MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Ogo 2009

Sultan Selangor tolak usul untuk seleweng wang zakat


Ogos 19, 09 2:57pm

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.

"Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain," titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini hari ini.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri.

"Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini," titah baginda, lapor Bernama.

Baginda juga mahu supaya dijelaskan kepada rakyat mengenai perbelanjanan kutipan zakat pada setiap tahun.

"Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata'ala," titah Baginda.

Sultan Selangor juga menjelaskan bahawa baginda sangat-sangat mengambil berat dan mengikuti akan pengurusan zakat di negeri itu.

Baginda bertitah bahawa mereka yang terlibat dalam pengurusan zakat di negeri itu telah diberi penuh kepercayaan dan segala kutipan yang telah dibuat hendaklah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor sepenuhnya untuk diuruskan dengan sempurna.

Konvensyen sehari itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

sumber - malaysiakini


5 ulasan:

Unknown berkata...

Daulat Tuanku

Hawaii five -O berkata...

ambik kau sebiji MB khalid....

Unknown berkata...

Daulat Tuanku... Daulat Tuanku. Perintah dijunjung Tuanku...

Unknown berkata...

Khalid perabis duit kerajaan negeri. Nak perabis duit baitulmal. lepas tuh nak mintak duit kerajaan pusat.
Hancuq Hancuq.

Ahli PKR mintak Exco dibubarkan.
Ahli PKR mintak Khalid digugurkan.
Aku rakyat selangor pulak cabar
Bubaran DUN Sel la kalau berani.

Kang nasir berkata...

DAULAT TUANKU.

YA.. saya setuju sangat tu mohd.

walau saya bukan anak watan selangor,
tetapi saya bersyukur dapat menumpang mencari rezki di selangor,