MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Ogo 2009

13 kali Anwar cemas

Oleh The Unspinners

Riwayat politik (dan juga keharmonian rumahtangga) Anwar Ibrahim tamat pada 5hb Ogos 1997. Itulah tarikh Ummi Hafilda Ali menulis sepucuk surat 19 muka kepada YAB Perdana Menteri Dr Mahathir bin Mohamed yang membutirkan salah laku seks dan tabiat liwat Anwar Ibrahim.

Surat Ummi bukan surat layang sebab Ummi turunkan tanda tangan, alamat rumah dan nombor KP pada surat keramat itu. Walaupun Ummi dihina dengan berbagai jenis fitnah dan tuduhan, pada suatu hari kelak sejarah negara Malaysia pasti akan menghargai Ummi Hafilda bt Ali sebagai seorang wanita pejuang dan wira negara yang telah berani tampil ke depan untuk menyelamatkan negara kita. Ummi mengalami penghinaan ditahan dan diseksa Polis atas arahan Anwar Ibrahim.

Di sini Unspinners ingin rakamkan terima kasih dan salam sanjungan yang setinggi-tingginya kepada Ummi Hafilda bt Ali. Hidup Ummi.

Muka pertama surat Ummi Hafilda bt Ali adalah seperti berikut:

5 Ogos 1997

Yang Amat Berhormat

Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamed

Perdana Menteri Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

Kuala Lumpur

YAB,

PERIHAL SALAH LAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya Ummi Hafilda bt Ali ingin mengemukakan laporan khas mengenai perihal salah laku Timbalan Perdana Menteri.

YAB, laporan ini dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang telah kami perolehi sepanjang tempoh penyiasatan.

Ianya dibuat bersama dengan persetujuan kami kelima-lima beradik, ia itu Norlia bte Ali, Intan Dawini bte Ali, Mohd Azman bin Ali, Mohamed Azwan bin Ali dan Ummi Hafilda bte Ali.

Bersama-sama ini juga disertakan dengan lampiran khas mengenai maklumat lengkap sebagai pertimbangan untuk pihak YAB.

Segala perhatian, pertimbangan dan tindakan oleh YAB dalam menangani masalah ini sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Bagi kami YA adalah tokoh pemimpin terulung negara yang kami cukup kagumi dan hormati.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

tt

Sila perhatikan bahawa surat Ummi ini disokong oleh lima adik-beradik daripada keluarga Ali. Jadi Ummi bukan berkelakuan « tidak senonoh » seperti mana difitnah oleh Anwar Ibrahim. Lima orang adik-beradik keluarga Ali setuju dengan surat itu.

Ummi ada menyimpan salinan suratnya kepada Perdana Menteri dan menunjuk salinan itu kepada kawan-kawan serta sahabat karibnya. Surat Ummi menjadi berita panas dan salinan fotostat beranak dengan pantas.

Dalam sehari dua, Anwar Ibrahim mendapat tahu berkenaan surat Ummi dan menjadi panik, cemas dan keliru. Dia tak tahu apa nak buat.

Pihak Polis pun telah mendapat tahu perihal surat Ummi. Pada 8 Ogos 1997, IGP telah memanggil Dato Amir Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas (atau T/PCK) dan memberinya salinan surat itu serta mengarahkan SB menyiasat asal usul surat itu .

Pada 10hb Ogos 1997, Dato Amir Junus T/PCK telah berjumpa Dato Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas (PCK) di Subang Airport dan memberitahu PCK berkenaan surat Ummi. PCK mengarah Timbalannya untuk menyediakan laporan lengkap pada hari esoknya, jam 7.30 pagi 11hb Ogos 1997.

Esok hari, 11 Ogos 1997, T/PCK dan pegawainya telah memberi taklimat ikut jadual pada 7.30 pagi. Secara kebetulan, pada jam 9:00 pagi yang sama, Dato Mohd Said Awang PCK juga menghadhiri mesyuarat rasmi bersama Anwar Ibrahim di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Setelah tamat mesyuarat Anwar Ibrahim telah berjumpa sebentar dengan Dato Mohd Said PCK dan meminta bantuan SB untuk memantau kandungan surat Ummi.

