MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Ogo 2009

Ronnie Liu exco paling berkuasa di Selangor ?



Oleh Selangordaily

Bila MB selangor mengumumkan tidak akan menukar Ronnie liu dari jawatannya sekarang kerana beranggapan ia bukan satu isu yang besar, Pas hanya mampu menelan air liur mereka sendiri. Pas gagal dalam desakan mereka untuk memastikan islam tidak diperolok-olokkan oleh exco bukan Islam.

Samada sedar atau tidak MB tak memperdulikan kesalahan yang kedua dibuat oleh Ronnie liu dalam kes yang sama ini? Dia secara terang benderang dibawah sinar matahari yang memancar menganggu tugas penjawat awam dalam menjalankan tugas, menyebabkan penjawat awam menjadi takut untuk melaksanakan arahan dan tugas yang diberikan.

Apakah jenis kerajaan yang dimiliki oleh rakyat Selangor sekarang ini? apakah mereka bebal atau di lembukan oleh seseorang?

Dalam mereka melaungkan ketelusan dalam pentadbiran , ada seorang exco berlagak sebagai juru pukul untuk memukul penjawat awam yang menjalankan tugas memastikan undang-undang terlaksana,dengan alasan undang-undang itu belum diwartakan, Ronnie liu bertindak melebihi kuasa MB dengan mengarahkan beer yang dirampas dikembalikan ke premis 7E.

Pas menjadi tertekan apabila janji mereka untuk menghalang penjualan arak secara terbuka dicabar oleh exco kafir harbi yang bercakap seolah-olah dia seorang ulamak menentukan beer itu bukan minuman keras tanpa memperdulikan sensitiviti perasaan umat islam.

PRK Permatang Pasir , membuatkan Hassan Ali tetiba menjadi berani untuk mendesak pertukaran jawatan Ronnie Liu diadakan, konon untuk menonjolkan Pas adalah Parti mempertahankan Islam. Namun keputusan MB mematikan setiap kata Pas untuk meraih simpati Melayu Islam.

sumber - selangordaily


Tiada ulasan: