MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Ogo 2009

PA Ronnie disiasat SPRM 10 jam, dibebas dengan ikat jamin

Pembantu Khas Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu, Wong Chuan How dengan diiringi Peguamnya John Fernandez (kiri) yang juga Ahli Parlimen Seremban dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepayang, Cha Lee Lin (kanan), hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 8.40 pagi semalam untuk memberi keterangan.


PUTRAJAYA: Pembantu khas kepada Ronnie Liu, Wong Chuan How dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM3,000 dan RM50,000 jamin mulut selepas ditahan bagi membantu siasatan berhubung salahguna peruntukan wang kerajaan negeri.


Wong keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kira-kira pikul 10.40 malam tadi selepas memberi keterangan hampir sepuluh jam.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir semula ke ibu pejabat SPRM itu pada 18 September depan.

Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu mula memasuki pejabat SPRM pada pukul 8.45 pagi semalam dengan bertongkat diiringi dua peguam iaitu Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Cha Lee Lin.

Turut mewakili beliau ialah dua lagi peguam yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor iaitu Imran Hadzalie Abdul Hamid dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Wong, 51, hadir bagi membantu siasatan berhubung salah guna peruntukan ADUN membabitkan 235 projek bernilai hampir RM500,000.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 18 dan 23, Akta SPRM.

Menurut Cha, pihaknya berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak SPRM terhadap anak guamnya sepanjang proses merakam percakapan dan siasatan dijalankan.

Tambah beliau pihaknya memberikan kerjasama penuh terhadap SPRM dengan mengemukakan semua dokumen asal yang dikehendaki untuk diteliti dan disemak.

"Petang tadi kami telah menunjukkan semua dokumen asal yang berkaitan kepada pegawai yang terbabit untuk disemak.

"Sebanyak sepuluh set dokumen telah diambil oleh pegawai SPRM untuk tindakan mereka yang seterusnya, yang selebihnya telah dipulangkan kepada kami," katanya ketika ditemui lewat malam semalam.

Jelas berliau sepuluh dokumen berkenaan adalah melibatkan rekod bagi sepuluh peruntukan wang kerajaan negeri.

Kata Cha lagi, pihak SPRM akan mengunjungi Pusat Khidmat Masyarakat ADUN DAP Sungai Pelek pada pagi ini untuk membuat semakan lanjut berhubung dokumen lain yang berkaitan.

Ditanya sama ada kunjungan SPRM ke pusat khidmat ADUN itu adalah kerana kegagalan pihaknya mengemukakan dokumen yang berkaitanm, Cha berkata: "Sebenarnya kita sudah bawa ke sini tapi saya percaya mereka mungkin tidak ada cukup masa untuk semak kesemuanya.

"Ini kerana perjanjian kami dengan mereka ialah, kami bawakan dokumen tersebut untuk disemak dan ia mesti dipulangkan pada hari ini, kecuali dengan beberapa kes yang berkaitan telah diserahkan kepada mereka."

sumber - mstar

1 ulasan:

Unknown berkata...

kau tipu la lagi banyak2.

besok kaki tuh patah terus, cripple jadi OKU baru dia tau langit tuh tinggi ke rendah.

Lepas nih Kapal Sink ader geng kerusi roda dalam PR pun bagus jugak.

Main2 la ciner nih. masin mulut aku nih nanti..