MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Ogo 2009

Inkues Teoh: Membongkar yang tersurat dan tersirat...

Jika tiada halangan atau sebarang gangguan lain, Inkues untuk mengetahui punca kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, disambung hari ini (Rabu).


Inkues yang sebelum ini dijangka berlangsung 15 hari bermula Rabu lalu, ditunda ekoran permintaan peguam keluarga Teoh dan peguam kepada kerajaan negeri Selangor.

Ini kerana mereka memerlukan masa untuk meneliti semua dokumen yang dibekalkan oleh pihak pendakwaan selepas permohonan mendapatkan bahan-bahan tersebut dibenarkan koroner Azmil Mustapha Abas.

Penangguhan atas permintaan peguam mendiang Teoh, menimbulkan persoalan kerana tindakan itu hanya melambatkan proses inkues sedangkan sebelum ini, pembangkang tidak sabar-sabar mahu mengetahui punca kematian lelaki itu.

Malah, pemimpin pembangkang awal-awal memilih jalan mudah dengan menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘membunuh’ Teoh, kerana mangsa mati di bangunan menempatkan pejabat agensi itu selepasa beliau memberi keterangan berhubung siasatan salah guna dana kerajaan negeri.

Teoh, 30, Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di Plaza Masalam yang pada 16 Julai dan setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.

Apapun, inkues yang disambung Rabu pasti menarik tumpuan semua pihak untuk mengetahui punca sebenar kematian Teoh, yang mayatnya ditemui di bumbung tingkat lima Plaza Masalam.

Ada beberapa pihak terbabit dalam inkues itu sebagai saksi dengan 89 orang sudah disapina untuk hadir memberi keterangan termasuk kira-kira 20 pegawai SPRM.

Keterangan pegawai-pegawai SPRM serta saksi lain termasauk pengawal keselamatan, rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) laporan DNA terutama milik dua individu di belakang jaket dan tali pinggang Teoh, pasti boleh menunjuk jalan kepada koroner bagi memutuskan punca kematian Teoh.

Walaupun polis mengkasifikasikan sebagai mati pengejut akibat terjatuh namun ada pelbagai khabar angin mengenai punca kematian Teoh termasuk membunuh diri atau dibunuh.

Timbul juga persoalan, jika membunuh diri sebab apa dan jika dibunuh, oleh siapa.

Peguam mewakili keluarga mendiang terdiri daripada Gobind Singh Deo, Karpal Singh, Ram Karpal dan Sankara Nair pastinya mahu jawapan lebih daripada mengentahui punca kematian Teoh.

Semua maklumkan, mereka pastinya mempunyai kepentingan kerana Teoh adalah ahli DAP malah bekerja dengan Exco yang mewakili parti sama.

Siasatan SPRM pula sebelum ini, menjuruskan kepada dakwaan salah guna dana kerajaan negeri membabitkan exco dan Adun DAP Selangor.

Ini sekaligus menjadikan mereka berkepentingan untuk ‘mengorek’ apa yang maklumat sudah diberikan oleh Teoh kepada SPRM ketika memberi keterangan sebagai saksi terhadap dakwan salah guna dana tersebut.

Perkara ini sudah jelas apabila kumpulan peguam terbabit juga meminta salinan kenyataan saksi (yang diberikan Teoh kepada SPRM) tetapi koroner Azmil Mustapha hanya akan memutuskan sama ianya boleh diberikan atau tidak pada prosiding hari ini.

Lebih menarik, Teoh sebelum ini lebih banyak digambarkan seolah-olah beliau suspek kes itu sedangkan SPRM mengesahkan lelaki itu hanyalah saksi.

Sudah tentu layanan terhadap saksi dan suspek berbeza. Dalam erti kata lain, saksi adalah bebas ketika memberi keterangan manakala suspek lebih kepada kemungkinan dikurung atau bergari.

Bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan saksi masih dalam pemantauan termasuk arahan mematikan telefon bimbit semasa memberi keterangan untuk mengelak sebanrang gangguan.

Kehadiran Teoh di pejabat SPRM itu sebenarnya untuk menjelaskan butiran dokumen yang diambil agensi itu di pejabat Exco berkenaan sebelum itu.

Beliau dilaporkan memberi keterangan selepas jam 6 petang dan berakhir kira-kira jam 3.30 pagi.

Bagaimanapun, difahamkan, Teoh dilaporkan mula gelisah ketika menjelaskan mengenai empat dokumen yang ditemui SPRM ketika proses memberi keterangan tersebut.

Apakah dokumen itu ada kaitan dengan apa dilaporkan blog http://14tbh.blogspot.com yang memperincikan maklumat pembabitkan seorang lagi Exco kerajaan Selangor dengan salah guna dana kerajaan negeri?

Apakah dokumen itu yang mendedahkan sejumlah wang projek-projek kecil beberapa Adun DAP disalurkan kepada tabung DAP Pusat dan DAP di Selangor?

Semua ini jika didedahkan dalam ikues itu pasti menarik tetapi apakah ianya akan lari daripada matlamat asas inkues untuk mengetahui punca Teoh mati?

Akhirnya, inkues itu pasti akan membongkar yang tersurat dan tersirat dalam tragedi yang meragut nyawa Teoh Beng Hock.

Harapan semua pihak pastinya inkues itu berjalan lancar tanpa ada mana-mana pihak mengambil kesempatan sama ada bagi kepentingan sendiri mahupun parti yang diwakili.

Jika keluarga menfiang Teoh mahu keadilan terhadap kematian anaknya itu, SPRM yang dituduh membunuh Teoh oleh pihak pembangkang juga berhak mendapat keadilan menerusi kebenaran inkues ini.

sumber - Agendadaily

Tiada ulasan: