MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Ogo 2009

Betulkah Anwar jumpa Najib secara rahsia?

Oleh The Unspinners

Semalam The Unspinners menceritakan mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim pergi berjumpa Dato Seri Najib di rumah peribadinya di Kuala Lumpur. Menurut cerita kami, ianya diaturkan oleh Tan Sri Lim Kok Wing. Anwar meminta Najib masuk campur dalam hal ehwal kehakiman untuk selamatkannya dari kes liwat terbaru. Tetapi Najib mahu kehakiman yang bebas.

Ada pembaca yang menegur kami akan kebenaran cerita tersebut. Asas mereka untuk menyangkal cerita itu tidak diterangkan.

Rupa-rupanya bukan kami saja yang menulis mengenai cerita ini. Sehari sebelum itu, blogger Faisal RB telah menyiarkan GEMPAR! PERTEMUAN SULIT ANWAR-NAJIB DIATUR OLEH LIM KOK WING. Versinya memberi detail tarikh pada pertengahan Jun. Katanya Anwar datang dengan Nurul Izzah. Kami pula dengar Wan Azizah tapi tak cerita.

Petang semalam Duke of UMNO pun menceritakan perkara sama dalam tulisannya 2009
Panas!!! Anwar "minta nyawa" pada Najib!. Dalam versinya Anwar pi jumpa main menyelinap masuk. Tak ada dicerita ada Lim Kok Wing.

Kami google juga dan jumpa blog eXception yang memberi kias tentang perkara ini seawal Jun 15, 2009. Samada dia tau atau hanya teka-teka, dia kata Anwar bukan iya-iya nak bincang pasal kerajaan perpaduan dalam pertemuan dengan Najib tapi untuk minta lepas.

Kebenaran yang pasti adalah pada Najib dan Anwar. Kena ada wartawan mana terbaca, tolong tanya pada kedua-dua mereka.

Agak-agak siapa yang sedia jelaskan? Siapa yang akan putarbelitkan? Kalau Anwar yang bersusah pergi mengadap Najib di rumahnya dan bukan ditempat neutral, maknanya satu saja.

Kami rasa Najib tidak akan dedahkan pertemuan yang sepatutnya rahsia. Malu pula untuk Anwar mengaku mengadap Najib. Apa pula kawan-kawannya dalam Pakatan rakyat nanti kata? Ianya satu kemunfikan. Jangkaan kami Anwar akan dahulu mengiyakan dengan memutarbelit seolah-olah Najib panggil atau Najib ajak buat gencatan senjata atau berbincang dengan santai. Tapi orang akan tanya, kenapa di rumah?

Jeng jeng jeng ...

sumber - the unspinners


Tiada ulasan: