MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Ogo 2009

Bukan Dr Xavier Seorang Luluskan Pemindahan Kuil



SHAH ALAM, 20 Ogos (Bernama) -- Pemindahan kuil Sri Maha Mariaman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di sini dibuat berdasarkan keputusan "consensus" dan bukan oleh seseorang individu seperti dilaporkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata Khamis bukan beliau seorang yang membuat keputusan itu.

Dalam satu kenyataan media di sini beliau berkata Jawatankuasa Rumah Ibadat Selain Islam Selangor adalah dipengerusikan secara bersama oleh tiga ahli Exco kerajaan negeri termasuk beliau dan bukannya beliau seorang seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini.

Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh wakil-wakil dari Pejabat Tanah dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah & Galian (PTG), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau Pemilik Hartanah berkenaan, badan-badan bukan kerajaan (keagamaan) dan jawatankuasa kuil atau Rumah Ibadat yang terlibat.

Selain dari itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga Ahli Parlimen setempat dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut menduduki jawatankuasa berkenaan, katanya.

Dalam isu pemindahan tapak Kuil itu yang mendapat bantahan daripada penduduk setempat, Dr Xavier berkata beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan pihak-pihak berkenaan sebelum apa-apa keputusan diambil.

"Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) seterusnya telah mengangkat kertas cadangan pemindahan tapak Kuil itu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Ramli Mahmud), Pegawai Kewangan Negeri (Datuk Mohd Ariff Ab Rahman), dan Penasihat Undang- Undang Negeri Selangor (Datuk Zauyah T.Loth Khan)," katanya.

Dr Xavier berkata kesemua 10 orang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut membincangkannya dalam mesyuarat MTES itu yang kemudiannya memberi pertimbangan dan seterusnya meluluskan kertas cadangan itu.

sumber - bernama




Tiada ulasan: