Oleh The Unspinners
Petang tadi, kita melihat satu usaha untuk melakukan perarakan anti ISA yang telah dapat dikawal polis hingga gagal. Democratic Action Party (DAP) adalah satu-satu parti yang kuat berjuang menentang undang-undang ISA.
Parti ini asalnya adalah cawangan People's Action Party (PAP) dari Singapura yang diketuai oleh Lee Kuan Yew. Ideologi PAP dan DAP sama serupa. (Sila baca sini)
Tidakkah pelik melihat PAP terus mengekalkan ISA di Singapura tetapi DAP menentangnya di Malaysia? Bagi yang tak faham, mereka akan kata mereka parti yang berbeza dalam dua negara berbeza.
Itu tidak benar kerana hubungan rapat antara PAP dan DAP masih kekal hingga ke hari ini. Lihat sahaja peningkatan hubungan dua hala antara Pulau Pinang dan Singapura sekarang. Ramai pemimpin-pemimpin DAP muda sekarang seperti Tony Pua mendapat pelajaran menengah, pembiayaan Universiti dan peluang perniagaan dari Singapura. PAP masih tetap membantu DAP.
DAP menentang ISA kerana pemimpin mereka sering dihadapkan dengan hukuman ISA. Parti ini sekarang ditunjangi oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh, dua pemimpin yang dikatakan oleh Bakri Musa dalam bukunya, Towards a competitive Malaysia (2007) sebagai racial provocateur. Lim Kit Siang dihadapkan ISA pada tahun 1969 dan bersama Karpal Singh pada 1987.
DAP mempunyai sejarah memprovokasi perkauman. Ia adalah salah satu dari dua parti yang mencetuskan peristiwa perkauman berdarah Mei 13 pada tahun 1969. Titik permulaan pergeseran antara laum Melayu dan Cina pun didalang oleh DAP.
Semasa Singapura berada dalam Malaysia sepanjang tahun 1963-65, mereka telah mendalang satu siri rusuhan demi rusuhan yang sering mencetuskan pergaduhan perkauman di Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor dan Singapura.
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah kemuncak pergeseran kaum tersebut dan DAP adalah pencetus melalui tunjuk perasaan melampau yang menghina orang-orang Melayu. Dikatakan ada satu peristiwa di hadapan rumah MB yang melibatkan Lim Kit Siang. (Butiran boleh diperolehi dalam Laporan NOC berkenaan 13 Mei 1969 atau tulisan blog Jebat Must Die sini.)
Maka akhirnya undang ISA dikenakan ke atas pemimpin-pemimpin DAP semasa itu dan juga setiap kali mereka mengulangkan provokasi kaum. Isu yang sering diulang dari dahulu hingga kini adalah mempersoalkan Artikel 153 dan polisi-polisi membantu kaum Bumiputera. Keadaan selalunya adalah seperti yang dihadapi sekarang.
Oleh sebab selalu dikenakan ISA kerana mengulang kesalahan yang sama dari sejak tahun 1969, ini menjadikan mereka benci pada terhadap ISA. Pokoknya undang-undang ini menghalang politik memprovokasi perkauman yang mereka gunakan untuk mengaut populariti.
Sementara itu, Singapura telah dihalau keluar Malaysia pada tahun 1965. Namun begitu mereka telah menadaptasi sedikit sebanyak Perlembagaan Malaysia sebagai Perlembagaan mereka dengan artikel 153 sekali (tapi dinomborkan sebagai 152). Undang-undang ISA tetap dikekalkan dan pemerintahan PAP adalah pemerintahan kukubesi yang tiada ruang untuk pembangkang langsung, teguran dan kritik.
Jika DAP tidak setuju sungguh dengan ISA, kenapa mereka sedia menegkalkan perhubungan baik dengan PAP yang melampaui hubungan diplomasi antarabangsa. Cuba kita jangkakan, adakah DAP akan mansuhkan ISA jika mereka memerintah kelak?
Petunjuknya adalah sikap kerajaan Pulau Pinang yang mengekang wartawan syarikat berita tertentu. Padahal mereka kononnya memperjuangkan free press. Ianya adalah penyalahgunaan kuasa untuk menghindari kritikan terhadap pemerintahan mereka.
Hampir pasti DAP akan kekalkan ISA dan menggunakannya bukan hanya untuk keselamatan dalam negeri tetapi untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Garanti.
sumber - the unspinners
Tiada ulasan:
Catat Ulasan