MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Sep 2009

16 September : Soalan yang belum dijawab Anwar??

Oleh Gelagat Anwar

Sementara menunggu 16 September ataupun tarikh-tarikh lain yang akan diberikan oleh Anwar Ibrahim sebagai hari untuknya mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri, munkin ada keperluan untuk penyokong-penyokongnya, terutama yang berbangsa Melayu dan beragama Islam untuk merenung hari muka jika dan apabila peristiwa yang dijanjikan oleh Anwar itu menjadi kenyataan.

Beberapa soalan perlu diajukan dan memerlukan kepada jawapan yang jelas dan tidak berunsur “glib” (sambil lewa), “dismissive” (tidak mengendahkan), “condescending” (merendah-rendahkan) mahupun secara “sarcastic” (menyindir).

Soalan-soalan yang perlu dijawab oleh Anwar sebelum dia menerajui pemerintahan negara adalah seperti berikut:

1) Siapakah ataupun wakil dari parti manakah dari Pakatan Rakyat yang akan dilantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri?

2) Apakah polisi-polisinya mengenai hak-hak keistimewaan Bumiputera/Melayu – mengenai kuota-kuota samada biasiswa, peluang pekerjaan di sektor-sektor awam, kontrak-kontrak dan pemberian saham-saham kerajaan?

3) Adakah dia akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dan menggantikannya dengan Agenda Ekonomi Nasional?

4) Apakah dasar-dasar didalam Agenda Ekonomi Nasional – adakah dasar-dasar yang terdapat didalam DEB akan dikekalkan ataupun dirombak ataupun akan diperkenalkan yang baru tetapi menghayati semangat DEB?

5) Apakah pendiriannya mengenai pengambilan pelajar-pelajar kedalam universiti-universiti awam?

6) Apakah pula pendiriannya mengenai penghantaran pelajar-pelajar Melayu ke luar negara – adakah akan ditambah atau dibahagi samarata dengan pelajar bukan Melayu/Bumiputera?

7) Apakah pula pendiriannya berhubung dengan institusi-institusi berkaitan Bumiputera seperti Mara dan Universiti Teknologi Mara?

8) Apakah pula pandangannya mengenai sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan India?

9) Apakah pula pendiriannya mengenai tanah-tanah simpanan Melayu (Malay reserve land)?

10) Apakah pendiriannya mengenai dasar-dasar Islam yang didokong oleh PAS seperti Negara Islam, Hukum Hudud dan kebudayaan Islam (seperti di Kelantan dimana wayang kulit, makyong serta beberapa lagi kebuyaan yang dianggap tidak mengikut Islam telah diharamkan)?

11) Apakah pandangannya mengenai cara hidup Islam seperti yang dilaksanakan di Kelantan seperti panggung wayang berlampu, mengharamkan penjualan arak secara terbuka, pusat-pusat hiburan seperti kelab-kelab malam dan pusat karaoke, snuker dan sebagainya?

12) Apakah pendiriannya mengenai konsert-konsert hiburan seperti Inul, Avril Lavigne dan yang lain-lain yang dibangkang keras oleh PAS?

13) Apakah pendiriannya mengenai forum-forum yang membincangkan secara terbuka tentang Islam seperti forum “Memeluk Islam” yang dianjurkan oleh Badan Peguam?

14) Apakah pendiriannya mengenai Artikel 121 (1A) yang memastikan keputusan mahkamah syariah tidak boleh dicabar dimahkamah sivil?

15) Apakah pendiriannya mengenai penggunaan tulisan Cina untuk papantanda-papantanda jalan seperti yang dilakukan di Pulau Pinang?

16) Apakah pendiriannya mengenai penaklukan Amerika keatas Iraq?

17) Apakah pendiriannya mengenai tekanan dan ugutan Amerika terhadap Iran dan juga usaha-usaha Iran untuk menggunakan tenaga nuklear didalam negara mereka?

18) Apakah pendiriannya mengenai pendudukan Palestine oleh Israel serta sokongan Amerika terhadap regim Tel Aviv?

Ada banyak lagi soalan yang perlu diajukan kepada Anwar supaya orang Melayu yang beragama Islam tidak merasa syak terhadap dirinya. Soalan-soalan yang diajukan diatas adalah relevan kerana sepanjang penglibatan Anwar didalam politik di Malaysia sikap dan pendiriannya berubah-ubah.

Contohnya, semasa menjadi pemimpin pelajar di Universiti Malaya, Anwar telah tampil dengan begitu garang mendesak kerajaan menukar papantanda-papantanda jalan yang mempunyai nama orang Inggeris dengan nama pemimpin-pemimpin negara terutamanya pemimpin Melayu. Apabila tidak dilayani, dia dan penyokongnya telah merosakkan papantanda-papatanda itu dengan cat merah sebagai tanda protes.

Jadi sekarang soalan apakah pendiriannya mengenai papantanda-papantanda bertulisan Cina adalah amat relevan.

Soalan-soalan lain juga diajukan berhubung-kait dengan perjalanan politik Anwar sejak dari menjadi pemimpin pelajar.

sumber - gelagat anwar


1 ulasan: