kumbang minta pembaca untuk memikirkannya..
Soal Nabi Muhammad kini dibangkitkan. Adakah PAS masih berdiam diri?
"Sama Rata, Sama Rasa, Depan Belakang Sama Saja"
Untuk mengetahui kaitan Anwar dengan Islam Liberal dan Islam Moderate iaitu Islam gaya Amerika serta pluralisme agama.Klik Sini,Sini dan Sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini.
sumber - analisisringan
3 ulasan:
a'kum,
kalau dah bencikan Anwar tu, semuanya Anwar kata tak betul. Kalau Anwar tu duk dalam UMNO lagi... hehehehe...
cuba Najib tu duduk luar UMNO dan kritik UMNO... najib pun akan dikutuk. acu muhyiddin masuk pas, pun akan dikutuk oleh tuan juga. tak apalah, tuan kutuk tuan punya suka. sbb orang umno kata, rambut sama hitam, kubur masing2.
salam
sini orang umno ker, tak nampak cam umno pun? umno tau pasal halatuju politik mereka je rasa, waktu anwar duk dalam umno, ramai tak tau pun anwar tu liwat, yang tau anwar liwat adalah mat sabu dan karpal singh... skang mat sabu dan karpal lak senyap...
masa anwar dalam PAS, dia ingin bangunkan islam moderate dengan gagasan masyarakat madani higga timbul kritikan dari kumpulan islam dan juga pemimpin PAS, namun kini hanya kumpulan islam sahaja masih bersuara menentang anwar, suara PAS sudah senyap dan sunyi...UMNO semenjak dulu amat kerdil dengan isu ini...sebab mereka lebih fokus isu mereka.
Oi Pak, Anwar cakap mmg la tak btol? manade yg btolnyee?
Catat Ulasan