MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Ogo 2009

Apabila Anwar jumpa Najib ..

Oleh gelagat anwar, AIDCclub

Bukannya apa, ramai rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang mengkehendakkan Anwar memberi penjelasan mengenai pertemuannya dengan YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Kata mereka, tak kisahlah Anwar nak jumpa siapapun – tetapi kenapa ianya tidak dimaklumkan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Kenapa jumpa seorang? Kenapa pergi senyap-senyap? Apa yang dibincangkan?

Penulis hanya kasihan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang merasakan ‘tertipu’ dengan manouvre politik terbaru Anwar ini. Sewaktu PAS bersungguh nak berjumpa dengan UMNO; Anwar bagaikan tak senang duduk. Risau. Huru hara. Cari jalan supaya DAP dapat pengaruhi PAS supaya adakan sidang Majlis Pakatan Rakyat. Minta tolong Guan Eng bercakap dengan Husam Musa. Minta tolong Kit Siang bercakap dengan Hadi Awang.

Kenapa Anwar pergi solo? Ada planning lain? Apa yang dibincangkan? Atas kapasiti peribadi atau Ketua Pembangkang? Kalau Ketua Pembangkang – mestilah ada ’status report’ kepada Majlis Pakatan Rakyat. Tak gitu ke Pak Sheikh?

Pertemuan Anwar dengan DSNR ini menyatakan banyak faham politik. Ada yang kata, Anwar sudahpun mengakui bahawa Najib adalah statesman yang tidak mampu dihadapinya. Kita percaya, orang ‘market research’ Anwar di bawah sudah buat kerja. Sejauh mana sekalipun 1Malaysia nak dihina, penerimaan rakyat sudah mula baik dan receptive. Anwar sudah kaji dan percaya dia tidak akan ke mana election nanti. Kredibiliti PR sudah terjejas teruk.

Anwar memang cekap bab menyediakan ‘escape route’ politik ini. Dia cekap mengintai peluang. Tidak tunggu lama. Tidak mengharapkan orang lain bagi nasihat. Dia rentas jalan sendiri. Kalau perlu ada ‘political detente’ dengan Najib; Anwar akan buat. Ini kecekapan Anwar yang masih belum diakui oleh Hadi dan Kit Siang.

Anwar dalam erti kata lain, sudahpun ‘mengaku kalah’ dengan wave Najib kali ini. Anwar sudah concede defeat. Anwar sudah menerima hakikat – jalan politiknya sudah hampir tamat. Rasanya tidak perlu lagi rakan-rakan dalam PR mengharapkan Anwar kali ini. Tak percaya lagi – tengok semangat Anwar berceramah di Permatang Pasir. Macam tak ada bateri. Longlai. Sayup. Tak bermaya.

Politik ini game yang sungguh dahsyat. Kata Bismarck, ‘art of the possible’. Selagi boleh dan munasabah kepada kepentingan politik – buat sahaja.

Kalau boleh, minta Pak Sheikh perjelaskan sikit tentang pertemuan tersebut. Apakah benar – dia mengaku kalah?

sumber - gelagat anwar


3 ulasan:

sanee berkata...

hang jangan cakap macam tu..dia pi jumpa pasai hal parlimen kata dia...hee..heee..sial betul pak sheih ni..kaki putaq..munafiq

Che Awe Donde berkata...

Org Klate

Anwar pergi jumpa PM ialah utk ucap Takziah atas kekalahan kali ke 7 UMNO/BN. Ha ha ha ha

I M Sorry

Ariff berkata...

Tarikh tak tally.
AnWAR bukan jumpa DSNR pada malam semalam atau pagi ni. Mana mungkin dia jumpa sebab nak ucap takziah seperti yang dinyatakan oleh 'Che Awe Donde'..

Saya setuju dengan kenyataan AIDC [Tomyampoktek] mengatakan AnWAR merayu pada DSNR.

Malaysia ada undang2, patuh.. Saya teringat komen Mahathir ketika tentera Australia nak jadi polis asia tenggara.."undang2 Malaysia kata, pendatang haram akan disebat sekali dan dihantar pulang ke negara asal"..cool je Mahathir jawap..sama macam DSNR jawap .."biarlah mahkamah yang menentukan dan dirinya tiada kuasa untuk mencampuri urusan mahkamah." [Kenapa Anwar nafi jumpa Najib ?, Oleh Tomyampoktek]..

pemimpin mcm ni kita nak, bukan saja2 hero-to-zero moment Akademi Fantasia, saja nak julang2 sebab AnWAR dari penjara