MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Ogo 2009

Darah mayat kering ketika ditemui - Juruteknik Plaza Masalam



Saksi pertama, Siti Zabedah Yayha, 41, pegawal keselamatan Plaza Masalam memberitahu ketika dia berada di stor Tingkat 19, dia nampak mayat mendiang di koridor luar, Tingkat 5, sekitar jam 1.30 tengahari, 16 Julai.

Saksi pertama - saksi kedua - Juruteknik Plaza Masalam, Mohd Ridzuan Samsuri(kiri) dan Pengawal Keselamatan, Siti Zabedah Yahya (kanan)


Saksi itu berkata, dia yang ternampak lembaga manusia terbaring di tingkat lima tetapi tidak pasti adakah masih tidur atau sudah mati

"Saya melontarkan skru meja ke arah lembaga berkenaan untuk mengejutnya tetapi lelaki itu tidak terjaga," katanya

Pengawal itu kemudian memaklumkan kepada penyelia selenggaraan bangunan tersebut Mohd Ridzuan Samsuri supaya pergi ke Tingkat 5 dan menemui mayat mendiang itu dengan keadaan darah yang sudah kering.

Mohd Ridzuan mengesahkan dia melihat mayat di Tingkat 5, kira-kira jam 2.00 petang, katanya di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas dalam prosiding kedua yang bermula pagi ini.

Khairul Izwan


Saksi ketiga,Mohd Khairul Izwan M Nasir, Penolong kanan keselematan Plaza Masalam memberitahu beliau dan seorang juruteknik di Plaza Masalam menutup mayat seorang lelaki di koridor di tingkat lima dengan menggunakan plastik hitam dan ditindih dengan batu bata.

Kata saksi, ketika mayat diperiksa, poket seluar bahagian dalam memang sudah terkeluar serta mempunyai kesan koyak dan darah.



Saksi keempat prosiding inkues Teoh Beng Hock memberitahu beliau membuat laporan polis yang dibuatnya berkaitan penemuan mayat seorang lelaki Cina di Plaza Masalam adalah berdasarkan maklumat yang diberikan penolong kanan keselamatan bangunan itu, Mohd Khairul Izwan M Nasir.

Koperal Abdul Karim Othman, berkata laporan polis itu dibuat kira-kira satu jam selepas menerima panggilan Mohd Khairul Izwan pada jam 1.57 petang.

Katanya, dalam laporan polis yang dibuatnya menyebut lelaki Cina itu disyaki membunuh diri, seperti yang dilaporkan Mohd Khairul Izwan dalam panggilan telefonnya.

Prosiding inkues Teoh Beng Hock hari ini berjalan pantas apabila mahkamah koroner Shah Alam menggunakan sistem rakaman keterangan menerusi transkrip rekod mahkamah.

Koroner Azmil Muntapha Abas dan pihak-pihak yang terlibat tidak perlu mencatatkan apa-apa keterangan saksi dan mereka hanya mendengar.


sumber - aidcnews

Tiada ulasan: