MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Ogo 2009

Panas! Tan dan Teoh ada bertengkar dalam tandas?

Tan Boon Hwa saksi terakhir yang mengaku berjumpa dengan Teoh Beng Hock, pukul 6.30 pagi sesudah subuh. Soalannya:

"Benarkah anda (Tan Boon Hwa) telah memarahi dan bertengkar dengan Teoh Beng Hock di tandas, tingkat 14, pejabat SPRM, Plaza Masalam, selepas jam 3.45, pada 16 Julai 2008?"

Pertanyaan ini dibuat kerana terdapat seorang saksi yang telah nampak dan mendengar pertengkaran mereka berdua pada masa dan tarikh yang disebutkan di atas. Saksi tersebut adalah salah seorang pegawai SPRM yang pada masa dan tarikh tersebut, kebetulan juga mahu pergi ke tandas dan mendengar percakapan yang diucapkan dalam bahasa Cina.

Ini merupakan maklumat yang shahih yang diperolehi daripada sumber-sumber yang tidak boleh diberitahu di sini. Kita mahu Tan Boon Hwa lebih bertanggungjawab dan memberitahu perkara sebenar kepada masyarakat awam berkaitan dengan maklumat ini.

Latar belakang kejadian

Terdapat 4 orang saksi yang telah dipanggil oleh SPRM pada 15 Julai. Pertama bernama Haron, kedua; Teoh Beng Hock, ketiga; Tan Boon Hwa dan keempat Lee Wye Wing.

Haron tamat sesi soalsiasat pada jam 1 pagi (16 Julai) dan dibenarkan pulang. Saksi tersebut telah pulang ke rumahnya.

Tan Boon Hwa masuk ke pejabat SPRM pada jam 8.30 malam, 15 Julai dan tamat soal siasat jam 1.30 pagi (16 Julai) serta dibenarkan pulang. Pegawai SPRM menawarkan diri untuk menghantar Tan pulang ke rumahnya (di Kajang), tetapi Tan menolak tawaran itu dan meminta kebenaran untuk bermalam di SPRM.

Lee Wye Wing masuk ke pejabat SPRM untuk sesi soal siasat pada jam 2.00 pagi (16 Julai) dan tamat sesi soal siasat pada jam 5.00 pagi (16 Julai). Meskipun telah tamat sesi soal jawab pada jam 5.00 pagi dan dibenarkan pulang, Lee minta untuk berehat di bangunan SPRM serta dilaporkan meninggalkan bangunan SPRM kira-kira jam 9 pagi, 16 Julai.

Teoh Beng Hock masuk ke pejabat SPRM pada jam 5.00 petang, 15 Julai dan tamat sesi soal jawab pada jam 3.45 pagi, 16 Julai.

Soalan untuk Tan Boon Hwa

1. Kenapa selepas jam 2.00 pagi, 16 Julai, meskipun pegawai SPRM menawarkan diri untuk dihantar pulang, tetapi anda menolak, malahan anda meminta izin untuk bermalam di SPRM dan bersedia menunggu sesi kedua soal siasat pada jam 11 pagi, 16 Julai ?

2. Betulkah anda telah berjanji dengan pegawai SPRM bahawa anda akan membawa beberapa dokumen sokongan kepada SPRM semasa sesi kedua soal siasat, pada jam 11 pagi, 16 Julai. Anda dilaporkan telah menelefon isteri anda dan meminta membawa beberapa dokumen dibawa kepada anda untuk diserahkan kepada pegawai SPRM. Namun sehingga selesai soal jawab sesi kedua, pada jam 1.30 tengahari (16 Julai), anda gagal memberikan dokumen sepertimana yang dijanjikan ?

3. Betulkah selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai, anda mengekori Teoh Beng Hock ke tandas, SPRM dan anda telah bertanya apakah soalan yang telah ditanya oleh pegawai SPRM kepada Teoh. Anda dilaporkan telah memarahi Teoh dan bertengar dengannya dalam tandas tersebut. Dilaporkan seorang saksi telah nampak dan menyaksikan pertangkaran anda itu ?

4. Apa yang telah anda lakukan di antara jam 3.45 pagi (16 Julai) hingga jam 10.59 pagi (16 Julai) ketika anda dibebaskan daripada sesi soal jawab, hingga anda masuk semula untuk sesi soal jawab kedua pada jam 11.00 pagi hingga 1.30 tengahari, 16 Julai ?

5. Betulkah selepas pertengkaran dengan Teoh, anda telah menelefon beberapa orang lain, selain daripada isteri anda ?

Baca artikel sepenuhnya di NT Anwar sini dan AIDC sini.

sumber - the unspinners


1 ulasan:

is berkata...

tahun kejadian tu salah taip bro...2009. ni akan membuatkan kalah dimahkamah nanti