MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Ogo 2009

Khalid Ibrahim hadapi krisis keyakinan

Oleh Selangordaily

Reaksi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pertuduhan yang ditimbulkan oleh blog tidak beridentiti, http://t4tbh.blogspot.com sedang digelakkan ramai.

Dia meminta blogger itu tampil ke hadapan untuk membuat laporan rasmi dan mereka kononnya sedia menyiasat penyelewengan. Pada masa yang sama, ahli exconya Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah secara berasingan membuat laporan polis.

Itu hanya menunjukkan cakap-cakap Khalid itu tidak langsung dihormati dan ambilkira oleh exco negeri lain dari parti DAP. Bukan setakat itu sahaja, Khalid menghadapi masaalah krisis keyakinan.
Kenyataan Azmin Ali menuntut rombakan kepada pentadbiran negeri tidak timbul tiba-tiba. Ianya lahir dari rasa tidak puas hati dari kalangan ahli-ahli PKR sendiri.

Khalid terbawa-bawa cara korporat yang menekankan keputusan yang tepat setelah dijalankan kajian dan ditimbang buruk baiknya dari pelbagai segi, khususnya keuntungan. Cara sedemikian yang condong kepada mengelak risiko memakan terlalu banyak masa untuk membuat sebarang keputusan.

Inilah rungutan yang didengari dikalangan pemimpin-pemimpin PKR. Khalid terlalu susah untuk membuat keputusan dan dilihat tidak dapat mengawal keadaan. Dalam kepimpinan politik, cara sedemikian tidak sesuai kerana ia melibatkan orang ramai.

Keadaan sudah menjadi begitu buruk hingga terjadi peristiwa di Ampang di mana berlaku pertembungan antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang yang ingin menyampaikan petisyen kepada Anwar Ibrahim dan pengiring Anwar.

Ini tidak termasuk lagi ketidak puasan hati kumpulan Reformis yang dari awal-awal tidak bersetuju dengan cara pentadbiran Khalid. Mereka pernah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan rumahnya pada awal tahun lepas semasa pembantu Khalid digantung perkhidmatan. Kereta peribadi yang dijadikan kereta rasminya telah diselubung dengan sepanduk dan kain rentang protes.

Kebolehan oral Khalid pun tidak membantu keadaan dalam meraih sokongan dan keyakinan ahli parti dan orang ramai. Dia sering mengeluarkan kenyataan yang berbunyi seperti klise korporat yang tidak komited pendirian.

Disamping itu, Khalid sering meluahkan pendapat hingga dilihat seolah-olah tidak memahami atau tiada pengetahuan langsung mengenai isu yang dibincangkan.

Masaalah bagi PKR adalah Azmin Ali yang diura-ura menggantikan Khalid mendapat tentangan dari DAP apabila menyuarakan saranannya.

Kalau akhirnya berlaku perubahan, nama Azmin dijangka boleh timbul kembali semasa kes liwat Anwar yang akan mula bicara pada September 2hb. Tentu sekali Menteri Besar pengganti dari PKR pun tetap jadi momokkan orang ramai.

Apa pilihan PKR sekarang?

sumber - selangordaily


Tiada ulasan: