MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Ogo 2009

Diskaun 50 % kepada penguasaha kilang haram - TS Khalid

Shah Alam- Bagi memutihkan kilang haram, kerajaan negeri akan memberi diskaun 50% sebagai insentif kepada pengusaha yang menjelaskan bayaran premium dalam tempoh tiga bulan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pelaksanaan keputusan itu perlu dibuat pada akhir tahun terutama yang melibatkan kilang haram yang telah dikenalpasti.

Menurutnya melalui proses perbincangan dan kajian yang telah dijalankan mendapati walaupun terdapat ramai pengilang haram berusaha memutihkan kilang mereka, tetapi sebahagian besar daripadanya masih tidak dapat menyelesaikan masalah itu.

"Kita akan mengadakan perjuampaan dengan persatuan pengilang, ketua kampung dan pengusaha supaya dapat menerangkan apa yang kita buat dan keputusan ini dilaksanakan pada akhir tahun ini.

"Perjuampaan akan diadakan sebanyak tiga kali setiap bulan di kawasan yang dikenalpasti banyak kilang tanpa lesen seperti di Kajang, Klang dan Petaling" katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini semalam.

Beliau berkata secara keseluruhan hampir 2.300 kilang dikenalpasti di seluruh negeri ini menjalankan operasi tanpa kebenaran, namun penguatkuasa untuk mendaftarkan mereka belum dijalankan.

Sementara itu menurut exco Pembangunan kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, Jawatankuasa Khas Kilang-kilang Tanpa Kebenaran (JKKTK) diwujudkan bagi menyelesaikan masalah kilang haram di seluruh negeri ini.

Menurutnya menerusi jawatankuasa itu, hampir 30 % masalah kilang haram telah berjaya diselesaikan setakat ini.

" Mengikut statistik hampir 2,300 lagi kilang haram yang masih belum diputihkan dan diskaun 50% bayaran premium yang diumumkan oleh Menteri Besar diharap dapat meningkatkan kesedaran pengilang terbabit.

" Kita turut akan memberikan insentif kepada pengilang atau pemilik tanah supaya mereka mengemukakan permohonan untuk menghalalkan kilang dan juga tanah mereka", katanya.

sumber - sinar harian, 22 Ogos 2009


2 ulasan:

eXception berkata...

Ni lg nak menyokong kilang haram. Bukan nak kurangkan...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Unknown berkata...

nak collect duit bayau 66 mill kot?