MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Ogo 2009

Jeff Ooi (DAP) tuduh JIM 'ekstremis agama' ?



Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Di Pulau Pinang kira-kira 300 anggota gabungan NGO islam berkumpul bagi menyuarakan sokongan mereka kepada wakil mereka yang mewakili 27 pertubuhan Islam untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pejabat Ketua Menteri pulau Pinang.
Sambil meluahkan rasa kesal dengan kenyataan Jeff Oii Ahli Parlimen Jelutong (DAP), yang dianggap mereka sebagai mendedahkan "kejahilannya mengenai masyarakat Islam".

Kenyataan yang dibuat oleh YB Jeff Ooi, merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12, antaranya ialah, YB Ooi telah mengkritik hebat Mohd. Razali bin Abdullah, seorang Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada parti PKR dan menuduh ahli majlis tersebut sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).

YB Ooi juga mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)didalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang into membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan").


Kenyataan YB Ooi tersebut telah menyebabkan wujud suara bantahan dikalangan pemimpin islam dalam pakatan rakyat. YB Zulkifli Noordin dalam blognya telah mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh YB Ooi tersebut. Dan menganggap kenyataan yang dilontar Yb Ooi dalam akhbar tersebut dibuat samada sebagai seorang yang terlalu dangkal dan bodoh atau pun kerana kesombongan dan keangkuhan yang melampau. Beliau juga menyeru supaya Jeff Ooi meminta maaf kepada Mohd Razali Abdullah dan umat islam. Sambil menegaskan tindakan YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut telah menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang yang ekstremis dan chauvinis.

Dalam pada itu, Presiden JIM Jamaluddin Abdullah seperti dipetik dari harakahdaily mengatakan bahawa Ooi sudah jauh tersasar dan melampau sehingga menuduh badan itu sebuah organisasi yang extremis di samping mengheret JIM dalam isu perbalahan antara ahli parlimen itu dengan Razali Abdullah. Selain itu Jamaluddin juga turut mendesak Oii supaya memohon maaf kepada badan tersebut dan ngo islam lain.

sumber - tomyampoktek


2 ulasan:

Mohd. Rizal berkata...

Assalam wbt.

Sedikitpun tak hairan kerana sebagai umat Islam sepatutnya kita kena tahu dan sepatutnya sudah tahu siapa itu DAP sebelum dibuat kawan, tidak kira le atas apapun alasannya dibuat kawan tu......Semoga menjadi pengajaran berguna buat umat Islam .....

Wallahu'alam.

Suara minda berkata...

khusuhnya kepada PAS yang selalu menolak kerjasama dengan UMNO, mungkin mereka boleh pengajaran berguna, kalau tidak sedar juga bermakna pas juga telah hanyut...