MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Ogo 2009

TS Khalid cabar ADUN PKR Pelabuhan Klang letak jawatan ?



KLANG, 20 Ogos - Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah supaya melepaskan jawatannya jika tidak mampu berkhidmat untuk rakyat.

Beliau berkata langkah meletakkan jawatan adalah yang terbaik sekiranya sudah tidak mampu berkhidmat kepada rakyat kerana PKR tidak akan mensia-siakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian ketika mengulas spekulasi mengenai kemungkinan Badrul Hisham menyertai Umno ekoran tidak puas hati dengan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

"Kita tidak boleh mengarahkan seseorang untuk letak jawatan, tetapi jika itu yang terbaik untuk rakyat mengapa tidak?.

"Tetapi buat masa ini kita tidak melihat spekulasi yang berlaku ini memerlukan dia (Badrul Hisham) untuk meletak jawatan," kata Abdul Khalid kepada pemberita selepas majlis mewartakan tanah bagi pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima II di Taman Sentosa, di sini Khamis.

Kali terakhir beliau menemui Badrul Hisham ialah kira-kira dua bulan lepas, katanya.

Abdul Khalid berkata pihaknya dimaklumkan Badrul Hisham menghadapi masalah kesihatan menyebabkan beliau gagal menghadiri sidang dewan undangan negeri baru-baru ini sehingga menimbulkan persoalan.

"Kita ada minta beliau menghantar surat cuti dari doktor kerana ketidakhadirannya, malah kita juga bersedia membantu apa yang kita boleh bantunya untuk berkhidmat kepada pengundi di kawasannya," katanya.

Mengenai kemungkinan menghadapi pilihan raya kecil jika Badrul Hisham meletak jawatan, Abdul Khalid berkata Pakatan Rakyat sentiasa bersedia dan yakin tidak menghadapi masalah berdasarkan beberapa rekod sebelum ini.

"PR mengalu-alukan pilihan raya kecil oleh kerana rekod kita menunjukkan rakyat mahukan perubahan," katanya.

sumber - bernama


3 ulasan:

ladybird berkata...

Sungguh mengelikan hati baca kenyataan Khalid ni....

Memnag rakyat mahukan perubahan, iaitu perubahan untuk kembali kepada kerajaan. Sebab mereka dah muak dengan pakatan pembangkang yang terlalu banyak bersandiwara.

Unknown berkata...

Khalid suruh Adun PKR pelabuhan kelang untuk letak jawatan.

Mcm mana pula bila Azmin suruh Khalid letak jawatan dan rombak exco selangor yg gengster itu?

Aku rasa untuk keadilan semua, dua2 org nih letak jawatan pun bagus.

Sapa setuju angkat tangan

Kang nasir berkata...

macam berlakon filem pulak politik keadilan ni