MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2009

Dana, politik puak punca ADUN Lunas keluar PKR

Salhan K Ahmad, Ogos 24, 09, 2:10pm

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh telah lama berniat meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati akibat kekurangan dana dan masalah berpuak-puak dalam parti, kata seorang pembantunya.

Elias Saad berkata Mohd Radzhi mulai kini berhak bekerjasama dengan mana-mana parti politik untuk meneruskan agenda Melayu yang, menurutnya, menjadi "agenda perjuangan yang terpendam selama ini."

"Perkara ini dia sudah lama simpan, baru sekarang diluahkan. Beliau sudah lama tidak puas hati terhadap kepimpinan PKR peringkat pusat dan negeri," kata Elias ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau, seorang pembantu pentadbiran di pusat khidmat masyarakat ADUN itu, menjelaskan Mohd Radzhi berdepan dengan masalah dana - sama ada peruntukan kerajaan negeri atau sumbangan parti itu - untuk menjayakan program di kawasannya.

"Apabila saya majukan permohonan untuk peruntukan (kepada negeri), susah nak dapat. Kerajaan negeri kita pun bukannya ada duit sangat," katanya.

"Susah juga nak dapatkan dana daripada parti."

Tambahnya, Mohd Radzhi juga sudah lama tidak bersetuju dengan gejala perpecahan dalaman PKR yang melibatkan barisan pemimpin atasan parti.

"Beliau sudah lama tidak puas hati dengan pucuk pimpinan yang mengamalkan politik kabilah (berpuak-puak)," katanya lagi.

Elias bagaimanapun enggan menjelaskan dakwaan tersebut dengan alasan tidak mahu turut terlibat dengannya, sambil menambah persoalan ini berkaitan rapat dengan perlembagaan parti.

"Kita terpaksa ikut dengan banyak kehendak parti. Itu tak boleh, ini tak boleh," katanya lagi.

Beliau juga enggan mengulas mengenai dakwaan bahawa Mohd Radzhi pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya tidak tahu, kena tanya dengan dia sendiri, tidak adil kalau saya bercakap bagi pihak dia," kata Elias.

sumber - malaysiakini


1 ulasan:

AnTi AljUbuRi berkata...

Kita harap ramai lagi wakil rakyat Melayu akan sedar dengan permainan al juburi .. tinggalkan mereka dan pedulikan mereka yang masih mengulum gula gula dari al juburi ... Biarkan mereka yang sudah direject dan retired menjadi penyokong parti bangsat itu !!! Parti Kandang Reject atau Parti Kandang Retired !!!