Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan majlis Belia Malaysia (MBM) berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Umno di sini bagi menyatakan sokongan terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu.
Baru-baru ini Muhyiddin dalam ucapannya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkhianat perjuangan orang Melayu.
Berikutan kenyataan tersebut, Anwar menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin dan Utusan Malaysia memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.
sumber - mstar
1 ulasan:
Hahh..apa lagi nuar aljaburi pengkianat bangsa..saman laa..banyak tu duit ko kalau ko menang laa..jangan main gertak jee...ooo kalau untuk kepentingan ko ko mempercayai polis..mahkamah dan undang2 tapi bila semua tu tak menyebelahi ko..ko kata polis..mahkamah dan undang dimalaysia tak boleh pakai...so pakai bontot ko jee laa
Catat Ulasan