MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Sep 2009

Wajarkah Erdogan dijuluki “Al-Fateh”?

Dalam pada umat tercari-cari bilakah ‘Salahuddin Al-Ayyubi’ akan muncul untuk membebaskan Baitul Muqaddis dan menyelamatkan umat Islam di Palestin, mengusir keluar kaum Yahudi yang menguasai Baitul Maqdis sekarang (sebagaimana Salahuddin yang berjaya menghalau tentera Salib dari 4 buah negara Eropah pada masa lalu), tiba-tiba hari ini telah berlaku satu peristiwa seolah-olah telah munculnya seorang ‘Salahuddin’ tersebut.

Heboh diperkatakan oleh media-media antarabangsa sikap ‘hero’ yang ditunjukkan oleh Erdogan di Davos yang menggambarkan kebencian kepada tindakan serangan Israel yang membunuh lebih 1300 orang penduduk Palestin dan mencederakan lebih 5000 warga Ghaza.

Bahkan yang menarik dalam laporan Berita Astro Awani yang menjuluki nama Erdogan dengan gelaran ‘Penakluk Davos’ atau jika ditukar ke dalam bahasa Arabnya menjadi “Al-Fateh”. Ini sebagaimana gelaran yang diberikan kepada Muhamad Al-Fateh yang membuka kota Constantinople dan menukar namanya menjadi IslamBul (Bandar Islam).

Sebelum kita menjadikan seseorang itu hero di kalangan pemimpin-pemimpin pengecut kaum Muslimin, marilah kita melihat terlebih dahulu sejarah hidupnya, dan tindakan negara pimpinannya.

1. Dahulu, selain berjaya membebaskan Baitul Maqdis, Solahuddin Al-Ayubi juga berjaya menggulingkan pemerintahan ‘Khalifah’ Fatimiyyah yang sesat di Mesir. Beliau seterusnya berjaya membawa Universiti Al-Azhar menjadi institusi keilmuan yang terkenal dan disegani.

Kini, kejayaan Erdogan adalah menggulingkan pemerintahan Turki dan menjadikan negaranya sebagai hub untuk logistik tentera Amerika Syarikat. Mengikut laporan CNN 70% dari kargo udara ke Iraq adalah melalui Negara Turki. Turki yang sebelum ini merasakan perlu bertindak untuk mengehadkan kerjasama setelah ‘terasa’ dengan tindakan Amerika yang menghina negara bangsanya, ternyata telah memberikan bantuan sepenuhnya kepada Amerika, dalam keadaan dia (Erdogan) tahu bahawa bantuannya kepada AS akan memudahkan AS menyerang Iraq dan akan menyebabkan huru-hara dan mengorbankan ribuan nyawa umat Islam di Iraq.

Jika sahaja mereka tidak memberikan kerjasama, nescaya ini akan menjejaskan usaha Amerika untuk menduduki Iraq dalam tahun 2003 dan dapat mengelakkan episod penuh kemusnahan dari terlakar dalam sejarah Iraq. Begitu juga dengan Mesir, Arab Saudi, Qatar dan Kuwait yang turut mengkhianati Allah, Rasul dan kaum Muslimin dengan membenarkan negara masing-masing menjadi ‘base’ kepada AS. Penjajahan Amerika ke atas Iraq telah menyebabkan ketidakstabilan di rantau itu, menguatkan nasionalisme Kurdish dan mengancam kestabilan wilayah Kurdish di Turki secara langsung."

2. Sebagai seorang pemimpin dan panglima perang Muslim, Salahuddin Al-Ayubi telah menghantar banyak ketumbukan tentera untuk memerangi kaum kuffar, yang merupakan musuh Allah dan Rasul dan musuh kita semua. Manakala pada tahun lepas dan dua tahun lepas, Erdogan, sebagai pemimpin Muslim dan orang yang memegang ketenteraan, telah menghantar banyak ketumbukan tentera untuk memerangi puak Kurdish yang dianggapnya sebagai musuh, pengganas dan militan.

Lebih menyedihkan, serangan tersebut dilakukan dengan ‘restu’ dari Amerika, walhal Amerika yang ketika itu sedang mengganas di bumi Afghanistan dan Pakistan. AS langsung tidak diperangi oleh Eerdogan, malah sebaliknya (AS) ‘dibantu’ oleh Erdogan untuk memudahkan golongan kuffar itu membunuh umat Islam yang lain.

3. Fakta yang tidak kurang pentingnya adalah hubungan kerajaan Turki pimpinan Erdogan dengan institusi haram Yahudi. Turki adalah antara negara yang mengadakan hubungan diplomatik secara rasmi dengan Israel hingga ke hari ini. Duta Turki ke Malaysia sendiri iaitu Barlas Ozener adalah bekas Duta Turki ke Israel, dalam temuramah dengan Berita Harian, dia sendiri menerangkan masalah pegangan sekularnya. [Sila klik Duta Turki jatuh cinta kepada Malaysia]. Beberapa kenyataan mengecewakan dari kedutaan Turki sendiri dapat kita lihat tentang hubungan Turki dengan Israel.


Turkish Ambassador in Israel, Barlas Ozener, called upon Turkish entrepreneurs to make further cooperation with their counterparts. Ozener noted that he wanted cooperation with Israel in trade and technology in addition to military projects and said: "Turkish businessmen can sell everything to Israel on condition that they pay attention to quality". Ozener stated that Israel's state-of-the-art technology in agriculture could also be evaluated in joint projects with Turkey and added that following the free trade agreement between Turkey and Israel, the agreement for the prevention of double taxation and the encouragement of investments should be promulgated at the Turkish Parliament as soon as possible. /Milliyet/ [Sila Klik Di Sini].

Merupakan hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa Turki bukan sahaja sebuah negara yang banyak melakukan hubungan dagang dengan Israel secara langsung, malah melakukan latihan ketenteraan dan inteligensia secara bersama-sama, dan hal ini dicemburui oleh beberapa Negara Arab yang lain. Dengan kata lainnya, Turki dari dulu telah melakukan hubungan antarabangsa yang baik dengan Institusi Haram Israel ini, di bawah pimpinan Erdogan.

Sedangkan Salahuddin Al-Ayubbi sebagai penyelamat kepada Baitul Maqdis, beliau membebaskan Baitul Maqdis dengan melawan serangan hebat Eropah. Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan perang dan ketakwaan Salahuddin? Hatta Eropah pada masa itu sendiri mengenalinya sebagai singa dan mereka menyebutnya dengan Saladin. Ketika tentera salib hampir memusnahkan Masjid Al-Aqsa dengan lautan darah dari pembunuhan lebih 5,000 umat Islam di Palestin, bagaikan 'singa lapar' Solahuddin dan tenteranya melancarkan jihad bagi menamatkan kekejaman Kristian hampir 200 tahun itu (1096/489H - 1192/588H).

Ribuan tentera Salib yang diketuai raja-raja Eropah ketika itu, (Raja Jerman, Frederick I Barbarossa, Raja Perancis, Philip II Augustus dan Raja England, Richard The Lion Heart) mati serta tunduk kepada perjanjian damai yang diputuskan oleh Salahuddin pada bulan Syaaban 588 Hijrah (1192 Masehi).

Siapakah yang dapat menandingi sikap dan kejayaan Solahuddin yang benar-benar berlandaskan al-Quran dan Al-Sunah? Siapakah di kalangan pemimpin kaum Muslimin hari ini yang berani menyebut perkataan ‘jihad’?.

Sesungguhnya ‘keberanian’ Erdogan meninggalkan Davos amat jauh untuk meletakkan dirinya di tempat ‘Al-Fateh’. Semasa umat Islam di seluruh dunia mengharapkan adanya pemimpin Islam yang terus segera melancarkan jihad ke Gaza tatkala Gaza diserang, di manakah Erdogan dengan tenteranya? Apakah yang Erdogan buat dengan tenteranya, yang dahulu begitu berani digerakkannya untuk memerangi sesama umat Islam Kurdish?

Ternyata, Erdogan hanya memilih untuk berdiam diri dan bersikap penakut sebagaimana pemimpin Islam lain yang hanya pandai mengemukakan usul perdamaian. Perjuangan Erdogan masih lagi ditekan dari aspek kesekularan negaranya.

Tatkala Salahuddin berjuang keras melindungi umat Islam di Baitul Maqdis dengan mujahidin dan menghalau tentera kufur, dan barulah dia melakukan kesepakatan gencatan senjata, namun kini Erdogan dengan Turki yang sekular terus menerus mengadakan hubungan intim dua-hala dengan negara Israel pembunuh, tanpa berbuat apa-apa ke arah pembebasan bumi Palestin.

Untukmu Erdogan, kalau anda ingin digelar Al-Fateh maka bertindaklah sebagai Al-Fateh. Bebaskan Palestin sebagaimana Salahuddin Al-Ayubi membebaskannya. Isytiharkan jihad ke atas Israel, dan serulah kepada semua pemimpin dunia Islam agar bergabung mengalahkan Israel dan Amerika. Tegakkanlah Khilafah, dan serulah pemimpin dunia Islam agar bersatu di bawah satu kepimpinan dan satu bendera.

Serulah mereka semua agar berjihad memerangi Yahudi dan Amerika. Jika inilah yang engkau lakukan, maka kisah kehebatan Erdogan sebagai pembebas Baitul Maqdis akan pasti dikenang oleh generasi umat ini sebagaimana umat ini mengenang Muhamad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi dan juga Sultan Abdul Hamid II.

Jika inilah yang engkau serukan wahai Erdogan, maka nescaya namamu terpahat indah dan diabadikan dengan penuh keharuman di dalam lipatan sejarah kaum Muslimin. Dan jika inilah yang engkau serukan, Insya Allah namamu akan terpahat di pintu syurga sebagai pejuang dan penegak agama Allah.

sumber - mykhalifah


Tiada ulasan: