MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Ogo 2009

Isu arak: PAS Selangor desak Ronnie Liu ditukar

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: PAS Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.

Jawatan Exco kanan itu kini disandang oleh Ronnie Liu dari DAP.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

Pendirian itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebentar tadi.



"PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

"PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan," katanya.

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.

"Perkara ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri esok... Exco PAS akan bawa isu ini," katanya.

Dalam pada itu menurut Hasan, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Katanya kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk digunapakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang hingga meresahkan masyarakat Islam.

Bagaimanapun menurut beliau langkah sedemikian tidak membabitkan hak masyarakat bukan Islam di negeri ini.

"PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum di kalangan masyarakat bukan Islam.

"Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk mengganggu-gugat hak masyarakat bukan Islam.

Oleh itu jelasnya PAS Selangor kesal apabila inisiatif untuk mengawal pengurusan penjualan dan aktiviti minum arak di kalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak tertentu.

sumber - mstar


2 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Jangan tak tau isu ni sengaja diadakan sebab nak dijadikan isu oleh PAS bila mengatakan mereka benar-benar islamik..menjelang pilihanraya di permatang pasir..jangan jadik serupa lakonan azizan dan dap di kedah masa menjelang pilihanraya manik urai...keluarje isu pastu berbaik semula...so berhati-hatilah..jangan tertipu dengan mainan puak pembangkang ni

Unknown berkata...

Malunya jadi ahli PAS. Apa dah jadi ketua PAS yang pandai maki hamun tapi DAP buat begini diam membisu. Ceramah perdana tiap tiap hari, tapi lupa Islam di hina begitu rupa dan di pijak begitu sahaja. Apa kah PAS nak buat. Sungguh sedih terjadi kepada umat Islam di tanah Melayu sendiri