Oleh Tomyampoktek, AIDCclub
Di sebalik laporan Kerajaan Malaysia membebaskan 5 tahanan ISA dari Kem kemunting, wujud cerita-cerita bahawa Anwar dan rakan-rakannya tidak gembira dengan keputusan tersebut. Kerana menyebabkan sukar bagi mereka untuk terus memburukan pihak berkuasa lagi.
Dalam keadaan sekarang, selepas berjaya memburukkan sebgitu teruk tunjang parti pemerintah yang mendukungi kerajaan. Kini tokoh yang sentiasa berdampingan dengan Amerika dan Yahudi itu cuba seboleh mungkin untuk memburukkan semua organisasi pemerintah sehingga dianggap hilang kredibiliti oleh pihak awam. Dari Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, Polis, SPRM, Jabatan Perdana Menteri hinggalah kepada Institusi Kehakiman semuanya jahat dan patut diperangi.
Namun di utara Malaysia seperti dilaporkan AFP, Kabinet Thailand dilaporkan akur untuk menggunakan undang-undang keselamatan khas, yang membenarkan pengerahan askar bagi menghadapi tunjuk perasaan oleh penyokong mantan perdana menteri Thai, Thaksin Shinawatra, hujung minggu ini.
Sebelum ini di Indonesia dilaporkan pihak berkuasa di sana mungkin mewujudkan akta yang sama peranannya dengan akta ISA seperti yang ada di Malaysia dan Singapura untuk tujuan pencegahan dan mengekang aktivi keganasan melampau hingga mengugat keselamatan negara.
Di Thailand difahamkan tunjuk perasaan yang bakal diadakan oleh kumpulan 'Baju Merah' Sabtu ini, diadakan bersempena ulang tahun ketiga rampasan kuasa yang menggulingkan Thaksin, bertujuan menggesa Perdana Menteri Thai, Abhisit Vejjajiva, meletak jawatan dan diadakan pilihan raya baru di negara itu.
Jurucakap kerajaan, Panitan Wattanayagorn, berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu akan berkuatkuasa dari Jumaat ini hingga Selasa depan di ibu kota Bangkok kerana tunjuk perasaan dijangka mencetus kekacauan.
'Undang-undang ini akan memastikan keselamatan penunjuk perasaan dan membenarkan kami mengawal keadaan,' kata Panitan.
'Polis akan menjadi pasukan utama dibantu oleh pasukan tentera,' tambah beliau.
Menerusi ISA, pihak berkuasa boleh mengeluarkan perintah berkurung dan menyekat pergerakan penduduk jika ia membahayakan keselamatan negara.
'Kami ingin memastikan kami mempunyai cara menghuraikan perkara itu secepat mungkin,' kata seorang lagi jurucakap kerajaan, Supachai Jaisamuth.Menurut beliau, Kabinet telah meluluskan penggunaan ISA di daerah sekitar pejabat Perdana Menteri, Abhisit, selama lima hari mulai Jumaat ini.
Kumpulan 'Baju Merah' bercadang mengadakan rapat Sabtu ini dekat Royal Plaza, sebelum berarak ke rumah presiden Majlis Privi, Jeneral Prem Tinsulanonda, yang dituduh penunjuk perasaan mendalangi rampasan kuasa yang mengguling kan Thaksin pada 19 September 2006.
Sementara itu, panglima tentera laut Thai, Laksamana Kamthorn Phumhiran, semalam menafikan adanya kemungkinan berlakunya satu lagi rampasan kuasa di negara itu.
'Masalah politik negara ini sedang dihuraikan menerusi cara-cara demokrasi,' demikian beliau dipetik laman berita Bangkok Post.
Mengenai tunjuk perasaan yang bakal diadakan kumpulan Baju Merah pada 19 September ini, Laksmana Kamthorn berkata para penunjuk perasaan tidak sepatutnya mencabul hak asasi orang lain. Pihak tentera menurut beliau, akan memantau keadaan dan bersedia membantu polis mengawal ketenteraman awam.
Kalau itu situasi di Bangkok kenapa usaha membenci ISA begitu disemarakkan di Malaysia,hingga angota keselamatan dihina dan diherdik oleh kumpulan Anwar Ibrahim, bukankah ianya hanya untuk kepentingan diri sahaja dan mencari alasan untuk memburukkan pemerintah dan mewujudkan ketegangan suasana.
sumber - tomyampoktek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan