Oleh The Unspinners
Jika benar Anwar tidak bersalah dan percaya bukti-bukti yang ada menyebelahinya mengapa ia begitu tergesa-gesa untuk menyangkal bukti-bukti dan reputasi mangsa yang ada sebelum masuk ke mahkamah lagi?
Anwar, para peguamnya dan para media strategisnya sedang berusaha keras membentuk keraguan dan syak wasangka umum terhadap polis, pendakwaraya, dan sistem kehakiman. Politik Anwar di Perak pula mempersoalkan kuasa dan budibicara Sultan. Semua ini adalah menjuru ke arah mewujudkan anarkisme dalam masyarakat.
Naib Ketua AMK ada berkata:
Demonstrasi jalanan mungkin tercetus sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah berhubung kes melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Maka direka suasana kecuh dengan demonstrasi jalanan yang tidak henti-henti dan penangkapan besar-besaran. Dengan demikian, perhatian umum dan anatarabangsa akan beralih dari perbicaraan dan fakta-fakta kepada kejadian jalanan. Sila baca artikel tulisan ini sini.
Teori konspirasi yang lebih menarik dan sensasi sengaja direka. Orang ramai yang mudah termakan akan lebih utamakan dari pandangan berasaskan fakta sebenar. Contohnya dahulu, Hakim Augustine Paul dikatakan sengaja menolak bukti. Atau Dr Mahathir menangkap Anwar kerana tergugat dengan pengaruh Anwar.
Jika benar tidak bersalah, datang ke mahkamah pertahankan diri. Biar rakyat menilai fakta dan bukti kes bukannya menyebarkan pelbagai cerita separuh benar dan pelbagai kenyataan bela diri tanpa asas dan bukti yang sah. Apa yang Anwar mahu sembunyikan? Apa bukti yang Saiful ada yang Anwar tidak mahu terdedah di mahkamah?
Mungkin inilah ketakutan sebenar Anwar yang tidak kita ketahui hingga perlu membuat diversion tactic besar-besaran.
sumber - the unspinners
2 ulasan:
Anuwar tidak perlu takut kalau tidak bersalah. Hadiri perbicaraan dan pertahankan diri dengan alibi2 (konon) yang ada. Ape perlunya buat divertion tactic besar2an kalau hanya menyerlahkan lagi ketakutan anuwar terhadap kes liwat ini dan ini menampakkkan anuwar sebenarnya memang peliwat.
Orang yang tidak bersalah sepatutnya cool sahaja...
Teori "konspirasi Liwat" bukan setakat direka untuk memperkudakan Rakyat tetapi sudah menjadi satu budaya Wajib mereka.
Semakin banyak budaya - budaya karut dan keparat yang cuba dibawa oleh PR bawah naungan DAP...dan sekutu mereka PAS.Diantaranya..
Berarak dan merusuh sudah menjadi budaya.
Sidang bawah pokok..
Berbaring atas jalan dan pegang bendela berserban dan berkopiah.
Nyalakan lilin dan pakai baju hitam..
Pakai baju Kuning.
Berlilit kepala @ legan dengan kain merah.
Berarak hormat bangkai.penjenayah
Bepelok dengan pesalah sex.
Budaya baca al-Quran oleh orang bukan beragama Islam cara berpolitik.
Memaki hamun Mufti dan ulama’ –
Biadap dengan Raja dan pemerintah.
Menubuh kelab Penyokong Pas dipengurusi oleh orang bukan Islam.
Mengkafan mayat hidup berlogo UMNO.
Mogok lapar dibenar oleh islam.
Upacara sembahyang Hayat untuk menghalal cara.
Perayaan 100 hari kemenangan.
Potong lima ekor babi tanda kemenangan tawan 5 negeri oleh DAP.
Kalimah Allah boleh digunakan oleh semua agama.
Rasuah diIstilah hadiah .
UNDI Pas masuk syurga.
Patung di istilahkan Gambar.
Orang bukan Islam boleh masuk ke rumah ibadat orang Islam.Begitu juga sebaliknya-Ir Nizar-Sinar.
Allah itu Samseng @ Gedebe.
Hukum Allah ditolak begitu saja..
Islam membenar maki hamun.
Undi cina dan India penentu kemenangan Kerajaan Islam PAS.
Haram Judi dan arak serta Rumah maksiat perlu dipertimbangkan lebih dari HUKUM demi kepentingan kaum-kaum lain dan undi.
Boleh menghadiri majlis keagamaan agama lain TIDAK menyentoh soal Akidah lagi.
Orang bukan Islam BOLEH membaca potongan ayat suci untuk menyedar orang Islam.
Menggalakan Ternakkan yang Allah Haram memakannya .
Boleh Berpolitik dengan mengguna ayat suci sebagai bahan retorik politik oleh orang bukan Islam.
Negara Islam bertukar Ke Negara Kebajikan bila DAP,PAS dan PKR menjadi PR.
Ulama nak dipancung kerana tidak sehaluan politik.
ulamak bukan lagi sebagai penasihat pada pemimpin tetapi sudah menjadi pemerintah.
Catat Ulasan