MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Ogo 2009

Gempar ! Anwar rayu Najib gugurkan kes liwat!

Oleh RBF

Syeikh,enta pergi bincang dengan UMNO pasal Kerajaan Perpaduan. Ana sudah tidak tahan dengan DAP.Islam dipijak,melayu dihina. Enta pergi bincang dulu,enta jangan risau dengan DAP,nanti pandailah ana uruskan dengan Kit Siang - Itulah ARAHAN yang datang daripada mulut Anwar Ibrahim kepada Hj.Hadi.

Sukar untuk dipercayai. Tetapi itulah realitinya. Ahli-ahli PAS dan PKR kena tipu hidup-hidup dengan Anwar semasa polimik Kerajaan Perpaduan tidak lama dulu. RBF sendiri pernah buat satu artikel berkenaan perkara ini bulan jun yang lepas.

Syukur kehadrat ALLAH SWT apa yang dikatakan oleh RBF sebelum ini disahkan sekali lagi hari ini oleh orang kuat PKR sebelah utara kepada RBF dan rakan-rakan blogger GAP,PARPUKARI,KUMBANG serta Medan Info Kita.

Berpegang kepada ARAHAN Anwar diatas itulah Hj.Hadi berani mengeluarkan kenyataan kononnya idea Kerajaan Perpaduan ini telah dibincangkan dengan semua Ketua Pimpinan Pakatan. Selepas itu kenyataan Hj.Hadi dinafikan oleh Lim Guan Eng.

Imej Hj.Hadi tercalar selepas itu,semuanya gara-gara kerja Anwar. Hj.Hadi dan Nasaruddin dipandang serong bukan sahaja di kalangan orang-orang PKR dan DAP,malah oleh orang-orang PAS sendiri. Orang-orang PAS ini punyalah percaya kepada Anwar Ibrahim sehingga kepada ketua sendiri pun mereka tidak percaya.

Rupa-rupanya cerita berkenaan masih ada sambungannya yang RBF sendiri pun tidak dapat sahkan selama ini,hanya dengar khabar-khabar angin sahaja. Hari ini barulah terbongkar segalanya. Sebenarnya RBF dah seminggu memikirkan perkara ini,apabila Awang Selamat dalam tulisannya di Mingguan Malaysia minggu lepas menyatakan ada pemimpin pembangkang yang berjumpa PM untuk minta 'nyawa'.

Pening seminggu kepala RBF memikirkan tanda tanya atau cerita tergantung yang ditinggalkan oleh Awang Selamat. Ulang sekali lagi ya ! Awang Selamat BUKANNYA Amran Ahmad.

Alhamdulillah,akhirnya hari ini jawapannya ditemui walaupun tidak seratus peratus. Hanya tuan punya badan boleh beri jawapan seratus peratus.

Berikut adalah cerita yang sampai ke telinga RBF dan rakan-rakan blogger RBF hari ini.

Pada satu petang dalam pertengahan bulan Jun 2009 ,selepas selesai persidangan Dewan Rakyat,satu pertemuan sulit antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Anwar Ibrahim telah berlangsung di kediaman peribadi DSNTR yang terletak di Jalan Duta KL.

Saya difahamkan pertemuan tersebut telah diaturkan oleh seorang ahli perniagaan berbangsa cina,iaitu Tan Sri Lim Kok Wing (Pemilik Universiti Lim Kok Wing,Cyberjaya).

Anwar datang ke kediaman Najib bersama anak perempuannya Nurul Izzah. Pertemuan tersebut berlangsung lebih kurang 30 minit. Nurul Izzah tidak turut serta dalam pertemuan itu. Beliau menunggu di dalam kenderaan . Hanya Anwar seorang diri yang memasuki rumah Najib.

Saya dah tua,saya nak duduk diluar,hanya satu permintaan saya,tolong jaga Nurul Izzah. Minta selesaikan kes berkenaan (kes liwat saiful)- Itulah kata Anwar kepada Najib. Seperti biasalah,mulut mesti mau manis,ayat-ayat sedih mesti ada,babak-babak wayang hindustan juga mesti ada. Jika tidak bukan Anwar Ibrahim namanya.

Maka dibalas oleh Najib- Saya tidak boleh campur kes mahkamah.Biar mahkamah yang tentukan. Kalau you tak bersalah syukur Alhamdullilah. Kita boleh kerjasama,you boleh jumpa saya bila-bila masa atas kapasiti sebagai Ketua Pembangkang dan saya sebagai PM demi untuk rakyat dan negara bukan untuk urusan peribadi.

Kata Anwar lagi,kalau you gugurkan kes ini (kes Saiful) ,saya akan tutup mulut pasal kes Altantunya. Dijawab oleh Najib ,saya tidak terlibat kes tersebut,berapa banyak you nak cakap you boleh cakap,saya tidak takut.

Cuba anda undurkan kebelakang balik fikiran anda. Ingat kembali apa yang dikatakan oleh Najib apabila Anwar dan rakan-rakan pakatannya meminta untuk berjumpa Najib bagi membincangkan Kerajaan Perpaduan dan isu Perak.

Anda masih ingatkah apa kata-kata Najib ? Beliau berkata,kita boleh jumpa dan kita boleh bincang tetapi jumpa tanpa sebarang syarat. Apakah maknanya syarat yang dikatakan oleh Najib ? Maknanya pada masa itu Najib telah terhidu bau-bau yang Anwar ingin menggunakan sistem 'barter trade'. Aku bagi kat hang Perak dengan syarat kes aku di Mahkamah kau gugur. Akhirnya pertemuan itu tidak berlangsung.

Pada masa itu polemik Kerajaan Perpaduan juga masih hangat diperbahaskan. Melihat Najib yang bertegas tidak mahu campur dalam kes Mahkamah yang dihadapi anwar , maka Anwar mengambil keputusan untuk berjumpa semula dengan Hj.Hadi dan mengarahkan Hj.Hadi agar berhenti membincangkan pasal Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Anwar berkata kepada Hj.Hadi yang Najib meminta untuk berjumpa dengan beliau (Anwar) dan minta supaya kes Altantunya tidak diperkatakan lagi.

Maka Hj.Hadi pun mengikuti perintah Anwar. Selepas itu satu kenyataan bersama dikeluarkan oleh Pimpinan Pakatan untuk menamatkan cerita Kerajaan Perpaduan. Tetapi, Hj.Hadi pun tidak bodoh walaupun beliau bukan lulusan Oxford. Beliau tidak percaya bulat-bulat kata -kata Anwar kononnya Najib meminta untuk berjumpa Anwar tetapi , dikalangan penyokong-penyokong PKR sudah pun kecoh kononnya Najib meminta untuk berjumpa Anwar.

Saya difahamkan selepas itu Hj.Hadi telah menghubungi seorang tokoh politik BN. Hj.Hadi meminta tokoh berkenaan bertanya Najib samada benar atau tidak Najib meminta untuk berjumpa Anwar atau Anwar yang meminta berjumpa Najib . Selepas beberapa hari tokoh berkenaan menghubungi Hj.Hadi kembali dan memberitahu beliau yang Anwar meminta untuk berjumpa Najib.

Disini kita boleh lihat betapa liciknya lakonan Anwar. Yang menjadi mangsa dan tertipu adalah penyokong-penyokong PKR di peringkat bawah yang terus-menerus ditipu oleh Anwar. Samalah ceritanya dengan ahli-ahli NUJ-UM yang menjadi mangsa permainan Pengerusi NUJ-UM,Amran Ahmad.

Apabila mendengar cerita diatas, lantas kotak fikiran saya undur balik dua minggu kebelakang, teringatkan kata-kata seorang Adun PKR di Selangor yang memberitahu saya "kau tahu tak faisal,najib datang minta tolong dengan anwar". Lantas saya menafikan semua itu dan YB berkenaan bersungguh-sungguh meyakinkan saya. Tetapi saya tetap tidak percaya dan akhirnya beliau mengalah dan berkata "suka hati kamulah faisal,saya tahu banyak perkara".

Secara logik akal,kita sendiri pun boleh tafsirkan. Kalau Najib yang meminta untuk berjumpa Anwar ,tidak mungkin Anwar sanggup ke rumah Najib. Sudah tentu Anwar minta Najib datang ke rumah beliau atau berjumpa di tempat berkecuali. Tetapi,inilah Anwar Ibrahim. Lidah beliau bukan lagi bercabang dua tetapi sudah bercabang-cabang dan beranting-ranting. Sebab itu beliau tukar nama Cawangan dan Bahagian PKR kepada Ranting dan Cabang.

Saya teringat satu kisah yang saya dengar dulu. Ada cerita mengatakan anwar ada memohon untuk berjumpa dengan Tun Dr.Mahathir (saya tidak pasti bila). Tun bersetuju untuk berjumpa dengan Anwar,tetapi dengan satu syarat iaitu Anwar mesti menghantar satu surat yang menyatakan Anwar yang meminta untuk berjumpa Tun. Dengar ceritanya Anwar tidak mahu menghantar surat berkenaan dan pertemuan itu tidak berlangsung.

Jika benar cerita ini,maknanya Tun memang adalah seorang yang cukup faham dan masak dengan selok belok perangai Anwar. Sebab itu Tun minta surat terlebih dahulu,kerana bimbang diperangkap oleh Anwar.

Masih ingatkah lagi anda pada gambar ini dalam peristiwa di Hotel Quality Shah Alam tahun lalu

Jika dahulu,ramai pemimpin,ahli dan blogger-blogger PKR serta PAS selalu berkata,jika sesiapa ingin memohon biasiswa pendidikan boleh berjumpa Najib. Mereka berkata begitu kerana memperli tindakan Saiful ke Pejabat TPM untuk urusan biasiswa pendidikan dan berjumpa kawan beliau,bukannya berjumpa Najib

Saya berharap selepas ini ahli-ahli UMNO dan blogger-blogger pro UMNO dapat memulangkan paku buah keras ini. Siapa nak minta gugur kes Mahkamah boleh ke rumah Najib.

Diluar sana sekarang ini, pemimpin -pemimpin dan orang-orang PKR serta PAS RUMI (erdogan group) masih menjaja cerita kononnya Najib yang meminta 'nyawa' dan pertolongan daripada Anwar.

Siapa yang minta jumpa siapa sebenarnya kita sendiri pun tidak pasti. Walaupun hati kecil saya 99.9 % mengatakan Anwar yang meminta untuk berjumpa Najib.

Yang boleh menjawab dengan tepat segala persoalan ini hanyalah Najib dan Anwar . Tetapi cakap Anwar ini,kita faham-faham sendirilah. Sepuluh patah bercakap,satu patah perkataan pun belum tentu betul.

Oleh yang demikian saya sebagai ahli UMNO memohon Datuk Seri Najib untuk menjelaskan semua perkara ini. Samada benar atau tidak pertemuan tersebut berlangsung. Jika benar,mohon Datuk Seri Najib menjelaskan siapakah yang meminta untuk bertemu siapa dan siapakah sebenarnya yang meminta 'nyawa' atau pertolongan.

sumber - rbf


3 ulasan:

cik kiah berkata...

Takkanlah Najib yang bertitle PM Malaysia nak jumpa dengan bekas banduan penjara Sungai Buloh ni? Besar sangatkah pengaruh seorang bekas banduan ini hinggakan PM pun terpaksa minta 'nyawa' darinya? Bekas banduan ni pulak ada kes mahkamah yang belum selesai. Silap haribulan, jadi banduan balik. Dari segi logik akal,Lu pikirlah sendiri!!!

Mohd berkata...

Dato Sri Chameleon,

Dulu Dato Sri menuduh Mahkamah tidak telus kerana banyak campur tangan politik. Anak Dato Sri pulak ckp banyak kepincangan dalam sistem kehakiman n sukar untuk mendapat perbiacaraan yg adil.

Kepincangan tersebut adalah kerana campurtangan politik yg Dato Sri sendiri sandiwarakan. Nak adil mcm mana? kalau puak2 kau org asik campur tangan jer?

Patut la takut nak Sumpah.
Skang takut nak Bicara, minta gugurkan kes.

Sekarang siapa yg meng-circus kepincangan sistem kehakiman kita dengan campurtangan politik yg tidak telus diamalkan oleh Puak Pembangkang?

Nak mintak Najib gugurkan kes pulak lagi? Siapa yg tidak mengamalkan ketelusan kat sini?

SUMPAH TAMAU BICARA TAMAU JUSTICE FOR ANWAR ONLY

ladybird berkata...

Najib mintak nyawa dari anwar? BUkan ke Najib ni seorang PM dan dia sedang berkuasa....

Kenapa nak minta nyawa dari org yang tak punya apa2 melainkan title Ketua Pembangkang sahaja? ermmm...pelik pelik...