SHAH ALAM – Penduduk Seksyen 23 hantar memorandum membantah sekerasnya projek pembinaan sebuah rumah ibadat di kawasan perumahan mereka di sini, semalam.
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23, Mohd Mahayuddin Manaf berkata, penghantaran memorandum ke pejabat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail adalah demi keselesaan penduduk di kawasan ini kerana pada peringkat awalnya akan dibina di Seksyen 22.
Menurutnya, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sewenangnya mengubah ke Seksyen 23 tanpa berbincang dengan penduduk di sini terlebih dahulu.
“Pembinaan rumah ibadat di kawasan lot itu sebenarnya tidak sesuai kerana tapak tersebut merupakan tapak perindustrian dan apalah kiranya tapak itu dimanfaatkan untuk perniagaan.
“Malah, ia juga dapat memberi pekerjaan kepada penduduk yang kehilangan pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi yang berlaku,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
“Katanya, tapak pembinaan rumah ibadat tersebut amat hampir dengan kawasan perumahan iaitu 150 meter daripada rumah, 100 meter daripada surau dan 50 meter daripada taman permainan kanak-kanak.
Mahayuddin berkata, mereka sangat kesal dan tidak tahu sama ketiadaan Rodziah adalah satu helah atau pembohongan kerana pihak penduduk telah maklumkan kepada beliau semasa perjumpaan 11 Ogos lalu dan beliau bersetuju menerima memorandum tersebut.
“Kita berharap apabila mereka telah mendapat memorandum bantahan tersebut, beliau dapat membantu penduduk mengubah tapak rumah ibadat itu.
“Kami kecewa sangat sejak 26 Mei lalu kerana kawasan Seksyen 23 berdekatan dengan pejabat beliau tetapi tidak pernah berkomunikasi dengan penduduk dalam hal berkaitan,” katanya lagi.
Malah, mereka juga tidak pernah mendapat sebarang surat daripada mana-mana pihak kecuali kenyataan yang diberikan oleh Dr A. Xavier Jayakumar dalam kenyataan media.
Sementara itu, wakil penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri berkata, beliau rasa kecewa dengan tindakan Rodziah dan Khalid Abdul Samad yang dengan sendirinya mengajukan tapak di kawasan lot Seksyen 23 ini dijadikan tempat berhala yang dipindahkan dari Seksyen 19.
“Jadi, tindakan mereka berdua itu akan menyebabkan rakyat rasa benci dengan tindak tanduk wakil rakyat di kawasan ini.
“Malah, kami tidak akan menyokong mereka lagi. Sentimen masyarakat perlu dijaga kerana mereka juga orang Islam dan perlu membantah pembinaan rumah ibadat ini,” katanya.
Naib Pengerusi Penduduk Seksyen 23, Abdul Malek Said berkata, pada peringkat awal , penduduk tidak tahu menahu bahawa kawasan ini akan dibina sebuah tempat ibadat.
“Saya kesal dengan ADUN di sini kerana beliau (Rodziah) beragama Islam dan segala perbincangan perlu dibuat antara kami dan dilihat seolah mereka terlepas pandang.
“Tapak sebenar yang diluluskan adalah di belakang kilang, dan bukan di hadapan. Malah, mereka juga telah membuat perbincangan dengan wakil projek tetapi dengan kami (penduduk) tidak dibuat perbincangan langsung,” katanya.
Menurutnya, beliau rasa amat kesal apabila semasa penyerahan memorandum tersebut dinafikan sendiri oleh wakil Rodziah padahal memorandum tersebut telah diminta oleh Rodziah sendiri setelah diadakan perbincangan pada malam 11 Ogos lalu.
“Apabila diminta janji. Beliau hanya menyatakan akan cuba sedaya upaya mungkin untuk membawa perkara ini ke tengah. Kami tidak menaruh harapan yang tinggi dan kami tidak akan bernaung dari mana-mana badan politik bagi membantah pembinaan kuil ini,” katanya lagi.
Sebelum ini, pada Jumaat 7 Ogos lepas, sebuah jentolak hak milik kontraktor Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulakan kerja awal seperti pembersihan tapak.
Malah, penduduk taman bergegas ke tapak tersebut dan mengarahkan pemilik jentolak berkenaan supaya mengeluarkan jentolak tersebut manakala keluasan tapak tersebut dianggarkan hampir 0.2 hektar.
Penduduk Seksyen 23 amat kesal dengan sikap Kerajaan Negeri dan PKNS yang langsung tidak memaklumkan kelulusan pembinaan rumah ibadat itu.
Penduduk Seksyen 23 ada hak membantah dan perlu mempunyai alasan yang munasabah untuk membuat bantahan pembinaan rumah ibadat di kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya akan menerima dan mendengar bantahan yang diadakan berkaitan bantahan pembinaan rumah ibadat itu.
“Saya dan Rodziah akan berjumpa dan berbincang dengan penduduk kawasan Seksyen 23 pada minggu hadapan bagi mendengar luahan mereka malah, akan cuba menyelesaikan masalah ini. Tetapi, tarikhnya tidak ditentukan lagi.
“Tujuan pembinaan rumah ibadat di Seksyen 23 adalah untuk memindahkan kuil di Seksyen 19 kerana jarak rumah mereka terlalu dekat iaitu tidak sampai 30 kaki dari rumah mereka, katanya.
Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu bantahan penduduk Seksyen 23 yang membantah pembinaan kuil Hindu di kawasan tersebut.
Menurutnya, sebagai penduduk yang beragama Islam yang mana Islam mengajar umatnya agar bertoleransi dengan orang lain. Jadi, mereka perlu bertoleransi dengan agama lain kerana pembinaan rumah ibadat tersebut jauh dari kawasan perumahan mereka.
“Bagaimanapun, mereka perlu memberikan alasan yang munasabah dan perlu juga mengambil kira hukum Islam.
“Setakat pemerhatian saya, kedudukan tapak pembinaan rumah ibadat itu agak jauh dan tidak seperti di Seksyen 19. Sebenarnya ini tidak merupakan masalah tetapi mereka menganggap sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, masyarakat Islam perlu menghormati agama lain dan perlu ambil kira hukum Islam malah, ia juga telah tertakluk kepada perlembagaan.
Sumber : Sinar Harian, 15 Ogos 2009
2 ulasan:
Dorang nih suke sangat provoke dan nak carik gaduh. Buat juil kat kawasan penduduk org islam.
Masjid pulak nak suruh tutup speaker azan. Besok2 suruh tutup masjid terus.
Org kapir dan yahudi mmg nak menghancurkan Islam. Tapi org islam sendiri pulak pegi sokong.
rakyat dimabukkan, Islam dihancurkan.
Take Beer
Bantahan penduduk Islam Seksyen 23 itu agaknya berdasarkan sentimen saja, bukan berasaskan prinsip dan keadilan, dan bukan juga berasaskan hukum Islam.
Walaupun orang India di situ merupakan golongan minoriti, mereka juga tentu berhak mempunyai rumah ibadat mereka sendiri.
Orang Islam di tempat itu patut berfikir, bagaimana pula jika mereka tinggal di tempat lain atau di negara lain yang mereka pula merupakan golongan minoriti?
Adakah mereka mahu didiskriminasikan sebagai golongan minoriti dan tidak diberi hak mempunyai rumah ibadat mereka sendiri?
Dalam hal ini penduduk Islam itu memang wajar bertolenrasi dan tidak mementingkan diri sendiri,kerana agama Islam pun saya kira tidak mengajar kita mementingkan diri sendiri dan menzalimi orang lain, walaupun mereka tidak beragama Islam.
Catat Ulasan