MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Ogo 2009

Syabas Dr Ridhuan Tee Abdullah !!


Oleh Puterinafisah

Terimakasih kepada Dr Hj Ridhuan Tee Abdullah. Seorang figur yang cukup berani memberi pendapat walaupun tahu kaum sebangsanya akan ada yang tidak senang dengan beliau.Beliau berani kerana tahu apa yang beliau pertahankan adalah KEBENARAN yang datang dari Allah SWT. Yang perlu dipertahankan walaupun akan ada puak yang kafir harbi atau puak yang munafik yang akan menyerang beliau secara aman atau secara biadap.

Bagi saya, inilah contoh para cendekiawan yang tulen, yang mengamalkan ilmunya, yang tidak hanya pandai berretorik di atas kertas cadangan yang asyik mencadang tetapi yang dicadangkan entah kemana atau kertas kerja yang cuma kertas sahaja yang bekerja akhirnya.

Saya menyeru di saat Dr Ridhuan Tee Abdullah kini sedang diserang secara peribadi, marilah kita sama-sama memberikan sokongan moral kepada beliau. Beliau sebenarnya membawa SUARA oleh sebilangan kaum dan bangsanya yang tahu MENGENANG BUDI dan mencintai KEHARMONIAN antara kaum.

Kita ini orang Melayu amat lembut bila orang berlembut dan pandai membawa diri serta menghormati agama, adat dan hak kita di Persekutuan Tanah Melayu ini. Malah kita akan menyayangi mereka sepertimana tidak ada bezanya lagi dengan saudara mara kita apatah lagi kalau mereka itu seagama pula dengan kita. Namun, kita orang Melayu akan merasa luka di hati yang amat dalam bilamana ada orang yang TIDAK TAHU beradab dan berakhlak dan mahu pijak kepala kita. Ibarat pepatah melayu berkata, mereka ini "IBARAT KADUK NAIK JUNJUNG". Mereka ini ialah seperti puak-puak DAP yang menghina bangsa kita dan menghina agama kita. Tidak perlulah kita tersenyum dan masih berlembut dengan mereka ini tetapi seharusnya kita SEDARKAN mereka bahawa bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung ini ada tuannya dan ada Tuhannya. Namun, bertindaklah dengan berhikmah, bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tak rosak, dan tepung tidak berserak.. Jangan kita ikut rentak mereka yang seperti barbarian itu, kita ajar mereka dengan tingakh dan susila melayu yang penuh adab dan bijak, kita ajar mereka bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang punya sejarah yang gemilang, kerana melayu itu maksudnya bangsa yang merendah diri kerana sedar bahawa mereka hanyalah hambaAllah, dan kesombongan itu bukan pakaian mereka kerana sombong itu pusaka dari iblis azazil.

Namun jangan mereka ingat lembut melayu tidak bertempat, lembut melayu ada had harinya, langkah melayu belum diuji, tak perlu laser atau nuklear, diri melayu ada RAHSIA yang dibekal zaman berzaman. Untuk bangsaku, kajilah salasilah dan temuilah RAHSIA kelak kamu akan kenal warisan itu.


Jika ada yang masih menyokong tindakan BIADAP mereka ini kerana IKATAN PAKATAN POLITIK, dan merasakan orang ISLAM lain yang tidak sama PAKATAN dengan mereka lebih buruk dan lebih sesat dari PUAK DAP ini kerana mereka "sudah belajar menyebut ayat Al Quran dengan pelat", maka cepat-cepatlah bertaubat dan mohon ampun pada Allah. Jangan gadaikan agama dan negara hanya kerana SEKEPING UNDI atas KERTAS. Tolonglah sedar sebelum NASI MENJADI BUBUR.

Jika DAP menyerang Dr Ridhuan Tee, apa kurangnya orang melayu, menyerang MUFTI..mereka ini rupanya sama-sama bersekongkol mentuhankan peti undi.

Sekian bicara hari ini.

Buat Semua :

PERKUATAN KESATUAN MELAYU ISLAM DENGAN IMAN DAN TAQWA dan BERKASIHSAYANG SESAMA MANUSIA.

Ingat Pesan Raja-raja Melayu :

Wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :-

1)Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2)Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3)Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4)Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5)Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6)Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7)Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

-----------------------------------------------------------

Pertahankan Bumi Melayu kerana di sinilah DAULAH akan kembali bermula.

sumber - puterinafisah


Tiada ulasan: