MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Ogo 2009

SPRM Dedah Penglibatan Teoh Beng Hock Dalam Kelulusan Projek Palsu

SHAH ALAM, 26 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu mendedahkan kegiatan empat syarikat Bumiputera yang meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu untuk menjalankan projek yang tidak wujud yang mendapat kelulusan Teoh Beng Hock dan anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Pegawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd Anuar Ismail, dalam keterangannya pada inkues kematian Teoh, berkata demikian berdasarkan empat keping invois yang diperoleh dan dicetak daripada komputer riba Teoh semasa dia disoal siasat di pejabat SPRM pada 15 dan 16 Julai lepas.

"Pegawai penyiasat telah melakukan siasatan terhadap empat dokumen ini dan menunjukkan keempat-empat syarikat ini telah meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu dan telah menerima komisen (kerana meminjamkan kepala surat)," kata Mohd Anuar ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-16 prosiding itu.

Ketika ditanya oleh peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, saksi itu menamakan keempat-empat syarikat tersebut sebagai Syarikat Fizami Construction, Aris Enterprise, MKMN Enterprise dan M A Bina Melor Enterprise.

"Berdasarkan siasatan SPRM, syarikat Fizami telah memperolehi 26 projek bernilai RM147,812, syarikat Aris mendapat 14 projek bernilai RM88,275.30, syarikat MKMN dengan enam projek bernilai RM50,765 dan M A Bina Melor memperolehi tujuh projek dengan nilai RM69,010.

"Semua projek ini akhirnya pergi kepada Teoh dan Ean untuk tujuan kelulusan," kata Mohd Anuar.

Teoh adalah setiausaha politik Ean yang juga Anggota Exco Kerajaan Selangor.

Mohd Anuar, berkata melalui penyiasatannya, beliau mendapati kegiatan serupa yang dilakukan oleh tujuh syarikat lain, serta beberapa bukti sokongan yang menunjukkan berlakunya penyelewengan wang peruntukan Adun Selangor dalam projek palsu itu.

Bagaimanapun pendedahan mengenai penglibatan tujuh syarikat itu dibantah oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, dengan alasan ianya telah terkeluar daripada skop prosiding inkues yang hanya membenarkan invois empat syarikat terdahulu dikemukakan.

Gobind kemudian mencabar SPRM membekalkannya semua dokumen berkaitan bagi membolehkan pihaknya menjawab dakwaan itu.

"Semalam kita telah diberitahu secara jelas bahawa soalan-soalan yang akan dikemukakan hanya menjurus kepada empat invois itu sahaja.

"Apa yang berlaku hari ini seolah-olah SPRM hendak mendedahkan semua bukti siasatan mereka. Saya mahukan perintah mahkamah sekarang untuk menangguhkan prosiding ini supaya kami dibekalkan semua dokumen dan jadikan prosiding inkues ini sebagai perbicaraan rasuah Teoh Beng Hock," katanya.

Abdul Razak membalas: "Inilah yang saya katakan relevan untuk menunjukkan keadaan fikiran si mati setelah beliau ditunjukkan dokumen berkaitan.

"Kita tak ambil kesempatan untuk burukkan si mati. Kita bukan buat kejutan, ini berdasarkan dokumen yang menunjukkan ada syarikat tak buat kerja. Pada saya ia adalah relevan."

Tan Hock Chuan, peguam bagi kerajaan, pula berkata: "Ini adalah prosiding inkues, oleh itu hanya perkara-perkara yang relevan untuk membantu koroner bagi menentukan kematian Teoh sahaja yang patut dibenarkan."

Mengenai isu ini, Koroner Azmil Muntapha Abas, kemudian memutuskan supaya dokumen yang mendedahkan penglibatan tujuh syarikat lain itu tidak dibenarkan untuk dirujuk dan segala keterangan mengenainya oleh saksi dipadamkan daripada rekod mahkamah dan tidak dilaporkan oleh pihak media.

"Bagi tujuan inkues, saya berpendapat adalah relevan untuk membawa masuk bukti yang menunjukkan keadaan fikiran si mati, tetapi skop hanyalah kepada dokumen rakaman percakapan si mati dan eksibit berkaitan.

"Untuk hari ini, apa-apa yang melampaui skop tersebut adalah terpadam dari rekod mahkamah," kata Azmil.

Peguam Salim Bashir, bagi Ean, yang meneruskan sesi soal balas itu kemudian bertanya kepada Mohd Anuar mengenai projek yang didakwa tidak wujud itu dengan mengemukakan dokumen mengandungi beberapa keping gambar kerja-kerja pembinaan yang sedang dilakukan.

Salim : "Setuju berdasarkan kepada gambar ini, kerja-kerja pembinaan telah dilakukan oleh syarikat-syarikat terbabit?"

Mohd Anuar : "Setuju."

Saksi itu juga mengakui Teoh tidak pernah membuat pengakuan bahawa dia dan Ean telah melakukan penyelewengan ketika percakapannya dirakam pegawai SPRM.

Mohd Anuar juga berkata Teoh telah menjawab semua soalan yang ditanya oleh pihak SPRM semasa disoal siasat tetapi hanya secara asas sahaja dan tidak menjawab soalan secara terperinci.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di bangunan itu.

sumber - bernama


Tiada ulasan: