MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Ogo 2009

Timbalan Presiden PAS saman blog Kickdefella RM10 juta

SEBERANG PRAI: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap pengendali blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz, yang didakwa telah menerbitkan artikel menjejaskan nama pemimpin itu.

Kes itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin.

Peguam Nasharudin, Ahmad Edham Mohamad mengesahkan kes itu difailkan dengan tuntutan melibatkan RM10 juta.

"Kes difailkan selepas tiada apa-apa respons positif daripada pengendali blog itu yang telah diberikan notis sebelum ini.

"Mungkin dalam dua minggu ini notis saman akan dikemukakan kepada beliau," kata beliau ketika dihubungi.

Rencana itu dikatakan antara lain melaporkan yang Nasharudin melobi mendapatkan projek perumahan dan pembalakan di Kelantan.

Nasharudin yang mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS awal Jun lalu juga telah menjadi sasaran kritikan berhubung isu idea perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS-Umno.

sumber - mstar


Tiada ulasan: