MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Ogo 2009

Isu arak perkara kecil - Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini bersepakat bahawa isu penjualan arak di Selangor dianggap selesai.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) selama tiga jam di Tropicana Golf Resort di sini hari ini.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),R.Sivarasa.

Anwar berkata, isu yang berlaku adalah masalah kecil namun media telah membesar-besarkan isu berkenaan.

"Memang ada arahan jelas oleh pimpinan parti supaya kita gunakan forum peringkat negeri dan pimpinan untuk berbincang masalah berbangkit.Kalau kita tidak dapat selesaikan kita akan rujuk kepada panel tatatertib supaya ia (masalah) dapat dibincang untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya," katanya.

"Kita sokong tindakan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa penjualan arak kepada orang Islam tidak boleh manakala penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam kekal seperti yang ada sekarang, jadi isu ini tiada masalah bebangkit," katanya.

Selain mesyuarat MPT, Pakatan Rakyat turut mengadakan bengkel Seminar memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Difahamkan seminar selama sehari itu diadakan untuk memperkukuh jentera Pakatan di semua peringkat termasuklah jentera peringkat pusat dan penggubalan dasar.

Sementara itu, ketika ditanya bila Pakatan akan didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS), Anwar berkata:

"Yang kita putuskan sekarang adalah penubuhan sekteriat Pakatan Rakyat, di mana sekteriat itu akan mengkaji langkah selanjutnya, dan kita akan putuskan dalam mesyuarat akan datang."

Sekteriat Pakatan Rakyat diketuai oleh Salahuddin Ayub, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Dalam perkembangan lain, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengumumkan calon mereka di Permatang Pasir malam esok.

"Pilihan raya kecil di Permatang Pasir kali ini adalah satu simbol penting dalam Pakatan kerana yang bertanding PAS, Parlimen di bawah PKR sementara kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP."

"Calon sudah ada akan diumumkan malam esok, tunggu la," katanya.

sumber - mstar

5 ulasan:

sangkakala berkata...

Salam,

Memang benar isu arak di Selangor sebenarnya perkara kecil dan sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah; hanya akhbar tertentu yang membesar-besarkan perkara ini, sehingga ia kelihatan sebagai isu besar seperti gunung, sedangkan ia hanya busut kecil saja.

Mohd. Rizal berkata...

Assalam.

Memang ianya isu kecil jika ia akan menguntungkan bukan Islam terutamanya kaum DAP dan merugikan serta mendatangkan bahaya kepada umat Islam jika arak dibenarkan dijual berleluasa.....mampukah pemimpin kita tak kita samada dari PR atau BN menghalang anak muda kita membeli arak ditempat terbuka dan bebas penjualannya.....inilah isu yg cuba diperjuangkan... tetapi DSAI buat-buat tak tahu.

Anak Lenggong berkata...

AKU NAK TERGELAK BACA AYAT NI " ARAK TIDAK BOLEH DIJUAL KEPADA ORANG ISLAM" .....WEI...NI UNDANG2 BARU KEE..ATAUPUN UNDANG-UNDANG DAH LAMA UJUD......MEMANG LAH PENYOKONG PAS AKAN ANGGUK KEPALA SAHAJA SEBAB KALIAN NI KAN PENYOKONG PAS "PAKATAN ANGGUK SAHAJA" ....ADAKAH PENJUAL AKAN MENGIKUT ARAHAN NI...IANYA SAMALAH JUGAK DENGAN MENGHARAMKAN PENJUALAN ROKOK KEPADA UNDER 18 YEARS TAPI PENJUAL JUAL JUGAK....LAGI SENANG CONTOH..PERARAKAN SAMSENG JALANAN YANG DITERAJUI OLEH PAS TIDAH DIBENARKAN DAN JUGA DIHARAMKAN...TETAPI LEMBU-LEMBU PAS PELIHARAAN DAP MELAKUKAN JUGAK....

Mohd berkata...

Hanya org yg mengambil ringan mempertahankan agama islam, org yg tidak beriman malah mungkin tidak beramal saja yg memikirkan isu arak ini isu kecik.

Arak adalah punca Kejahatan no.1 dalam duni nih. Arak atau dikenali dengan air kencing setan ini lah yg mampu merosakkan akidah muda mudi Islam di sini.

Puak pembangkang mmg tidak pedulikkan perkara2 ini kerana dalam kepala mereka hanya nak berkuasa dan merobek harta malaysia

Mohd berkata...

Hanya org yg mengambil ringan mempertahankan agama islam, org yg tidak beriman malah mungkin tidak beramal saja yg memikirkan isu arak ini isu kecik.

Arak adalah punca Kejahatan no.1 dalam duni nih. Arak atau dikenali dengan air kencing setan ini lah yg mampu merosakkan akidah muda mudi Islam di sini.

Puak pembangkang mmg tidak pedulikkan perkara2 ini kerana dalam kepala mereka hanya nak berkuasa dan merobek harta malaysia