MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini

NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Ogo 2009

‘Bir’ goncangkan PR Selangor

Minggu ini Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor ‘bergoncang’ lagi gara-gara tindakan seorang Exco yang diibaratkan sesetengah pihak sebagai lebih sudu dari kuah.

Tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan sejumlah bir yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8, minggu lalu, mencetuskan perasaan tidak puas hati bukan sahaja masyarakat malahan rakan sekutu dalam PR iaitu Pas.

Malahan kenyataan Ronnie yang menyifatkan bir tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya yang kononnya rendah, menyemarakkan lagi rasa ketidakpuasan hati dan kemarahan majoriti masyarakat Shah Alam yang beragama Islam.

Pas Selangor, melalui pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengkaji semula kedudukan Ronnie sebagai Exco dan meletakkan portfolio berkenaan MB sendiri.

Dalam erti kata, Pas mendesak MB menggugurkan Ronnie daripada barisan Exco kerana beranggapan tindakan beliau sebelum ini yang sering campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah mendatangkan terlalu banyak masalah kepada PR Selangor.

Desakan yang dibuat Pas itu turut mendapat sokongan daripada banyak pihak, malahan Pemuda UMNO Selangor juga mahu Ronnie disingkirkan daripada pentadbiran Kerajaan Negeri.

Namun, sayang seribu kali sayang...MB menolak ‘mentah-mentah’ desakan yang dibuat Pas dan juga dilihat mengetepikan suara rakyat supaya Ronnie diberi ‘satu pengajaran’ berguna.

MB menganggap desakan Pas itu bukanlah satu isu sambil mengarahkan kesemua Exco tuutp mulut daripada mengeluarkan sebarang komen berkaitan rampasan arak itu.

Apakah rasionalnya keputusan yang dibuat MB itu? Adakah tersembunyi suatu agenda lain di sebalik larangan ‘kunci mulut’. Ataupun adakah PR Selangor sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP dan ‘membela’ habis-habisan kedudukan Ronnie?

Jika kesemua jawapan kepada persoalan itu adalah ‘ya’, bagaimana pula MB mahu meredakan kekecewaan dan kemarahan rakyat terhadap tindakan Exco itu? Adakah MB juga turut bersetuju dengan kenyataan Ronnie yang melabelkan bir bukan minuman keras?

Dibimbangi...demi menyelamatkan survival politik PR di Selangor, MB terpaksa menggadaikan perasaan ‘kawan’ lain dan mengetepikan sensitiviti agama dan umat Islam di negeri ini.

Kelmarin, teka-teki kepada persoalan penjualan arak akhirnya terjawab apabila Kerajaan Negeri mengambil pendirian untuk tidak mengharamkan urus niaga minuman keras itu dan sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan peniaga untuk mengawalnya.

Bagi MB, secara atas kertas ‘self-regulation’ adalah ‘pendekatan terbaik’ untuk mengawal penjualan arak kepada umat Islam, namun secara pratikalnya, cara itu masih boleh dipersoalkan.

Sejauh manakah peniaga akan menggunakan ‘kebijaksanaan’ mereka untuk tidak menjual kepada orang Islam, apabila keuntungan menjadi matlamat utama dalam bisnes?

HANAFIAH HASHIM
Penolong Editor Edisi Selangor & KL
mohd.hanafiah@karangkraf.com.my

sumber - sinar harian

3 ulasan:

wénkt berkata...

secara peribadi, mana ada kedai tak nak jual kalau itu sumber keuntungan?

hari ini (9ogos) adalah bday seorang kawan ke-21. Dia Indian tapi rapat dgn ramai malays. Dia mintak hadiah beer sebab dia tak pernah rasa.

Kami satu kereta berbicara pasal Beer dan PR kat Selangor, kemudian timbul pasal kawan nak try beer tu. Kami singgah di 7E kt sec 9.

Kemudian kami beli. Sorang satu tin. Bayar asing - asing.

My face chinese look. Boleh consider lah kalau dia tak tegur. Others perfect malay look, sorang casher pun tak tegur.

So how? We belanja RM 30 for 4 tins of beer for an indian friend, tapi jelas bahawa arahan Khalid Ibrahim (dan PAS) tidak diendahkan.

Mana boleh penjual tak jual barang. Nak untung macam mana?