MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Ogo 2009

Tan Boon Hwa perlu bertangungjawab kematian Teoh?

Oleh Pochongmenulis, AIDCclub

Salah satu fakta yang cuba dimainkan oleh pihak parti DAP atau PKR mereka mengatakan “ Teoh Beng Hock mati sebagai tahanan SPRM “yang membawa maksud Teoh sebagai pesalah kepada SPRM.

Begitulah buruknya pihak yang ingin memburukkan SPRM dan kakitangan kerajaan, walhal mereka mungkin menyedari yang berkerja dengan agensi tersebut adalah mungkin saudara mara dan jiran tetanga mereka.


Atau pun yang kedua ia modus operandi untuk memburukan imej pegawai kakitangan awam yang majoritinya orang Melayu beragama islam.

Adakah ini merupakan mesej yang boleh kita baca dengan tindak tanduk golongan ini. Mereka sahaja cuba melakukan pelbagai provokasi dan propaganda seolah jahatnya pihak berkuasa.
Walhal realitinya sehingga hari ini tidak pernah ada kenyataan dari pihak SPRM Teoh Beng Hock adalah tahanan, sebaliknya beliau merupakan saksi kepada kes tersebut.

Secara logik akal manusia, adakah mungkin saksi akan dibunuh oleh pihak berkuasa, tentu tidak itu sebab Teoh Beng Hock dibenarkan berlegar dan tidur di bangunan SPRM selepas memberi keterangan.

Kematian Teoh sekarang yang pastinya akan menyukarkan kerja di pihak berkuasa untuk menyiasat aduan salah guna peruntukan kewangan dikalangan Adun negeri Selangor.

Kalau kita mengimbas kembali selepas kecohnya kematian pegawai Khas kepada adun Seri Kembangan merangkap Exco kerajaan negeri Selangor yang menjaga portfolio Kg baru dan kilang haram itu ialah menonjolnya watak manusia bernama Tan Bon Hwa.

Siapa Tan Bon Hwa ini, menurut fakta beliau adalah ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan dilantik mewakili parti DAP dan beliau juga dikatakan kroni kepada Roniu Liu.

MPKJ merupakan PBT dan berada di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan yang dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu. Klik di sini Tan juga merupakan seorang ahli perniagaan yang menjalankan pelbagai jenis pembekalan termasuk membekalkan bendera kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Wah. Klik di sini Dan juga merupakan aktivis DAP cawangan Sungai Long, Kajang. Seperti yang dilaporkan oleh blog colour-blind.org (kepunyaan Ronnie Liu), Tan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras. Klik di sini, di sini dan di sini

Dalam mengetuai Jawatankuasa Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras (Toll Plaza Grand Saga, Batu 11), Tan dikatakan telah menghasut orang ramai bangun memprotes dan membuka jalan yang pernah ditutup oleh Grand Saga sebelum ini. Hasutan itu menyebabkan orang ramai bertempur dengan pihak polis hingga mengakibatkan berlakunya kecederaan dan polis telah dipersalahkan.

Tindak tanduk Tan Boon Hwa dalam isu kematian Teoh Beng Hock ini juga boleh dipersoalkan, sehari selepas kematian Teoh iaitu pada 17 julai 09 beliau telah mengadakan siding akhbar, dengan dihadiri pelbagai pihak media dengan mempunyai motif tersendiri.

Walaupun mengakui, dirinya telah berjanji untuk tidak mendedahkan isi kandungan soal siasat antara dirinya dengan pegawai-pegawai SPRM, tetapi dia memungkiri janji tersebut dengan mendedahkan 'isi kandungan' soal siasat kepada sidang media di bangunan SUK yang turut dihadiri oleh MB Selangor, Khalid Gagap dan exco-exco Selangor.

Dalam sidang media itu, tanpa disangka dirinya berubah seperti seorang pelakon, melakukan kembali babak-babak yang didakwanya kandungan soal siasat. Sekilas pandang, Tan seperti seorang yang mudah melatah, cepat mengelabah dan panas baran, kerana sepanjang sidang media itu, dia melakonkan pelbagai watak, termasuk berdiri dan meninggikan suara hingga menyebabkan orang yang berada di sebelahnya turut terkejut.

Kenyataannya juga seolah ingin memburukkan pegawai SPRM dengan menjalankan gerak kerja tidak profesional, yang peliknya mengapa dua lagi saksi lain yang berada di bangunan sama tidak muncul dan mendakwa seperti kenyataan Tan Bon Hwa.