Surat layang sudah lama menjadi sebahagian daripada budaya politik negara, tetapi Anwar amat runsing tentang surat Ummi kerana Ummi berani menulis nama, alamat dan nombor kad pengenalannya. Ini bukan surat layang. Anwar rasa amat cemas. Malam itu 11hb Ogos 1997, Anwar runsing, tidak tenteram dan tidak lena tidur.

i. Kali pertama - 12 Ogos 1997, 10:00 pm – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya

Pada hari esok, 12hb Ogos 1997, Anwar masih risau. Sebabnya sepanjang hari dia menunggu feedback daripada PCK tetapi PCK tidak telefon Anwar (maklumlah pegawai Kerajaan selalu lambat). Maka dia menyuruh ASP Zainal Aznam ADCnya memanggil PCK dan T/PCK ke rumahnya.

Aznam telah telefon T/PCK Dato Amir Junus dan suruh dia bersama PCK Dato Mohd Said Awang datang berjumpa Anwar di rumahnya pada 10:00pm. Inilah kali pertama kedua PCK dan T/PCK hadhir bersama di rumah Anwar Ibrahim di No. 47 Jalan Damansara. Pada perjumpaan ini, Anwar telah mengarahkan PCK dan T/PCK mengesan Ummi Hafilda. Pada malam ini pun, malam kedua, 12hb Ogos 1997 Anwar tidak dapat tidur lena, merasa lagi cemas dan juga tiada selera liwat sesiapa.

ii. Kali kedua 13 Ogos 1997 10:00 pm – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya

Pada hari esoknya 13hb Ogos 1997, sekali lagi PCK Dato Mohd Said Awang masih tidak telefon Anwar dengan sebarang laporan terkini. Anwar tidak sedar bahawa PCK Dato Mohd Said Awang pun pintar orangnya. Polis hanya membuat laporan tugas kepada Attorney General dan Menteri Dalam Negeri dan bukan kepada Menteri Kewangan atau TPM.

Jadi Anwar tiada pilihan kecuali memanggil PCK dan T/PCK pergi ke kediamannya sekali lagi. PCK dan T/PCK tiba di rumah Anwar pada jam 10 malam, 13hb Ogos 1997. Mereka berjumpa dalam bilik ‘library’ di rumah Anwar.

Kedua PCK dan T/PCK memberitahu Anwar bahawa IGP telah mendapat salinan surat Ummi daripada Dato Seri Megat Junid. Kemudian mereka melaporkan kepada Anwar bahawa SB masih belum dapat mengesan Ummi.

Anwar telah menggesa PCK dan T/PCK kerahkan tenaga SB untuk mengesan Ummi dan Azizan dengan secepat mungkin. Pada waktu itu juga, ia itu sekitar jam 11 malam, 13hb Ogos 1997 di rumahnya di 47 Jalan Damansara, Anwar Ibrahim telah mengarahkan PCK dan T/PCK untuk ‘menggempar’ Ummi dan Azizan atas surat yang ditulis Ummi. Maksud Anwar ialah SB perlu tangkap dan menakutkan kedua Ummi dan Azizan.

Ini menjadi dua malam berturut-turut di mana Anwar telah memanggil Pengarah Cawangan Khas dan Timbalannya pergi ke rumahnya. Malam itu pun Anwar runsing dan tiada selera liwat sesiapa pun.

iii. Kali ketiga 15 Ogos 1997 2 :00 pm – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya

Dua hari kemudian, pada 15hb Ogos 1997, PCK dan T/PCK telah bermesyuarat dengan pegawai SB. SB masih tidak boleh kesan Ummi. SB juga dapat tahu berkenaan sebuah surat layang baru ‘Talqin terbuka untuk Anwar Ibrahim ‘ yang telah tersebar. Surat ‘Talqin..’ ini merujuk juga kandungan surat Ummi.

Semua ini menjadikan Anwar lagi cemas. Surat Ummi hanya beranak secara fotostat di Kuala Lumpur. Tetapi surat layang ‘Talqin terbuka..’ pula di sebarkan secara luas. Anwar panik. Dan sudah dua hari PCK dan T/PCK tidak laporkan apa pun kepada Anwar. Ummi dan Azizan masih tidak dapat dikesan oleh SB. Anwat tak boleh tidur.

Jadi sekali lagi Anwar suruh ADCnya ASP Zainal Aznam panggil PCK dan T/PCK ke rumahnya di Jalan Damansara. Kali ini awal pagi lagi Anwar suruh ASP Zainal telefon PCK. Anwar panik. Jadi PCK dan T/PCK pergi ke rumah Anwar jam 2:00 pm.

Dan Anwar sudah dapat salinan surat layang ‘Talqin terbuka..’ dalam tangannya. Itulah yang cemaskan Anwar. Anwar suruh PCK dan T/PCK menyiasat siapa yang sebarkan surat layang itu.

Di sini PCK Dato Mohd Said Awang gostan sikit. Dia (dan juga T/PCK) menasihati Anwar untuk membuat laporan Polis (Police report). Anwar pula jawab dia tak mahu buat laporan Polis sebab dia TAK MAHU KES DI SIASAT OLEH CID ! Itulah Anwar yang sebenarnya – dia takut akan pecah tembelang.

Tetapi setelah dipujuk, Anwar setuju membuat laporan Polis dan menyuruh ADCnya ASP Zainal Aznam membuat laporan Polis di pejabat PCK Dato Mohd Said Awang. Malam ini pun, 15hb Ogos 1997 Anwar tak dapat tidur.

iv. Kali ke-empat 16 Ogos 1997 10:00 pm – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya

Esok harinya 16hb Ogos 1997, Anwar resah, risau, cemas dan runsing semua sekali. Sudah empat hari berlalu tetapi SB masih belum dapat kesan Ummi Hafilda. Anwar panggil lagi PCK dan T/PCK ke rumahnya. Kedua PCK dan T/PCK telah tiba dirumah Anwar pada 10:00 malam. Anwar terpaksa mengulangi arahannya kepada SB – cari Ummi Hafilda dengan secepat mungkin.

v. Kali ke-lima 17 Ogos 1997 11:00 pm malam – Anwar telefon T/PCK

Akhir nya pada 17hb Ogos 1997, SB dapat kesan Ummi Hafilda dan Azizan berada di rumah Dr Restina di Bangsar. Pasukan Polis CID di kerah untuk pergi ke rumah Dr Restina dan menahan Ummi dan Azizan. Ummi di tahan tepat pada jam 11:00 malam di Bangsar.

Sebelum itu pada jam 8:00 malam 17 Ogos 1997, PCK Dato Mohd Said Awang dan T/PCK Dato Amir Junus dipanggil oleh IGP ke rumahnya. IGP sudah terima panggilan daripada Dr Restina yang mengatakan ada pasukan Polis kepung rumahnya. Oleh kerana Dr Restina tidak mahu membuka pintu dan gate, proses menahan Ummi Hafilda telah memakan masa dua jam, ia itu sehingga pukul 11 malam.

Hampir setiap minit daripada pukul 9:00 malam hingga pukul 11:00 malam, Anwar mendapat laporan (kemungkinan besar daripada ADCnya ASP Zainal Aznam) tentang kedudukan Ummi dan Azizan di rumah Dr Restina. Maka apabila Polis menahan Ummi pada 11:00 malam, Anwar dapat tahu secara instant. Anwar terus telefon T/PCK Dato Amir Junus yang berada di rumah IGP itu, bersama PCK Dato Mohd Said Awang. Setelah bercakap dengan T/PCK, Anwar minta bercakap dengan IGP. Anwar suruh IGP mengarahkan PCK dan T/PCK pergi ke rumahnya dengan segera. Maka PCK dan T/PCK bergegas ke rumah Anwar.

vi. Kali ke-enam 18 Ogos 1997 12:30 a.m. – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya

Maka untuk kali kelima (ia itu antara 12 Ogos dan 18 Ogos) PCK dan T/PCK tiba di rumah Anwar di Jalan Damansara pada 12:30 pagi, 18hb Ogos 1997 untuk melaporkan gerak geri SB mengesan dan menahan Ummi Hafilda Ali.

Anwar arahkan SB supaya memaksa Ummi dan Azizan menarik balik pengakuan mereka secara bertulis dalam tempoh 24 jam sahaja. Anwar mengulangi bahawa Ummi dan Azizan JANGAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ! ! DIA TIDAK MAHU SEBARANG PUBLISITI.

Malam itu juga Anwar tidak dapat tidur lena.

vii. Kali ke-TUJUH 18 Ogos 1997 12:00 P.M. (tengah hari). – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya

Pada pukul 12:00 pm tengah hari, 18 Ogos 1997 Anwar sekali lagi panggil PCK dan T/PCK datang ke rumahnya. Anwar tanya tentang interrogation SB terhadap Ummi dan Azizan. PCK dan T/PCK berkata interrogation berjalan lancer dan Ummi sudah sedia menarik balik tuduhan nya. Anwar mengarahkan PCK dan T/PCK supaya Ummi dipaksa menulis pengakuan yang di tujukan kepada YAB Perdana Menteri.

viii. Kali ke - lapan 18 Ogos 1997 11:45 malam. – Anwar mengarahkan Azizan Abu Bakar dibawa ke rumahnya. PCK & T/PCK juga dipanggil sekali.

PCK dan T/PCK telah menunjukkan kepada Anwar pengakuan bertulis Ummi dan Azizan yang menarik balik tuduhan mereka terhadap salah laku seks dan liwat Anwar.

ix. Kali ke-sembilan 20 Ogos 1997 10:00 malam – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya.

Setelah Ummi dan Azizan diseksa dan di paksa membuat pengakuan bertulis, Anwar mengarahkan PCK Dato Mohd Said Awang membuat laporan kepada YAB Perdana Menteri (termasuk lampiran pengakuan Ummi dan Azizan). PCK telah serahkan laporan tentang pengakuan Ummi dan Azizan kepada YAB Perdana Menteri pada 20 Ogos 1997.

Pada malam itu 10:00 pm 20 Ogos 1997, PCK dan T/PCK telah pergi ke rumah Anwar untuk melaporkan bahawa laporan pengakuan Ummi dan Azizan telah pun diserahkan kepada YAB Perdana Menteri.

x. Kali ke-sepuluh 27 Ogos 1997 10:00 malam – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya.

Tetapi YAB Perdana Menteri tidak buat apa pun atau berkata apa pun tentang surat pengakuan Ummi dan Azizan. Dr Mahathir sibuk dengan perasmian kilang besi dan keluli, perasmian lebuhraya baru, perasmian airport baru, perasmian universiti baru, menentang dasar Yahudi di Palestin, menentang kuasa dunia Amerika Syarikat dsbnya.

Dr Mahathir tidak ada masa nak ambil tahu tentang kes Anwar main belakang orang atau Anwar main dengan bini orang.

Jadi Anwar menjadi risau sekali lagi. Tujuh hari kemudian pada 27 Ogos 1997, jam 10:00 malam, sekali lagi Anwar panggil balik PCK dan T/PCK ke rumahnya.

Inilah kali ke sepuluh Anwar memanggil kedua pegawai Polis itu ke rumahnya.

Anwar mengarah PCK dan T/PCK mendapatkan satu lagi pengakuan bertulis daripada Ummi dan Azizan. Kali ini pengakuan bertulis mereka mesti di tujukan kepada umum dan bukan kepada YAB Perdana Menteri sahaja. Dan Anwar mahukan pengakuan bertulis yang kedua ini di isikan ke dalam sampul surat dan di hantar ke pejabat dia pula (Pejabat Timbalan Perdana Menteri) melalui Pos Malaysia. Inilah kebodohan Anwar yang paling ketara. Apabila kes salahguna kuasa Anwar ini di bawa bicara, pihak pendakwa dapat mengesan setiap langkah bodoh Anwar menyalahgunakan kuasa nya.

xi. Kali ke-sebelas 28 Ogos 1997 11:00 malam – T/PCK telefon Anwar

Jadi Polis terpaksa mencari Ummi dan Azizan sekali lagi. Azizan di bawa ke Kelab Golf PDRM Titiwangsa pada jam 8:30 malam, 28 Ogos 1997. Setelah selesai mendapat pengakuan Azizan untuk kali kedua, T/PCK Dato Amir Junus telah telefon Anwar pada jam 11:00 malam dan membacakan isi pengakuan Azizan.

Anwar berasa tidak puas hati dengan surat Azizan dan mengarahkan T/PCK untuk membuat beberapa perubahan. Anwar mahukan perkataan ‘menafikan’ di masukkan pada satu tempat. Kemudian Azizan telah di paksa sekali lagi untuk menulis semula pengakuannya - mengikut arahan Anwar.

xii. Kali ke-dua belas 29 Ogos 1997 4:00 petang – T/PCK telefon Anwar

Ummi pula di bawa oleh SB ke Hotel Pan Pacific (Bilik 1426) pada jam 10:20 pagi, 29 Ogos 1997 untuk deraan sesi kedua. Ini adalah salah guna kuasa yang jelas. Ummi tidak mahu mengaku kalah dan terpaksa di ancam oleh SB dengan berbagai jenis ancaman dan ugutan. Akhir sekali Ummi yang hanya wanita muda dan berseorangan menangis, layu, kuyup dan mengalah kepada ancaman SB. Maka Ummi pun bersetuju membuat pengakuan bertulis untuk kali kedua.

Dan sekali lagi apabila selesai menulis, pengakuan Ummi di hantar kepada T/PCK (yang sedang menunggu di lokasi lain). T/PCK telah telefon Anwar dan bacakan pengakuan Ummi. Sekali lagi Anwar telah mengarahkan supaya beberapa perubahan dibuat. Ummi terpaksa menulis semula surat pengakuan itu mengikut kehendak Anwar.

Jelas bahawa pada Round Kedua ini, surat itu bukan pengakuan Ummi dan Azizan tetapi adalah pengakuan yang di tulis oleh Anwar Ibrahim yang terpaksa di terima dan di tanda tangani oleh Ummi dan Azizan.

xiii. Kali ke-tiga belas 29 Ogos 1997 petang – Anwar panggil PCK & T/PCK ke rumahnya.

Setelah Ummi membuat pengakuan yang kedua itu, SB telah diarah Anwar masukkan surat pengakuan itu dalam sampul, melekatkan setem dan “matikan” setem di Pejabat Pos dan kemudian menghantar surat itu secara peribadi ke rumahnya. Oleh itu PCK dan T/PCK telah membawa surat pengakuan Ummi dan Azizan (yang kedua) dan pergi berjumpa Anwar di rumahnya.

Hanya sesudah PCK dan T/PCK menyerahkan pengakuan kedua Ummi dan Azizan kepada nya maka Anwar boleh tidur lena sekali lagi. Malam itu belangga pun pecah juga.

Kesimpulan

Kesimpulannya selama 17 hari, daripada 12hb Ogos 1997 hingga 29 Ogos 1997, Anwar Ibrahim telah begitu panic dan cemas akibat surat Ummi Hafilda Ali yang memecahkan tembelang busuk Anwar.

Pada 18hb Ogos 1997 sahaja, Anwar telah panggil PCK Dato Mohd Said Awang dan T/PCK Dato Amir Junus datang ke rumahnya sebanyak TIGA KALI ia itu pada jam 12:30 pagi, 12:00 tengah hari dan 11:45 malam. (Ummi dan Azizan ditahan SB sejak malam sebelumnya ia itu 17hb Ogos).

Seperti pengarah filem seram “horror movie”, selama 17 hari Anwar memberi arahan kepada SB untuk mengesan dan menahan Ummi dan Azizan. Kemudian Anwar suruh SB membuli dan “gempar” Ummi dan Azizan dan memaksa mereka berdua membuat pengakuan bertulis untuk menafikan tuduhan mereka bahawa Anwar terlibat dalam seks luar nikah dengan bini orang dan liwat dengan lelaki lain.

Atas kesalahan menyalahgunakan kuasa ini Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Anwar Ibrahim.

sumber - the unspinners


1 ulasan:

iKAnBUNtal berkata...

jalan cerita yg menarik...
boleh bikin filem box office semalaya