MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Ogo 2009

Teoh dipercayai membunuh diri - Dr. Prashant

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Pakar patalogi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Prashant Naresh Samberkar juga menyimpulkan bahawa beliau percaya yang setiausaha politik Teoh Beng Hock telah meninggal dunia kerana membunuh diri.

Beliau menyatakan demikian pada prosiding inkues kematian Teoh di sini sebentar tadi.

Pandangan itu juga mirip keterangan seorang pakar forensik minggu lalu.

Pada Jumaat lalu, Dr. Khairul Azman Ibrahim iaitu Pakar Perunding Kanan, Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah berkata, Teoh kemungkinan meninggal dunia di Plaza Masalam di sini bulan lalu disebabkan membunuh diri.

"Pada pendapat saya terdapat tanda-tanda si mati bunuh diri. Pendapat ini boleh dibincangkan berdasarkan tidak ada kesan pergelutan yang jelas.

"Buktinya ialah tak ada kesan darah, barang pecah, barang berterabur di tempat tersebut dan juga pen yang terdapat pada baju masih berada di tempat poket tersebut.

"Dan juga hasil DNA, tidak terdapat kesan-kesan DNA yang sama dengan pegawai-pegawai SPRM. Dan, kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan sabagai kesan yang dialami disebabkan oleh kesan jatuh," jelas Dr. Khairul.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

sumber - mstar


1 ulasan:

Unknown berkata...

Kronologi mudah

1. Org PKR report kpd MACC tentang salah guna kuasa oleh Teo beng Hock

2. Teo beng Hock disiasat kerana laporan yb PKR tersebut (nak clue lagi berbangsa cina)

3. Teo beng Hock bertengkar dengan rakan pembantu ronnie.

4. Teo beng Hock dijumpai mati.

Salah guna kuasa TBH takde kene mengene dengan kerajaan. Org yg report kpd MACC ttg salah guna kuasa TBH juga bukan kene mengene dengan kerajaan.

TBH mati mungkin kene bunuh kerana bergaduh dengan org dia sendiri, atau takut / diugut lalu membunuh diri / atau terjatuh sendiri pun tiada kene mengene dengan kerajaan.

TAPI SI PEMFITNAH YG SUKE MEMFITNAH BAHAWA TBH MATI ADALAH KERANA PEGAWAI MACC BUNUH TBH SEMASA DALAM TAHANAN.

ape kene mengene pun?