Apakah motif tindakan Tan tersebut, sewaktu beliau dikehendaki hadir ke pejabat SPRM beliau dikatakan ingin menaiki kereta SPRM, namun apabila sudah selesai sesi sal jawab jam 1.30 pagi beliau berdolak dalih ingin terus tidur di bangunan SPRM.

Namun yang peliknya kenapa beliau telah menyaman pihak SPRM pada 22 Julai, melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co. di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) pada pukul 12 tengahari. Klik di sini. Tan mendakwa SPRM telah menahan serta menyoal siasat secara salah ke atasnya dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai).

Disini kita dapati Tan cuba mengalihkan isu sebenar yang berlaku terhadap kematian Teoh, dengan cuba menyalahkan prosedur siasatan SPRM.

Menurut pengakuan yang pernah dibuat sendiri oleh Tan semasa sidang media di bangunan SUK (17 Julai), beliau mengakui bahawa dia merupakan orang terakhir yang berjumpa dengan Teoh, sebelum dijumpai mati jam 1.30 tengahari, 16 Julai."Saya jumpa dengannya (Teoh), kira-kira jam 6 pagi (16 Julai) dekat pantry dalam perjalanan ke tandas" katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Klik di sini"Saya tegur dia. Dia hanya menjawab 'Umh'. Apabila saya keluar dari tandas, dia sudah tiada. Dia kelihatan letih", katanya lagi.

Namun fakta terbaru yang wujud, selepas 3.45 pagi, dikatakan telah wujud pertengkaran antara Tan Boon Hwa dan Teoh Beng Hock didalam tandas bangunan SPRM.
Jika fakta ini benar kenapa Tan memaklumkan kepada media dalam versi berbeza kisah pertemuannya dengan Teoh. Apakah kisah sebenar yang cuba disembunyikan Tan Bon Hwa tersebut?

Yang menjadi persoalan juga kenapa Roniu Liu selepas mengetahui kematian Teoh, telah menyerbu dan menendang pintu SPRM, bukankah itu aksi yang luar biasa ditonjolkan yang dipertontonkan kepada umum apabila mengetahui rakan sejawatan kita meninggal.

Dalam situasi ini kita perhatikan yang jelas ia seakan dirancang oleh Roniu Liu DAP untuk memberi gambaran kejahatan pihak SPRM. Dan menutup segala mungkin kesalahan dan kecacatan yang wujud kepada Tan Boon Hwa.

Perilaku Gobind Singh juga boleh dipersoalkkan adakah benar beliau sedang mencari kebenaran saat ini? Atau hanya cuba menyelamatkan maruah parti sahaja? Kalau jujur mengapa cuba menga-adakan pelbagai cerita hingga cat di tangga pun disangka darah, jika betulah cat itu darah mustahil sebodoh itu pihak SPRM akan membiarkan ia berada disitu selepas beberapa mingu berlakunya kes tersebut.

Samalah dengan propaganda yang cuba ditiup DAP bahawa Teoh adalah tahanan SPRM, kerana realitinya Teoh adalah saksi kepada SPRM dan merupakan satu kerja yang bodoh jika ingin dibunuh saksi tersebut.

Walaupun seribu satu persoalan wujud, apa yang pasti dari sehari ke sehari jawapan akan mungkin muncul, namun adakah pihak DAP atau pihak berkepentingan lain akan akui fakta selepas ini, kerana realitinya mereka seakan sudah menghukum awal sebelum kes tersebut dibicarakan.

sumber - pochongmenulis


2 ulasan:

Bani Tanjong berkata...

Salam. Agenda sebenarnya adalah Cina nak menyerang Melayu. Cina tak minat kerja dgn penguatkuasa kerajaan kerana dema ni mmg tak pernah berintegriti dalam sosio-budaya hidup masyarakat dema. Berbeza dengan Melayu ada hukum halal-haramnya sebagai Islam. Pendek kata CINA DAP vs KERAJAAN UMNO = MELAYU = ISLAM yang sebenarnya.

Bani Tanjong berkata...

Salam. Agenda sebenarnya adalah Cina nak menyerang Melayu. Cina tak minat kerja dgn penguatkuasa kerajaan kerana dema ni mmg tak pernah berintegriti dalam sosio-budaya hidup masyarakat dema. Berbeza dengan Melayu ada hukum halal-haramnya sebagai Islam. Pendek kata CINA DAP vs KERAJAAN UMNO = MELAYU = ISLAM yang sebenarnya.