MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Ogo 2009

Kenapa Anwar 'minta nyawa' dengan Najib ?

Oleh Kumbang, AIDCclub

2-3 hari ini sudah tersebar khabar angin bahawa Anwar dikatakan berjumpa Najib di rumah Najib di jalan Duta. Upacara 'minta nyawa' ini dikatakan berlaku pada pertengahan Jun lalu yang dikatakan bertujuan untuk mengeratkan 'silaturrahim' antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang. Jika benar perkara ini berlaku, Kumbang tidak dapat bayangkan bagaimana seorang 'pemimpin agung' yang kononnya hebat dan berintegriti sanggup 'mengemis' belas kasihan daripada orang yang beliau katakan rasuah dan tidak berintegriti.

Apatah lagi turut dilaporkan pertukaran yang ditawarkan Anwar ditolak Najib dengan tegas seolah-olah tiada apa-apa yang bernilai dan boleh dijadikan pertukaran oleh Anwar kepada Najib. Untuk lihat laporan mengenai perkara ini klik link ini dan ini.

Apa yang menarik daripada 2 laporan yang Kumbang linkkan tadi ialah laporan The Unspinners yang melaporkan Sulaiman Abdullah segar-bugar dan tidak sakit ketika perbicaraan diadakan pada 8 Julai dan 15 Julai lalu. The Unspinners menyebut begini:

His lead lawyer Sulaiman Abdullah has resigned from the case because Sulaiman realise that Anwar is lying. Sulaiman is not sick or in the hospital. Sulaiman went home and is also back to work in his office handling many cases for his clients.

Sulaiman does not want to get involved with Anwar sodomy case anymore. He understand very clearly now that Anwar is lying. Sulaiman realise now that Anwar is a Mahaliwat monster.


Secara ringkasnya The Unspinners melaporkan bahawa peguam Sulaiman Abdullah tidak sakit pada hari perbicaraan kes liwat Anwar diadakan, tinggal di rumah dan berkerja seperti biasa di pejabat dan menguruskan hal-hal guaman beliau yang lain.

Hal ini turut disokong oleh 2 cerita yang Kumbang dengar mengenai perkara ini.

Pertama ramai orang dikatakan terserempak dengan Sulaiman Abdullah pada pagi perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Beliau diceritakan sedang makan roti canai di restoran. Apa yang menariknya ketika Sulaiman Abdullah sedang enak makan roti canai, Anwar mengumumkan di mahkamah bahawa Sulaiman Abdullah sedang sakit tenat di hospital dan dalam keadaan kritikal. Berikutan itu perbicaraan mesti ditangguhkan dan Sulaiman Abdullah perlu ditukar.

Cerita kedua adalah berkisar mengenai roti canai juga, Sulaiman Abdullah yang dikatakan menghidap penyakit darah tinggi dikatakan sengaja makan roti canai pada hari perbicaraan untuk memastikan beliau dimasukkan ke hospital disebabkan darah tinggi.Perkara ini dijadikan alasan beliau untuk mengelak menghadiri perbicaraan dan menjadi peguam bela Anwar.

Samada benar atau tidak 2 cerita yang Kumbang dengar ini dan laporan The Unspinners di atas.Kumbang yakin dan percaya bahawa Sulaiman Abdullah tidak sakit, tetapi hanya mengelak daripada menghadiri perbicaraan dan menjadi peguam bela Anwar di dalam perbicaraan.

Kumbang kira jika ramai yang meragui cerita yang Kumbang sampaikan di atas, bolehlah menghubungi sendiri Sulaiman Abdullah dan bertanya tentang kesahihan cerita di atas.
Jika tidak betul, Kumbang boleh perbetulkan.

Apa yang pasti,jika Kumbang yang melihat sendiri Sulaiman Abdullah pada pagi itu sedang makan roti canai, pasti Kumbang akan mencalonkan kenyataan Anwar yang mengatakan Sulaiman Abdullah sakit tenat dan kritikal itu sebagai 'lawak terbaik tahun 2009'.

Sudah-sudahlah menipu rakyat Malaysia, ramai yang melihat Sulaiman Abdullah begitu berselera makan roti canai pada pagi perbicaraan kes liwat Anwar.

Jika tidak benar pun Sulaiman Abdullah tidak sakit tenat dan masih kuat menguruskan pekerjaannya, cuma berkerja untuk Anwar sahaja yang akan menyakitkan dan menenatkan beliau.

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

sumber - analisisringan


Tiada ulasan: