MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Ogo 2009

Saya cabar Anwar saman : Ezam Mohd Nor

PETALING JAYA : Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat yang kini menyertai UMNO, Ezam Mohd Noor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman dirinya kerana memanggil Anwar pengkhianat bangsa Melayu.

Menurutnya, lebih setahun yang lalu, beliau adalah orang pertama yang memanggil Anwar dengan gelaran tersebut, tetapi mengapa Anwar enggan mengambil sebarang tindakan ke atas dirinya.

“Mengapa apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggelarkan Anwar dengan gelaran tersebut, beliau (Anwar) mahu menyaman sebanyak RM100 juta?” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, di sini semalam.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang mencabar pemimpin UMNO berdebat mengenai siapa pengkhianat Melayu sebenar, Ezam berkata Salahuddin sepatutnya tidak mencampuri urusan Anwar.

Menurut Ezam, Salahuddin sepatutnya menumpukan perhatian dalam memartabatkan kembali perjuangan Pas yang dilihat semakin goyah sejak belakangan ini daripada membuang masa dengan mencabar mana-mana pemimpin UMNO berdebat mengenai siapa pengkhianat Melayu sebenar.

“Saya terkejut kenapa beliau harus campur tangan dalam hal ini, sedangkan banyak lagi perkara penting dan lebih mustahak yang perlu diselesaikan.

“Sebagai sahabat, saya menasihatkan beliau supaya menumpukan perhatian untuk mengembalikan perjuangan Pas dalam membela bangsa dan agama yang dilihatnya sudah tersasar ketika ini”, katanya.

Ezam berkata Salahuddin sepatutnya menyelesaikan masalah dalaman yang timbul dalam Pas bukannya sibuk mencabar pemimpin UMNO berdebat.

Terdahulu, Salahuddin membuat cabaran tersebut ketika merasmikan Mesyuarat Pas Cawangan Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Pada masa sama, Salahuddin turut bersedia untuk menjadi wakil Pas dalam debat berkenaan pada bila-bila masa dan UMNO boleh menetapkan tarikh memandangkan sebelum ini UMNO tidak pernah berani menyahut cabaran debar daripada Pas.

Sementara itu, Ezam tidak akan menawarkan diri untuk mewakili UMNO jika diminta berdebat dengan Salahuddin kerana beliau hanya berminat untuk berdebat dan bersemuka dengan Anwar.

“Saya hanya berminat dan sedia berdebat dengan Anwar bukannya Salahuddin, malah saya cabar Anwar untuk berdebat dengan saya di mana sahaja termasuk di Permatang Pasir,” katanya.

Sumber : Sinar Harian, 17 Ogos 2009



1 ulasan:

THE PUREHADHARIST berkata...

KES LIWAT ANWAR : KEMPEN MENGGESA KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA. sebarkan...