MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Ogo 2009

Rasuah : Cakap tak serupa bikin -Nazri

Parti-parti pembangkang yang mahu masalah rasuah di negara ini ditangani dengan lebih serius seharusnya tidak perlu takut dengan langkah-langkah pencegahan dan siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata SPRM merupakan sebuah badan yang bebas serta ia tidak pernah memihak kepada mana-mana parti politik selain mempunyai peraturan dan syarat tertentu dalam melakukan sesuatu siasatan.

"DAP (pembangkang) sendiri yang mahu rasuah dibanteras, ramai juga ahli politik lain termasuk dari BN (Barisan Nasional) yang disiasat, tapi bila mereka sendiri (pembangkang) tidak boleh, apa masalahnya, takutkah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Mahkamah Kuching di sini Ahad.

Beliau mengulas insiden di Pusat Perkhidmatan DAP Sungai Pelek semalam bila sekumpulan pegawai SPRM cuba menahan Pembantu Khas seorang exco Selangor, Wong Chuan How, berhubung pemberian projek melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek.

Berikutan kejadian tersebut Wong masih menerima rawatan di Hospital Serdang, dekat sini, selepas dikatakan terjatuh ketika bergelut dengan pegawai SPRM.

Pembangkang, katanya, juga mahu menjatuhkan moral pegawai SPRM dengan pelbagai desakan termasuk kepada Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull agar melepaskan jawatannya.

"Tidak bagi saya, jangan jatuhkan moral pegawai SPRM, saya berharap beliau (Shukri) tidak berputus asa dan meneruskan tanggungjawab yang telah diberikan," katanya.

Berhubung permintaan untuk mewujudkan dua bentuk siasatan dalam SPRM iaitu untuk anggota politik dan rakyat, Mohamed Nazri berkata undang-undang negara ini adalah untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mereka.

"Kerajaan tidak berhajat untuk wujudkan dua peraturan iaitu untuk politik dan untuk rakyat, bagi saya ahli politik yang telah dipilih rakyat seharusnya lebih bertanggungjawab, saya tidak setuju ada dua peraturan berbeza seperti ini," katanya.

sumber - bernama


Tiada ulasan: