MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Ogo 2009

Khalid diperintah bayar RM66j pada Bank Islam



Hafiz Yatim, Ogos 21, 09 12:07pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membayar RM66 juta (AS$18.521 juta) kepada Bank Islam bagi pinjaman yang diambilnya pada tahun 2001 untuk membeli saham Guthrie Bhd.

Ia merupakan penghakiman ringkas (penghakiman yang dibuat tanpa perkara itu didengar dalam perbicaraan penuh) oleh Hakim Rohana Yusof dalam kamarnya.

Beliau bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman tersebut, sementara menunggu rayuan dibuat.

Ini bermakna Khalid tidak perlu membayar segera jumlah tersebut sehinggalah selesai semua proses rayuan.

Peguam Malik Imtiar Sarwar yang mewakili Khalid berkata, rayuan akan difailkan kerana beliau merasakan perkara itu harus didengar dalam perbicaraan penuh.

"Kita akan fail permohonan untuk penangguhan hukuman awal minggu depan," katanya.

Bank Islam diwakili oleh peguam Tommy Thomas. Bank menyaman Khalid pada 27 Mei 2007 kerana didakwa melanggar kontraknya kerana gagal membayar balik pinjaman AS$18.521 juta.

Rohana juga menetapkan 16 September untuk sebutan permohonan penangguhan hukuman serta untuk menetapkan tarikh bagi dakwaan balas Khalid.

Khalid telah memfailkan saman balas terhadap bank tersebut pada 18 Mei 2008.

sumber - malaysiakini


1 ulasan:

Unknown berkata...

Kronologi ringkas.

1) Khalid pinjam duit kat Bank Islam.

2) Lepas tuh tak bule bayar.

3) bank minta tuntutan hutang balik.

4)Khalid tamau bayar lepas tuh saman balas dekat bank tuh balik?

betul ke pemahaman ape yg aku baca nih?

Khalid hutang bank, tamau bayar, lepas tuh saman bank balik.

Anwar didakwa meliwat, tapi berusaha bersungguh2 untuk menggugurkan kes sebelum bicara.

Inilah keADILan pemimpin PR