MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Sep 2009

Anwar Atartuk : Gempar! IRI bantu PKR dan Anwar Ibrahim tawan Sarawak


Oleh Kumbang, AIDCclub

Pertengahan mei lalu Kumbang diberitahu oleh rakan di dalam PKR. Shamsul Iskandar iaitu Ketua AMK PKR dan Anwar Ibrahim sedang giat menjalankan usaha untuk menawan Sarawak pada pilihanraya negeri yang bakal berlangsung tahun depan. Kumbang itu juga diberitahu, Shamsul Iskandar dikatakan sering berulang-alik antara Sarawak dan Semenanjung untuk menyusun jentera kempen PKR di sana.Dalam masa yang sama Shamsul Iskandar dikatakan turut menyiapkan jentera PKR di Melaka untuk menawan negeri itu dan menaikkan beliau selaku Ketua Menteri.

Berbalik kepada hal Sarawak, Anwar Ibrahim dan PKR sendiri dikatakan benar-benar serius untuk menawan Sarawak. Beliau juga dikatakan sering turun Ke Sarawak untuk berkempen dan buktinya tahun lepas dan baru-baru ini isu penganiayaan Kaum Orang Ulu dan Kaum Penan di Sarawak dimainkan PKR sebagai permulaan kempen mereka untuk menimbulkan rasa benci rakyat Sarawak kepada kerajaan Negeri yang ada Sekarang.

Apa yang menyedihkan, Anwar Ibrahim dalam setiap ucapannya lebih mengapi-apikan kaum Bidayuh dan Iban untuk menentang Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Taib Mahmud dari kaum Melanau. Hal ini amat membimbangkan kerana isu perkauman diapi-apikan untuk mengalihkan sokongan rakyat Sarawak kepada PKR.

Itu cerita pada mei lalu, Apa yang berlaku sekarang di Sarawak?

Kumbang dihubungi semula oleh rakan PKR yang sama semalam dan beliau telah menyampaikan satu khabar yang agak mengejutkan berkenaaan PKR di Sarawak kepada Kumbang. Beliau meminta Kumbang untuk melakukan pendedahan mengenai peranan agensi asing dalam agenda PKR untuk menawan Sarawak.

Beliau mengambil keputusan berkenaan setelah membaca analisis Kumbang mengenai IRI semalam dan beliau rasa bertanggungjawab untuk memberitahu perkara sebenar mengenai apa yang sedang berlaku di Sarawak kerana timbul kesedaran di dalam diri beliau untuk tidak mahu PKR dikawal oleh agensi asing dan Amerika.

Menurut beliau kempen PKR untuk menawan Sarawak kini dibantu oleh satu badan pilihanraya dari Amerika Syarikat iaitu IRI(International Republican Institute). IRI telah menghantar seorang pegawai (Resident Program Officer) yang bernama John Fluharty untuk tujuan itu.

John dikatakan telah mengarahkan PKR Sarawak untuk menubuhkan JawatanKuasa Pilihanraya di setiap cabang PKR di Sarawak. Selain itu John telah mengarahkan beberapa orang tenaga pengajar untuk mengajar ahli-ahli PKR di Sarawak mengenai strategi kempen dan perang saraf. 200 Sukarelawan bagi setiap cabang PKR dikatakan telah dikumpul untuk tujuan tersebut.

Kemuncak pada semua tindakan John yang berpaksikan IRI ini, Kertas kajian(kemajuan dan pencapaian) untuk PKR capai kemenangan di Sarawak mesti sampai ke tangan john bermula pada 15 september 2009 hingga ke pilihanraya negeri tahun depan. Menurut rakan Kumbang itu lagi beberapa bantuan sulit juga seperti risikan turut diberikan kepada PKR dan beberapa bantuan yang berstatus sulit yang lain turut diberikan tetapi tidak diketahui oleh beliau kerana dirahsiakan oleh pihak atasan PKR.

Situasi ini jelas memperlihatkan PKR sedang dibantu oleh IRI di Sarawak dan membuktikan apa yang Kumbang tulis semalam iaitu PKR sebelum PRU ke-12 lalu dan sehingga kini dibantu IRI dan Amerika dari segi pemberian dana, pemantauan pilihanraya,kajian sikap,strategi kempen pilihanraya,latihan kepada ahli-ahli parti dan pelbagai bantuan lain termasuk manipulasi isu pilihanraya.

Ternyata kesemua bantuan ini bukan percuma dan perlu timbal-balik di kemudian hari iaitu berkemungkinan Amerika akan menjalankan agenda tersembunyi mereka di Sarawak jika PKR menang dalam pilihanraya negeri tahun depan. Situasi ini ternyata amat berbahaya kepada rakyat Sarawak jika PKR menang di dalam pilihanraya negeri nanti kerana masuknya campur tangan asing di dalam pentadbiran di Sarawak.

Kumbang harap selepas pendedahan ini, jentera anti Anwar di Sarawak akan memikirkan cara untuk memastikan rakyat menolak PKR di Sarawak kerana PKR ternyata telah dibantu dan dikawal oleh IRI pertubuhan tajaan Amerika dan membawa masuk campur tangan asing ke Sarawak.

Ayuh bangkit rakyat Sarawak dan seluruh Malaysia kita tolak PKR dan campur tangan asing!!!

"Sama Rata, Sama Rasa, Depan Belakang Sama Saja"

Untuk maklumat lanjut mengenai Anwar Ibrahim dan IRI. Klik Sini dan Sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Komentar menarik daripada Hilbrad :-

Salam sejahtera Kumbang,

Terima kasih Kumbang kerana menyediakan maklumat berguna ini. Terima kasih.

Telur busuk yang akan menanti PKR dan Anwar di Sarawak. Tidak kami akan biarkan Sarawak dinodai oleh "pengkhianat bangsa" seperti Anwar, Syamsul, Karpal Singh, Lim Kit Siang serta talibarut kepada DAP dan PKR iaitu PAS-Nik Aziz, Hadi Awang.

Kaum Penan di Sarawak sebenarnya telah dihasut oleh aktivis alam sekitar dari Switzerland iaitu mendiang Bruno Manser yang telah mati ditangan orang Penan sendiri dan beberapa orang lagi daripada mereka supaya membenci kerajaan negeri.

Untuk makluman Kumbang, kaum Penan yang terdapat di Hulu Baram mempunyai kumpulan masing-masing dan sering bertelagah diantara satu dengan yang lain kerana berebut kawasan hutan.

Kebanyakan suku kaum Penan di hulu Baram memang sangat sukar untuk menerima perubahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak. Saya telah biasa dengan mereka ini, saya tahu bagaimana sukarnya hidup mereka, namun enggan untuk menerima apa jua perubahan.

Contoh yang terbaik, di Long Seridan..Kerajaan Sarawak telah menyedia sebuah rumah panjang untuk kaum Penan ini, namun mereka tidak mahu mendiaminya...tetapi sebaliknya mereka hanya menyimpan barang-barang saja didalamnya..mereka sendiri akan tidur diluar.

Diluar rumah mereka akan membina satu para berupa katil, iaitu batang pokok-pokok kecil sebesar ibu jari dan akan diikat lilit. Sebelum tidur malam Penan ini akan memasang api disebelah bawahnya..jadi seperti mereka ini sedang memanggang diri mereka sendirilah.

Untuk pengetahuan Kumbang, kaum Penan ini yang terdapat di hulu Baram berbeza dengan Penan yang terdapat dikawasan lain dalam Sarawak. Mereka ini tidak akan tinggal tetap disatu-satu kawasan didalam hutan.

Ada juga kumpualan Penan ini yang masih tinggal diatas pokok. Membuat kediaman diatas pokok.Satu keluarga satu pokok. Saya sendiri selalu melihat bagaimana cara kehidupan mereka ini. Apabila kumpulan Penan ini dapat menangkap seekor haiwan, misalnya rusa ke atau kijang, mereka akan memanggang apabila sudah masak mereka akan makan sampai kenyang, lepas itu tidur..sedar dari tidur makan lagi..dan begitulah seterus sehingga makanan ini akan habis. Mungkin prinsip mereka "hidup untuk makan" bukan "makan untuk hidup."

Kumpulan Penan ini hanya akan berpindah ke kawasan lain sekiranya kawasan tersebut buah-buahannya atau haiwan buruan mereka telah tiada dan mereka akan mencari kawasan baru dan begitulah seterus kebiasaan hidup mereka. Mereka tidak akan tinggal tetap walaupun dimana-mana, hanya sementara.

Kerajaan Sarawak telah banyak mengatur program untuk kaum Penan ini, namun semuanya dipandang sepi saja. Adalah paling sukar untuk mengubah cara kehidupan kaum ini khususnya yang masih dihutan hulu Baram.

Itu lah, kepada PKR ataupun Anwar...harap mereka jangan memainkan isu Penan ini untuk meraih undi. Jangan memainkan isu perkauman di Sarawak. Anwar jangan menghasut rakyat Sarawak supaya bermusuhan diantara satu dengan yang lain.

Kepada Datuk Hajjah Hafshah Harun, Jawah Gerang, kepada bekas majistret encik Augustine Lium dan kepada semua lembu-lembu PKR yang ada di Sarawak, jangan kerana terpedaya dengan janji palsu Anwar negeri Sarawak akan menerima nasib serupa dengan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan sekarang... berpikirlah sebelum bertindak..jangan gadaikan negeri Sarawak ini kepada pengkhianat bangsa dan negara seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, talibarut mereka Nik Aziz, Hadi Awang, Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Zaid Ibrahim dan ramai lagi...