MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Ogo 2009

Apakah strategi PAS Selangor kecam Ronnie Liu ?

Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Adakah benar segala kekalutan dan permasalahan yang wujud dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini adalah disebabkan kerajaan Selangor tidak mendapat keredhaan dan keberkatan? Mereka wujud hanya lebih kepada niat untuk membela seorang tokoh yang belum tentu bersih dari sudut pandangan islam. Mungkin segala yang berlaku ini adalah petunjuk dari pencipta kepada umatnya di Selangor.



Apa sebenarnya motif Dr. Hassan Ali mengarahkan Menteri Besar Selangor Khalid gagap melucutkan jawatan Ronie Liu selaku exco yang menjaga PBT. Adakah benar ia merupakan sandiwara PAS untuk menunjukkan mereka begitu prihatin dengan kebajikan umat islam seperti yang didakwa beberapa pihak.

Ataupun ini merupakan peluang terbaik Dr. Hassan Ali menunjukkan kebenarannya kepada seteru dalam PAS Selangor, kerana umum mengetahui Khalid Samad dan kumpulannya kerap kali menyindir kumpulan Hassan Ali sebagai tali barut UMNO kerana tidak bersetuju dengan beberapa polisi kerajaan pimpinan PKR dan DAP Selangor.

Mungkin masa ini difikirkan ruang yang tepat difikirkan kepada kumpulan Hassan Ali untuk menunjukkan belang mereka kepada DAP yang dikatakan banyak menyisihkan peranan PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Sehingga saat ini Hassan Ali, Roslan Sms bekas pembantu Haji hadi Awang masih dilabel sebagai golongan pro muzakarah. Malah Roslan dalam laman blognya secara sinis mengkritik Dr Lolo dalam isu sebat seorang model di Kuantan, dan pelakuan Nizar sewaktu menghadiri majlis memperingati Teoh Beng Hock di Ipoh.

Berikutan kenyaaan terbuka Hassan Ali tersebut, beberapa tokoh PAS mengatakan is adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti PAS. Adakah benar ini adalah kenyataan peribadi sedangkan Hassan Ali merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan bertindak sebagai exco yang menjaga hal ehwal orang melayu dan Islam di Selangor.

Namun ada beberapa pandangan menyatakan kenyataan Dr. Hassan itu semacam dirancang untuk menunjukkan ketegasan PAS dalam soal maruah umat Islam. Kerana mereka mengetahui dalam tempoh terdekat ini PAS akan menghadapi pilihanraya kecil Dun Permatang Pasir. Hujah ini ada asasnya kerana dalam tempoh kebelakangan ini, pengundi Melayu seakan kecewa dengan peranan yang dimainkan PAS dalam menjaga hak dan kedudukan orang Melayu. Buktinya undi untuk PAS begitu merosot dalam pilihanraya kecil Manek Urai dan begitu juga dengan undi orang Melayu kepada PAS di Bukit Gantang.

Sewaktu tempoh berkempen di Manek Urai dilaporkan wujud juga pergeseran antara PAS dan DAP di negeri kedah berkaitan isu pusat penyembelihan babi. Sehingga membawa kepada keluarnya DAP kedah dari Pakatan Rakyat Kedah, namun isu itu akhirnya selesai apabila pilihanraya tamat.

Menjawab teguran Dr. Hassan Ali, Ronie Liu dilaporkan mengatakan ia merupakan cubaan PAS Selangor untuk mensabotaj kredibiliti beliau dan menghina integritinya dalam menjalankan tugas pengurusan kerajaan tempatan. Malah Ronnie Liu juga menyangkal dakwaan PAS Selangor bahawa beliau mencampuri urusan dalam satu operasi membanteras aktiviti penjualan arak di Bandar Sunway baru-baru ini, katanya seperti dilaporkan oleh Mstar.

Jika ini diambil sebagai contoh, adakah krisis antara DAP dan PAS Selangor juga merupakan lakonan semata-mata kedua parti tersebut kerana pilihanraya.

Jika sebegitu senario, adakah kerumitan dan pelbagai masalah di Selangor kini akan dapat diselesaikan dengan lakonan pakatan rakyat tersebut? sedangkan kerumitan dan kekalutan di Selangor kini kian parah walaupun Anwar seringkali mengatakan ia adalah ciptaan UMNO BN untuk meruntuhkan kerajaan negeri Selangor. Namun rakyat tau bahawa kehangatan di Selangor kini bukanlah rekaan namun realliti untuk dihadapi rakyat Selangor.

sumber - tomyampoktek








Tiada ulasan: