MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Ogo 2009

Anwar perlu serah pingat "Datuk"

Kuala Lumpur 24 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyerahkan semua anugerah pingat kebesaran diterima kerana kelakuan politiknya yang mengkhianati perpaduan orang Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ketua pembangkang itu juga harus sedar bahawa beliau tidak sepatutnya menggunakan gelaran 'Datuk' atau 'Datuk Seri' kerana perlakuannya yang mengguris hati raja-raja Melayu.

Terbaru katanya, Anwar terus menghina institusi istana apabila dengan angkuh mengatakan rela anugerah 'Datuk' dan 'Datuk Seri' padanya ditarik balik berikutan isu yang melabelkannya sebagai pengkhianat Melayu.

Dalam krisis Perak sebelum ini, Anwar dilihat merestui perbuatan biadap Karpal Singh menghina Sultan Perak.

"Beberapa hari lalu, beliau sekali lagi melukai Raja-raja Melayu apabila berkata pingat itu tidak akan diserahkan, sebaliknya diletakkan di pagar supaya boleh diambil balik.

"Hanya individu biadap dan mengkhianati bangsa yang sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu", katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu mendakwa, Anwar dalam ceramahnya di Permatang Janggus menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir baru-baru ini berkata bahawa beliau tidak pernah meminta darjah kebesaran yang diterimanya.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau memberitahu isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail agar tidak menyerahkan gelaran itu tetapi hanya perlu meletak di pintu pagar untuk diambil kembali oleh pihak berkaitan.

Syed Ali menambah, kenyataan yang dibuat oleh Anwar itu adalah biadab, sombong dan tidak menunjukkan beliau sebagai pemimpin bermoral

sumber - utusan malaysia, 25 Ogos 09


Tiada ulasan: