MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Ogo 2009

Isu kuil: Tiga lagi memorandum diserahkan

SHAH ALAM – Sebanyak tiga lagi memorandum bantahan diserahkan oleh penduduk Seksyen 23, semalam, bagi membantah projek pembinaan sebuah rumah ibadat di kawasan perumahan mereka.

Timbalan Pengerusi Ahli Jawatankuasa (AJK) Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23, Ibrahim Sabri berkata, memorandum yang diserahkan antara jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang itu ditujukan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, dua lagi memorandum diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Hasan Mohamed Ali.

“Kami berasa terpanggil untuk menyerahkan memorandum ini ekoran kenyataan yang dibuat oleh Dr Xavier pada 11 Ogos lalu, yang mengumumkan mengenai pemindahan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23 tanpa berbincang dengan penduduk.

“Kami mengalu-alukan kehadiran Tan Sri Abdul Khalid dalam masa terdekat bagi mengadakan perbincangan dengan penduduk Seksyen 23, seterusnya mempertimbangkan untuk membatalkan pembinaan kuil berkenaan,” katanya.

Katanya lagi, penduduk di Seksyen 23 tetap bertegas membantah dengan sekeras-kerasnya pembinaan kuil berkenaan di tapak yang telah diluluskan oleh Exco Kerajaan Negeri.

“Saya rasa yang berhormat YB Rodziah (Ahli Dewan Negeri Batu Tiga) sendiri ‘tidak nampak’, dia tidak melihat kepada majoriti dan sensitiviti penduduk di kawasan itu.

“Kedua, kelulusan Exco yang dibuat tanpa pengetahuan kami, tetapi dia (Rodziah) menafikan sekeras-kerasnya perkara berkenaan apabila kami mengajukan soalan itu kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, memorandum turut dihantar kepada Rodziah tetapi tidak mendapat maklum balas.

“Kuil seharusnya dibina di Seksyen 22, tetapi kenapa ia dipindahkan daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang telah ditetapkan sebagai lot industri.

“Sebenarnya Rodziah dan Khalid Samad yang ‘tidak nampak’ serta tidak memahami sensitiviti kaum di situ, dan kita tidak mahu terjadi isu perkauman sekali lagi di Seksyen 23, seperti mana yang terjadi di Kampung Medan dan Seksyen 19 sebelum ini.

“Justeru, kami dengan ini mendesak Rodziah supaya menarik balik kenyataan yang beliau buat sebelum ini,” katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya tidak akan memberi kata dua, tidak akan berundur dan berganjak daripada keputusan untuk membantah sekeras-kerasnya pembinaan kuil berkenaan dan akan mempertahankan Seksyen 23 walau apa pun terjadi.

Turut sama menghantar memorandum bantahan itu ialah AJK Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil di Seksyen 23, Mohd Aznil Mohd Zin dan Jamil Mohd Isa.

Sementara itu, memorandum yang diserahkan kepada Menteri Besar diterima oleh Ketua Setiausaha Sulitnya, Norzaton Aini Mohd Kassim, memorandum kepada Dr Xavier diterima oleh Penolong Khasnya, Razak Ismail, manakala memorandum kepada Dr Hasan Ali diterima oleh Pegawai Teknikal Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Shaiful Rahman Amiruddin.

Manakala Dr Xavier Jayakumar mengesahkan bahawa beliau menerima memorandum bantahan daripada penduduk Seksyen 23, semalam.

Beliau ketika dihubungi Sinar Harian berkata, keputusan berhubung pembinaan kuil di Seksyen 23 diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Menurutnya, pembinaan kuil berkenaan jauh daripada kawasan penempatan penduduk dan tidak seharusnya timbul masalah.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menyatakan bahawa kita perlu bergerak ke arah 1Malaysia.

“Tetapi tulisan dan tindakan yang diambil pihak tertentu tidak menunjukkan semangat 1Malaysia,” katanya.

Kata Dr Xavier, perkara ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat Exco sekiranya diketengahkan oleh Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail.

“Perkara ini tidak seharusnya ditimbulkan kerana berdasarkan Pelan Bandar, tanah berkenaan memang diperuntukkan sebagai tempat ibadat,” katanya.

sumber - sinar


Tiada ulasan: