MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Ogo 2009

Geseran Kasut Teoh Bukan Sebab Seretan : Kata Pakar

SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) -- Geseran pada kasut Teoh Beng Hock bukannya disebabkan dia diseret sebaliknya ia bergeser dengan lantai ketika mendarat semasa terjatuh dari tempat tinggi.

Kemungkinan itu diberitahu oleh Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim, 51, berdasarkan pemeriksaannya terhadap kasut sebelah kanan Teoh yang mempunyai geseran yang hampir sama dengan lantai berdekatan mayatnya ditemui.

"Pada pendapat saya tidak nampak tanda yang jelas menunjukkan si mati diseret tetapi saya ada nampak kesan geseran pada kasut sebelah kanan yang terdapat pada tapak kaki dan di tempat mayat ditemui juga ada kesan geseran.

"Bila ditengok seperti ada kesesuaian, dari itu kita percaya kesan geseran pada tapak kasut simati dan pada lantai mayat simati adalah tempat simati mendarat semasa dia terjatuh.

"Dari kedudukan tepi saya berpendapat simati jatuh dalam keadaan condong sikit ke kanan, kaki sampai dahulu diikuti punggung dan betis hampir serentak dan kemungkinan bengkok sedikit menghimpit dada serta kakinya mungkin melantun sedikit selepas jatuh," katanya dalam kematian Teoh yang masuk hari kesembilan hari ini.

Dr Khairul Azman berkata di tingkat 14 pula beliau tidak menemui sebarang tanda yang menunjukkan Teoh diseret sebelum dijumpai mati dan daripada kesan kecederaannya, tiada tanda jelas yang menunjukkan Teoh diseret.

Keterangan Dr Khairul Azman ini sekaligus menolak pendapat Pegawai penyiasat C/Insp Mazli Jusoh, 31, dari cawangan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor semalam yang menyatakan kemungkinan Teoh diseret sebelum ditemui mati tertiarap.

Mengenai dua DNA lelaki yang tidak diketahui pemiliknya pada tali pinggang dan bahagian belakang jaket yang dipakai simati, Dr Khairul Azman berkata ia berkemungkinan berlaku ketika proses menanggalkan baju simati di bilik mayat.

Sebelum ini dua DNA misteri dikesan pada barang itu dan ahli kimia gagal menemui DNA sepadan walaupun telah melakukan calitan DNA pada 157 orang yang dikatakan terlibat dalam kes ini termasuk polis, pegawai perubatan dan pegawai SPRM.

Dr Khairul Azman yang ditanya mengenai kepentingan laporan DNA yang diterima pada 27 Julai, berkata ia penting bagi membantunya membuat rumusan dan pendapat kerana tidak ada kesan DNA pada kuku simati.

Beliau berkata laporan DNA yang diambil daripada gigi, seluar, kemeja dan jaket simati juga penting kerana ia berpadanan dengan darah simati. Menurutnya dalam melakukan bedah siasat, adalah menjadi amalan pihaknya membersihkan terlebih dahulu meja yang digunakan dengan air biasa dan bukannya bahan pembunuh kuman.

Selain itu, Dr Khairul Azman berkata beliau te1ah mengunjungi tempat kejadian sebanyak dua kali tetapi kunjungan kali kedua pada 22 Julai lepas tidak banyak membantu pemeriksaannya kerana tidak menemui sebarang penemuan baru.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima plaza itu, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Prosiding di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas disambung Isnin.

sumber - bernama


Tiada ulasan: