MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Ogo 2009

Halalkan Beer : Penduduk desak Ronnie mohon maaf

SHAH ALAM – Penduduk sekitar Shah Alam terutamnya di Seksyen 8, dekat sini mendesak Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu memohon maaf atas kenyataannya mengenai bir bukan minuman keras seperti yang dilaporkan dalam akbar Sinar Harian, semalam.

Penduduk mendakwa kenyataan Ronnie itu meragukan dan mengguris hati penduduk di bandar raya Shah Alam apabila menyatakan bir bukan minuman keras kerana ia akan mengelirukan penduduk sekitar terutamanya generasi muda.

Seorang penduduk, Mohd Khalil Abu Hassan berkata, kenyataan Ronnie itu mengelirukan dan bakal memberikan implikasi yang buruk kepada generasi muda khususnya remaja Melayu kerana bir adalah minuman yang memabukkan.

“Kenyataan beliau bahawa bir bukan minuman keras mengguris perasaan penduduk sekitar iaitu kira-kira 95 peratus penduduk Melayu berada di sekitar Seksyen 8 dan kenyataannya itu merupakan penghinaan kepada umat Islam.

“Sebagai penduduk, kami berharap beliau akan tampil memohon maaf secara terbuka dan bertanggungjawab terhadap kenyataannya kerana bir adalah minuman keras dan memabukkan dan berharap ‘fatwa’ beliau itu dibersihkan semula demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika me ngulas kenyataan Ronnie Liu yang mengesahkan kes rampasan bir di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 salah faham dan memaklumkan bahawa bir tidak dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya tidak tinggi seperti yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Azhar Othman berkata, penduduk di bandaraya Shah Alam mempertikaikan ‘fatwa’ bahawa bir bukan minuman keras yang dikeluarkan oleh Ronnie adalah salah kerana bir diklasifikasikan sebagai minuman keras.

“Sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hukum dalam Islam, Ronnie perlu merujuk kepada pemimpin Islam yang terdapat dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infras truktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali terlebih dahulu.

“Bir adalah minuman keras kerana ia memabukkan dan haram dalam Islam serta kenyataan Ronnie itu memberikan implikasi yang besar kepada penduduk sekitar Seksyen 8 yang majoritinya adalah Melayu,” katanya.

“Hukum tetap hukum dan kenyataan Ronnie menghiris perasaan masyarakat di sini dan dikhuatiri kenyataan itu memberikan persepsi yang salah kepada golongan remaja dan sekiranya tidak dijelaskan dengan sebaiknya ‘fatwa’ Ronnie itu akan menyumbang kepada masalah sosial di kalangan remaja,” katanya.

Bagi Ketua UMNO Cawangan 8 Perdana, Kamal Yusof berkata, sepatutnya pemimpin Pas yang memperjuangkan Islam tampil menjelaskan mengenai bir itu kepada Ronnie supaya ia tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Sebagai penduduk di Seksyen 8, kenyataan itu tidak betul dan ia perlu diperbetulkan semula supaya penduduk tidak keliru dengan kadar segera.

“Kami berharap Ronnie dapat tampil dan memohon maaf secara terbuka kepada penduduk di bandar raya ini terhadap kenyataannya itu,” katanya.

Terdahulu, pihak MBSA membuat rampasan mi numan beralkohol dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku D 8/D, Seksyen 8, Rabu lalu namun dipulangkan semula.

sumber - sinar harian


3 ulasan:

Mohd berkata...

Pihak berkuasa buat kerja salah.
Tak buat kerja salah.

Beer bukan minuman keras?
Lepas nih Ronnie patut hadiahkan hamper raya kat nik aziz dengan semua kawan2 PAS mereka hamper beer.
yam Seng

Ezad berkata...

tahniah..

sekarang umat melayu dah boleh minum bir. fatwa baru dari ulamak baru..

Admin www.morhabshi.com berkata...

Salam Blogger,
Tahniah kerana mempunyai blog yang mampu menarik minat pengunjung walaupun tidak mendapat sebarang bayaran atau upah selama ini.

Namun mahukan anda menjadikan blog ini sebagai sumber pendapatan? Anda hanya perlu memaparkan sedikit makluman iaitu:

”Dapatkan kitab perubatan, ramuan, petua, doa, dan amalan kesihatan & keselamatan diri secara percuma. Sila klik di sini”

Ya. Kami hanya ingin anda meletakkan link tersebut dalam blog ini dan anda akan menerima bayaran untuk tugas promosi tersebut.

Sila layari http://www.morhabshi.com untuk maklumat lanjut. Terima kasih.