MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Ogo 2009

Teoh Beng Hock : Kenapa DAP mengetahui lebih awal kematian?

Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Kes kematian Teoh Beng Hock sebenarnya banyak menimbulkan persoalan, jika kita soroti dari peringkat awal kes ini, Beng Hock dikatakan sanggup pergi secara sukarela untuk mendedahkan butiran salahlaku dan penyelewengan DAP ketika pihak berkuasa pergi ke pejabat pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor itu, sebab itu beliau pernah mengatakan kepada tunangnya hasratnya ingin berhenti menjalankan tugas sebagai pegawai khas kepada exco kerajaan Selangor.


Ini membawa maksud Teoh sudar sedar banyak yang tidak kena dalam parti DAP.Teoh Beng Hock dikatakan sebenarnya seorang anak muda yang mempunyai prinsip tersendiri, dan tidak sanggup bersekongkol dengan penyelewengan, namun tindakan Beng Hock ini khabarnya kurang disenangi oleh pihak DAP kerana dikhuatiri boleh menjatuhkan kredibiliti parti disaat parti tersebut sedang dipuncak kuasa.Namun sebagai bekas wartawan dan amat cetek ilmu politiknya, tindakan kejujuran Teoh Beng Hock seakan memakan dirinya sendiri apabila pihak DAP dikatakan tidak bersetuju dengan segala pendedahan yang dilakukan Teoh Beng Hock.

Lantaran itu selepas sesi siasatan pada malam kejadian dikatakan telah wujud pertengkaran antara Tan Boon Hwa dengan Beng Hock mengenai pendedahan yang dilakukan oleh pegawai khas kepada Yb Ean Yong Wah tersebut. Disini kita dapati Tan Boon Hwa sudah diarahkan oleh kepimpinan parti untuk menasihat dan mengawal Beng Hock.

Namun begitu riak kerisauan telah wujud pada air muka Teoh sewaktu beliau ingin mendedahkan segala penyata perbelanjaan dan invois yang berada di dalam komputer peribadinya. Mungkin Teoh sedar bahana yang akan menimpa kepada dirinya selepas pendedahkan segala penyelewengan tersebut.

Pada sesi 11 Ogos 09, pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr. Khairul Azman Ibrahim menyatakan Beng Hock mengalami kecederaan dalaman yang parah, jatuh dan terhempas dalam keadaan badan condong ke kanan.

Beliau turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan akibat pergelutan atau mempertahankan diri dijumpai pada badan Beng Hock semasa bedah siasat dilakukan.
Ini bermakna Teoh Beng Hock disahkan meninggal dunia disebabkan kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Jika itu yang berlaku ini bermakna ada kemungkinan selepas kejadian pertengkaran antara Beng Hock dan Tan Boon Hwa didalam tandas SPRM di tingkat 14, kemungkinan besar Beng Hock telah mengambil keputusan membunuh diri kerana tertekan dengan ugutan dan kata-kata yang diucapkan oleh Tan Boon Hwa.

Manakala, pada pukul 11.00 pagi saat Tan Bon Hwa dikehendaki melapor diri kali kedua untuk siasatan, dikatakan seorang mayat lelaki telah jatuh dari bangunan SPRM telah tersebar dan diketahui oleh pimpinan DAP, SMS juga dikatakan telah berlegar dikalangan penyokong DAP.

Soalnya sekarang mengapa orang DAP mengetahui lebih awal, berita kematian tersebut berbanding pihak lain, hatta pihak SPRM sendiri. Adakah Tan Boon Hwa yang menghebahkan berita ini, kerana beliau mengetahui Beng Hock sudah mati lebih awal.Ini yang menimbulkan sedikit kemusykilan, berita kematian tersebar dikalangan awam selepas petang kejadian tersebut, namun bagaimana pihak DAP mengetahui dengan lebih awal?

sumber - tomyampoktek

Tiada ulasan: