MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Sep 2009

Aktivis bantah kuil berani ke mahkamah....Anwar pula ?


Oleh Gelagat Anwar

Kesemua mereka yang dikatakan terlibat di dalam kes ‘kepala lembu’ sudahpun dibawa ke muka pengadilan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, mereka ke mahkamah, tidak lari, tidak mempunyai niat langsung menangguhkan sidang demi menyelamatkan diri sendiri. Mereka tetap boleh hadir ke mahkamah sebagai ‘pejuang’ isu rakyat. Mereka hadir ke mahkamah sebagai ‘pejuang Islam’. Mereka juga dipandang sebagai hero kepada sesetengah orang Melayu/Islam di Selangor.

Benar, kepada Khalid Samad, Izzah dan Najmi – mereka ini adalah kalangan demonstran yang menganggu gugat keharmonian kaum. Mereka ini kononnya tidak punya ‘adab’. Mereka tidak bersedia dengan agenda bersangka baik dengan agama lain. Sayangnya, PKR kali ini berhadapan dengan ‘kerugian politik’ yang tidak mudah diperolehi semula. PKR lupa bahawa dengan mendakwa mereka ini di mahkamah, ‘moral victory’ sudah menjadi milik mereka/

Secara umumnya, orang Melayu di Selangor masih melihat mereka sebagai kalangan yang ‘berani dan lantang’ dalam menyuarakan pandangan. Mereka tidak ‘reserve’ dan bermain dengan hak mereka. Ini lebih penting, berbanding kelemahan pentadbiran dan amalan politik ‘tuduh menuduh’ yang ditampilkan oleh Kerajaan Negeri Selangor hari ini. Kita cabar Khalid Ibrahim tanyakan kepada Azmin Ali – apakah ada keuntungan politik setelah mereka ini didakwa di mahkamah? Azmin Ali akan pantas menjawab bahawa Khalid tidak bijaksana (dalan erti kata lain – BODOH) kerana membiarkan perkara ini ‘blown out of proportion’.

Pejabat Menteri Besar Selangor – gagal dalam usaha ‘damage control’ kepada apa yang berlaku di Seksyen 23. Tindakan dan kerjabuat Pejabat MB tampak lesu dan tidak bermaya. Bertemu dengan penduduk juga tidak mendatangkan hasil kepada Khalid Ibrahim.

Sejujurnya, kalau dilakukan pilihanraya di Selangor esok, PKR akan kalah dengan teruk. PAS mungkin akan mempertahan kawasan yang mereka menang, tetapi tidak PKR. Anwar pastinya memerlukan lebih masa untuk melakukan proses pembaikan kepada imej PKR Selangor yang lesu dan nampak bengap. PKR tidak ada strategi, membiarkan masalah menjadi terlalu teruk – agar mereka boleh menyalahkan kerajaan lama. Akhirnya, PKR sendiri yang berhadapan dengan masalah ‘kepercayaan rakyat’.

Khalid Ibrahim tidak langsung punya command dan respect daripada kalangan Exco sendiri. Khalid lebih kepada seorang CEO yang tidak tahu bertindak. Sentiasa melihat ke belakang, ke tepi dan ke tengah dalam mencari penyelesaian yang bersifat ‘ad-hoc’ dan sementara. Pimpinan Khalid di Selangor sudah tahap ‘retak menanti belah’. Seharusnya, jika dia seorang yang bertanggungjawab – Khalid wajar letak jawatan.

Apabila sahaja kesemua penentang kuil Hindu ini didakwa; mereka sudah mempunyai ‘moral victory’ kepada kelemahan kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. PKR sedang berhadapan dengan ‘krisis kepercayaan’ di kalangan rakyat pada ketika ini. Sayangnya, Khalid tahu apa dengan strategi politik. Khalid tidak punya sebarang idea pembaharuan sekalipun.

Suka diingatkan kepada Pak Sheikh – sekurang-kurangnya 12 orang itu lebih mulia dan berani daripada seorang individu yang gemar menggunakan lompong perundangan untuk menyelamatkan diri sendiri. Maaflah Pak Sheikh, saat mereka dihadapkan ke mahkamah, penulis sudah mengagak bahawa politik ‘idaman’ Pak Sheikh akan berkubur jua akhirnya. Insya’Allah

sumber - gelagat anwar


Tiada ulasan: