MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Ogo 2009

Pembantu Ronnie boleh dikenakan tindakan


KUALA LUMPUR – Pembantu khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Wong Chuan How boleh dikenakan tindakan sekiranya siasatan polis terhadap laporan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ke atasnya kelmarin mendapati terdapat unsur menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, mengikut peruntukan sedia ada, pegawai SPRM mempunyai hak untuk menahan Chuan How bagi membantu siasatan.

“Sekiranya dia enggan, maka dia bukan sahaja boleh dianggap sebagai menghalang penjawat awam melakukan tugas malah turut melakukan kesalahan lain.

“Apapun polis akan menjalankan siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, semalam.

Chuan How boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam.

Chuan How adalah pembantu kepada Exco Selangor, Ronnie Liu enggan bekerja sama dengan SPRM ketika penguatkuasa itu datang untuk menahannya di pusat khidmat DAP di Sungai Pelek, kelmarin.

sumber - sinar


Tiada ulasan: